Home Cerpen Seram/Misteri Motor Usang
Motor Usang
Qilah Qarim
17/8/2018 23:07:57
3,559
Kategori: Cerpen
Genre: Seram/Misteri

 “Kalau ikutkan aku memang malaslah nak pergi kampung anggerik sudahlah jauh pulak perjalanan, aku punya penat dekat pejabatpun belum habis kena pulak bergegas terus pergi kampong anggerik selepas balikpejabat”.

 “Ini semua atas arahan bos cakap ini klien penting dan tak ada orang lain boleh selesaikan dan satu halnya pulak aku sebelum tengah hari kena terpacak di kampong anggerik”. Bebel azlan sambil mengemaskan pakaian masuk kedalam beg sandang.

Aku menapak keluar dari bilik menuju ke pintu keluar, sebelum keluar sempat aku mencapai kunci kereta yang tergantung di dinding. Setelah aku mengelesai apayang patut sebelum meninggalkan rumah, aku pun masuk kedalam kereta danmemulakan perjalanan.

Jika di ikutkan firasat hati aku sebenarnya tak sedap hati tapi aku hanya menafikan sahaja apa yang aku rasa. Sebaik saja aku memandu masuk lebuh raya hujan mulaturun semakin lama semakin lebat tapi aku masih teruskan perjalanan.

“Eh!dekat sini tak hujan pulak kabus saja ada mungkin baru lepas hujan”. Cakap azlan seorang diri

Kabus tebal menutupi jalan raya menggangu daya fokus mata aku untuk memandu, walaupun lampu tinggi kereta sudah digunakan. Aku memandu dengan kelajuan yang selamat merentasi jalan raya yang sunyi dan gelap.

“Kenapalah jalan ini sunyi, selalu aku ikut jalan tak adalah sunyi sepi macam ini sekali.Sampai nak jumpa kereta berselisih di jalan bertentangan pun sakit”. Azlan bermonolog seorang diri

Aku melepaskan tangan kiri dari streng kereta pada masa yang sama tangan kanan mengawal streng dan jari kiri mencari-cari punat untuk on radio, aku hanya melihat dengan hujung mata seketika ke arah radio.

“Eh! aku dah on radio rupanya fokus memandu sampai tak perasan radio sudah on”. Kataazlan sambil jari kirinya bergerak pantas ke punat volume dan memusing ke arahkanan untuk menguatkan radio

Kedengaran penyampai radio berceloteh di corong radio memecah kesunyian di dalam kereta sambil mata fokus kehadapan. Tangan kiri aku kembali di streng kereta sebaik saja menguatkan volume radio.

Tiba-tiba,aku ternampak kelibat seperti sepasang suami isteri berdiri di bahu jalan bersama motosikal yang cuba menahan kereta aku untuk berhenti. Pada mulanya, aku berniat untuk berhenti tetapi membatalkan niat aku berbuat demikan kerana  tidak sedap hati.  Aku buat tak endah dengan  apa yang aku nampak apabila aku melepasi hadapan mereka.

Setelah aku memandu jauh sedikit daripada mereka , aku cuba memberanikan diri menjeling melihat  mereka menggunakan cermin belakang kereta, allah akhabar alangkah terkejutnya aku rupanya mereka sedang mengekori  di belakang kereta aku. Meremang bulu romadan suhu badan bertambah sejuk .

Ya allah kenapa pasangan suami isteri ikut aku pulak ini tadi suruh aku berhenti,aku menekan pedal minyak menambah kelajuan kereta supaya tidak dapat di kejaroleh mereka. Aku berasa lega apabila melihat di cermin belakang kelibat mereka tidak kelihatan

Tiba-tiba ada cahaya lampu motosikal cuba memotong di sebelah kanan aku memberi lalu untuk di potong astafirullah halazim macam mana motosikal boleh kejar kereta aku bawak bukan main laju tadi.

Apabila motosikal di naik pasang suami isteri telah berjaya memotong kereta, aku punmelihat motosikal mereka dihadapan kereta aku.

“Motosikal macam dah nak hancur dengan tayar tak ada, bukan main bawak laju macam nak berlumba”. Merepek aku didalam kereta

“Sekejap!macam mana motosikal tak ada tayar boleh bergerak laju hahaha aku buat-buat gelak, mungkin motor terbang kot tangan kiri aku mengaru kelapa yang tak gatal sedang memikiran apa yang di lihat”.

Tangan dan kaki sudah mula berpeluh apabila melihat motosikal yang berada di hadapan kereta aku hilang dari pandangan mata. Tiba-tiba aku perasan cahaya lampu dari  belakang kereta  aku melihat menggunakan cermin sisi kanankereta langkah terkejutnya aku rupa-rupanya motosikal yang sama,cuba memotong kereta aku sekali.

Ya allah! apa semua ini??? Aku hanya memberi lalu untuk mereka memotong sekali lagi.

Pada masa yang sama aku memerhati mereka cuba memotong, apabila motosikal tersebut berada di betul-betul sebelah aku tengah mengawal streng. Aku memberanikan diri menoleh  kepala aku ke  kanan, langkah gerunnya melihat matanya yang merah tengah memerhati aku di dalam kereta. Muka penuh disimbah darah merah dengan kesan kelar yang dalam di muka sempat menghadiahkan senyuman sinis yang menakutkan sebelum melepasi kereta aku.

Streng kerete aku bergegar, bulu roma bertambah panjang dan sejuk penghawa dingin didalam kereta bertambah sejuk seperti di dalam peti sejuk beku, gigi akumengigit bibir,kedua kaki dan tangan kebas seperti mahu kekejang terasa peluh keluar daripada setiap liang roma tubuh badan sudah membasahipakaian di pakai. Sambil aku menguatkan diri mengawal streng dan fokus memandu.

Tangan kiri yang terketar-ketar cuba mencapai CD alquran yang berada di atas deskbox tapi malang terjatuh di kawasan letak kaki sebelah penumpang. Aku melihat mereka masih dihadapan .

Kaki menekan pedal minyak menambah kelajuan kereta untuk memotong mereka sambil  mulut membaca ayat kursi, aku cuba membacatak tau betul ke salah. Kali pertama aku baca tidak menjadi dan aku tidak boleh memotong mereka, tiba-tiba saja motosikal mereka naik semakin laju dan laju. Aku memcuba lagi membaca ayat kursi dan takbir allahu akhbar dua kelibat bersama motosikal usang itu pun hilang.

Rasa meremang pun hilang aku rasa badan melekit dan baju aku basah dengan peluh ketakutan, sampai saja di kawasan rehat dan rawat aku ambil keputusan berhenti berehat seketika. Setelah parkir kereta di tempat yang selamat, aku pun pergi ke kafe mencari air untuk minum membasahi tekak yang kering. Aku buat keputusan lepas solat subuh baru aku bergerak semula.

 

 

 

 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.