Home Fans Fiction Fantasi A GIRL FROM THE DREAMS
A GIRL FROM THE DREAMS
Mek cha
4/10/2017 22:02:45
4,807
Kategori: Fans Fiction
Genre: Fantasi


“cari dan dekati dia”ringkas tapi maknanya  cukup mendalam.seorang gadis berbaju serba putih persis seorang  puteri berkata.

cari ?tapi kat mana ?dan siapa dia? Jungkook bertanya mahukan jawapan.


Bayangan itu kian  hilang.ungkapan tadi terngiang-ngiang di telinganya.


“cari dan dekati dia.” 
“cari dan dekati dia”


Namun dia pantas tersedar.
Tidak .jangan pergi ! Jangan pergi! Pekiknya .Dia berlari  cuba mengejar tapi kakinya tersadung lalu  terjatuh.

“”ahh..! “jungkook tersedar dari mimpi. Jantungnya  berdegup kencang ,manik-manik peluh mulai membasahi mukanya. Wajah yang kian basah dirautnya perlahan.

“alamak,dah pukul 8 pagi ! ni kalau lewat lagi tak pasal-pasal kena buang kerja”jam loceng disisi dipandang cemas.Ingatan keras daripada Encik Nam Joon mula bermain di fikiran.Tanpa menunggu lebih lama dia bergegas  bersiap untuk ke tempat kerja.


Di tempat kerja (kedai runcit) 


Satu kotak minuman  berperisa susu diletakkan ditempat bayaran.

“berapa?”


Eunha menanti untuk membuat bayaran.Tapi pertanyaannya tak diendahkan Jungkook.


“berapa harga susu ni?”


Dia tersedar.raut gadis di depannya cukup mempersonakan..


“aah ,maaf .semuanya 200 won saja”katanya sambil tangan kalut  memasukkan barang ke dalam plastic dan menghulurkannya kepada si gadis.


“okey,ini duitnya.Terima kasih”


“sila datang lagi”.

Di Taman.

“siapa cashier tadi tu?macam pernah Nampak ,tapi kat mana ye?”soal Eunha sambil menyedut perlahan airnya yang masih berbaki.

Mindanya  ligat berfikir.Dia yakin.Rupa itu pernah dilihatnya.di mana?Tiba-tiba ,dia bangun dan tercengang.

“Dia? ,rupanya budak cashier tadi  tu yang memang dan asyik muncul dalam mimpi aku selama ni.tapi  untuk apa?”bisik hatinya masih lagi bingung .

Malam 

Mimpi itu datang lagi.


“cari dan dekati  dia”ujar gadis berbaju putih.


Kali ini Jungkook nekad untuk dapatkan jawapan.


“siapa kau? Siapa yang kau maksudkan? Aku tak faham !! ,jangan  hilangkan diri lagi,kau perlu jawab soalan aku.tolong la jelaskan “soalnya seakan merayu.

“baiklah…nama aku yein.Dia yang aku maksudkan ialah Eunha,adik aku.Cari dan dekatinya dia.Eunha perlukan seseorang untuk berkongsi rasa dukanya


.Sejak  aku meninggal,dia keseorangan.Tiada teman untuk bercerita ,untuk disayangi,menyayangi dan dicintai.Dulu dia seorang yang ceria namun sejak hari itu dia lebih banyak mendiamkan diri.Ibu bapa aku sendiri buntu.Walaupun dia cuba untuk sembunyikan rasa sedih tapi mustahil la.dia selalu menanggis.


Ramai kawannya tak ikhlas untuk berkawan.mereka mahu ambil kesempatan ke atas wang Eunha memandangkan ayah aku seorang doctor pakar terkemuka .Sebab itu juga dia serik untuk berkawan lagi dan memilih untuk menyendiri.”jelasnya panjang mengharapkan pengertian Jungkook.

“tapi kenapa pilih aku?bukan lelaki lain yang lebih sesuai?aku bukan sesiapa.”balasnya.


“sebab kau ada sikap yang aku yakin boleh tolong aku dan bantu Eunha.sikap bertanggungjawab ,penyayang ,dan sikap berdikari cukup jelas dalam diri kau.”balasnya lagi.

Jungkook mengangguk perlahan tanda faham. 

“betul kau yakin aku boleh lakukan semua ni?”soalnya lagi.


“ya,yakin. Jumpa dan dekatilah dia ,kembalikan senyumannya.Janji dengan  aku  yang kau akan lakukannya supaya aku boleh pergi dengan tenang”rayu yein.


“baik lah.aku akan cuba..tapi macam mana nak kenal dia ?”
Yein ketawa perlahan.


“jangan risau..dia adik aku,jadi raut wajahnya  lebih kurang dengan aku je ,semoga Berjaya ! “bayangan itu hilang dalam sekelip mata.

Jungkook tersedar di tengah malam.dia duduk termenung di tepi tingkap memikirkan mimpinya tadi.
“Eunha? Jadi itu namanya?

di rumah Eunha 

“omma,Eunha nak keluar kejap boleh?”


“nak ke mana ?sorang ?”puan suzy menyoal anaknya.Risau dan agak keberatan.

“alah omma,boleh ye..?.Hari ni hari minggu.Eunha nak keluar jalan-jalan kat taman kejap je.Bosan ..”rayunya meminta izin.


“ok la..tapi jangan ke tempat lain pulak.Omma risau tau.Kita baru je pindah sini,kamu belum biasa dengan keadaan disini.Mana tahu bahaya ke..”


