Home Alternatif Thriller/Aksi PONZI
PONZI
Dr Fendi Ameen
29/7/2016 12:43:02
17,615
Kategori: Alternatif
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
OTG

Bilik Gerakan Bahagian Jenayah Perdagangan

Bukit Aman


Pelbagai kejadian jenayah berlaku di ibu kota. Pihak Polis percaya aktiviti jenayah dilakukan oleh sekumpulan penjahat yang dikenali sebagai 'The Prometheus'. Sebelum setiap kejadian, pengendali sebuah laman web 'KLinside.com' akan menyiarkan artikel berita berkenaan.

"Sasaran dituju kepada individu yang terlibat dengan penganjuran skim pelaburan Internet,Tuan." Lapor Inspektor Azri. SAC Zainal meneliti laporan.

"Tuan, Ini semua data yang dipungut dari email dan media sosial milik mangsa kejadian sebelum ni, "ujar Inspektor Azri sambil menyerahkan pemacu OTG ke tangan SAC Zainal. Pemacu OTG mudah terus akses di telefon pintar yang dikuasakan Android.

"Beberapa 'time line' yang terdapat melalui rekod "Google Map" dan lokasi GPS, menunjukkan lokasi ini popular bagi penganjur HYIP. Hantar pasukan, teliti lokasi ini! Mungin ada clue," tutur SAC Zainal. Keningnya dikerutkan, memikirkan sesuatu.

"Masih tak boleh trace ... web KLinside?"

"Pegawai dari Cawangan IT sedang berusaha Tuan, "ujar DSP Jamil.

"Bergerak sekarang!"

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.