“tak de la.i’m fine. Anak omma ni  dah besar,dah boleh jaga diri.”tubuh ibunya dipeluk.lalu keluar ke taman.

Waktu pagi di taman.

Pagi itu juga,Jungkook ke taman untuk berjoging.satu kebiasaanya di hujung minggu.

“aah..penatnya”

Langkah diatur perlahan ke satu bangku.lelah mahu  dilepaskan. Tangannya didepa ,mata dipejam dan nafas ditarik sedalamnya.namun,baru sesaat matanya dipejam satu suara orang menyanyi sayup-sayup kedengaran.telinganya pantas menangkap setiap butir nyanyian  itu.


“nunkkochi tteoreojyeoyo( snowflakes fall down)

Tto jogeumsshik meoreojyeoyo (and get away little by little)

Bogo shipda(bogo shipda ) (I miss u)

Eolmana gidaryeoya (how long do I have to wait)

Tto myeot bameul deo saewoya ( and how many sleepless nights do I have to spend)

Neol boge doelkka (Neol boge doelkka) to see u

Mannage doelkka (Mannage doelkka) to meet u

……

Tanpa berlengah Jungkook terus mencari arah  suara itu.kelihatan seorang gadis sedang menyanyi sambil menangis di tepi tasik.langkahnya diatur perlahan cuba untuk tidak menakutkan gadis tersebut.tiba-tiba langkahnya terhenti,Jungkook terkejut dengan apa yang dilihatnya.


“wajah tu? Dia ..Eunha ke ?”bisik hatinya.Dia teringat akan pesan Yein,gadis yang berulang kali muncul  dalam mimpinya.


“cari dan dekati dia”.Bibirnya menguntum senyuman.

Jungkook mendekat sambil menyambung kembali nyanyian yang terhenti .


“chuun gyeoul kketeul jina (passing by the edge of the cold winter)

Dashi bomnari ol ttaekkaji ( until the days of the spring

Kkot piul ttaekkaji (until the days of the flower blossoms)

Geugose jom deo meomulleojwo (please stay)

Meomulleojwo (please stay a little longer )

..........

Eunha terkejut dengan suara yang tiba-tiba berada di tepinya. Teringat akan pesan omma sebelum keluar “jangan ke tempat lain pulak.Omma risau tau.Kita baru je pindah sini,kamu belum biasa dengan keadaan disini.Mana tahu bahaya ke..”


Dalam ketakutan dia bingkas bangun dan cuba melarikan diri.tapi sempat ditahan jungkook.


“Eunha .!”panggil Jungkook


Eunha berhenti dan berpaling.hairan ! 


Eunha,itu nama awak kan?.yein kakak awak .Dia  meninggal 3 bulan lepas.betul?


“ma..mana a..awak tahu semua tu?si..siapa a..awak?soalnya gagap.


“tak perlu takut,saya bukan orang jahat.Nama saya Jeon Jungkook .Panggil saja Jungkook.Jangan pergi,saya akan jelaskan.Lagipun kita pernah jumpa sebelum ni.mungkin awak masih ingat budak cashier di kedai runcit dulu..’ terangnya lagi.


Eunha masih ingat.Lelaki ini yang tak lepas merenungnya dulu.Dan dia juga lah lelaki yang kerap muncul dalam mimpinya.Akhirnya Eunha menggangguk tanda akur.


“ya..saya masih  ingat.sekarang terangkan !”


Jungkook tersenyum .


Diterangnya satu-persatu.perkenalannya dengan Yein dalam mimpi,kisah Eunha dan permintaan tersebut.


Eunha terkejut.Akhirnya air mata Eunha sudah tak tertahan.Dibiarkan mengalir membasahi pipi,dalam sedu sedan dia berkata kepada  lelaki yang kini duduk di sebelahnya.


“saya sayang unnie.Dia satu-satunya kakak yang saya ada.segalanya hanya dia,teman bergurau,bahu untuk menanggis,penasihat terbaik yang pernah saya ada…”katanya dalam sebak.”betul awak sudi jadi kawan saya?”pandangannya beralih ke sisi.


“ya,saya ikhlas.awak tak perlu lagi rasa sedih sebab saya akan sentiasa temani dan sayangi awak sebagaimana yein lakukan.”ikhlas jawapan Jungkook.


Eunha senyum.Mungkin inilah sebabnya lelaki ini sering muncul dalam mimpinya.Ada rahsia disebalik semua yang terjadi.Air mata disapu perlahan.dia bingkas bangun lalu menghulurkan tangan.


“Janji awak  akan jadi  sahabat saya?selamanya ?


Huluran itu tak bersambut.namun,Jungkook segera kalih ke depan tasik dan menjerit sekuatnya .


“saya janji! Saya jeon jungkook berjanji untuk menemani Eunha adik yein selama-lamanya !! ”laungnya kuat .


Eunha tersenyum gembira.Begitu juga dengan Yein yang menyaksikan semuanya dari jauh.Akhirnya,dia boleh pergi dengan tenang.Eunha sudah  kembali tersenyum dan menjumpai kebahagiaanya.


Sejak hari itu,mereka sentiasa bersama.susah dan senang mereka saling ada dan saling melengkapi antara satu sama lain.Jungkook  gembira dapat memenuhi permintaan terakhir  Yein dan menjadi sahabat terbaik buat Eunha.

TAMAT.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.