Home Novelet Islamik Corat-coret Umrah – Taubat di Bumi Anbiya
Corat-coret Umrah – Taubat di Bumi Anbiya
Jiwa Jingga
16/12/2019 10:05:38
74,378
Kategori: Novelet
Genre: Islamik
Bab 1

SABAN tahun mendengar ada sahaja saudara-mara, sahabat,jiran-jiran yang melaksanakan ibadah haji dan umrah. Bila dengar berita sedemikian,  rasa bersyukur sangat kerana tercapai cita-cita mereka untuk ke sana. Sedikit sebanyak terdetik dalam hati, satu hari saya jua pasti ke sana. Betullah bila niat kita dah ada, InsyaAllah Allah permudahkan semua urusan kita.

Bermula dengan jalan-jalan ke Matta Fair yang berlangsung pada 15 - 17 Mac 2019 yang lepas. Tujuan asalnya hanya untuk mencari tiket percutian  ke Taman Tema Air. Itulah yang anak-anak suka iaitu bermain air. Pastinya anak orang lain juga begitu. Apabila lalu sahaja ke booth yang menawarkan pakej umrah, saya dan suami akan berhenti. Bertanya itu dan itu. Tetapi ada satu booth yang berjaya menawan hati kami sehingga sanggup mendengar penerangan mereka dari awal hingga akhir. Tanpa berfikir panjang terus suami meletakkan deposit sebanyak Rm100 seorang. Bila tanya suami, betul ke kita akan mengerjakan umrah…jawab suami senang je. InsyaAllah jika Allah izinkan, kalau tak deposit hangus pun tidak mengapa. Ringkas sahaja jawapannya tapi penuh tanda tanya.

Satu kelebihan pada agensi ini yang saya suka, adalah ia menawarkan bayaran secara ansuran. Bermaksud saya ada lebih kurang 8 bulan sebelum tarikh berangkat untuk menghabiskan semua bayaran pakej yang diambil.Tarikh pakej  yang dipromosikan adalah bermula penghujung November. Banyak agensi di luar sana yang menawarkan pakej umrah, terpulang pada anda untuk membuat pilihan yang tepat. Harga juga berlainan. Bergantung kepada jadual penerbangan, hotel di Mekah dan Madinah,bilangan hari, dan juga tempat-tempat lawatan.

 

Disertakan antara Tips MemilihPakej Umrah Yang Perlu Diketahui Bakal Jemaah.

Saya senaraikan perkara penting untuk difikirkan sebelum mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk mengerjakan ibadah umrah.


1. Harga Tawaran Pakej

Buat perbandingan harga antara pakej yang ditawarkan daripada agensi berbeza. Bandingkan juga dantara perkhidmatan yang ditawarkan. Di luar sana pelbagai harga berlainan agensi ditawarkan.

Perkara yang di utamakan adalah :-

   1) Jarak 

    - Kedudukan Hotel - Contoh : Hotel kurang dari 350 meter dari Mekah dan 200 meter dari Madinah.

   2) Penerbangan

    - Saudi Airlines atau MAS

   3)  Pakej Makan dan Minum

   - Termasuk pakej atau sendiri  

   4) Kursus ibadah secara percuma.   

2. Tempoh Umrah Dalam Pakej Tersebut

Ini satu lagi perkara penting. Memang logik sekiranya harga pakej lebih mahal untuk tempoh yang lebih panjang. Kos juga meningkat.

3. Kedudukan Dan Jarak Hotel

Lebih dekat hotel, lebih mahal harga pakej. Jika kedudukan hotel jauh bermakna lebih murah harga pakej. Tapi tidak mengapa, walaupun jauh setiap langkah kita dicatat pahalanya. Lagi jauh lagi bertambah pahalanya.

4. Selidik Agensi Umrah 

Buatlah sedikit ‘survey’ agensi yang dipilih. Jika ramai yang memilihnya dan terkenal. InsyaAllah kita juga tidak ragu-ragu  Tetapi jika nama pun jarang di dengar bermaksud agensi itu adalah baru dan bersaiz kecil. Pilih lah yang ada ciri berikut:-

a.Mempunyai lesen dan permit

Permit'outbound' (membawa jemaah keluar negara) yang sah atau hanya ada permit untuk'inbound' (aktiviti pelancongan dalam negara) sahaja. 

b. Mempunyai sistem permohonan visa yang cekap. 

Urusan mendapat visa lancar kerana kecekapan dan pengalaman berurusan dengan kementerian di Arab Saudi.

5. Menawarkan Kelas umrah dan Kursus Haji

Kebiasaannya setiap agensi akan menawarkan kelas atau kuliah Umrah. Sekarang mudah, banyak agensi yang menawarkan kuliah umrahsecara percuma.

Lapangkan sedikit masa untuk datang menuntut ilmu sebagai persiapan semasa kita sampai ke Rumah Allah.

6. Cara Pembayaran Pakej

Pembayaran adalah terus ke akaun agensi. Tiada melibatkan akaun persendirian. Sebarang transaksi perlu disertakan dengan resit daripada agensi. Resit perlu disimpan sebagai rujukan. 

7. Hotel penginapan

Hotel yang disediakan biasanya berdua, berempat atau berlima. Jika harga untuk berdua sememangnya akan mahal.

8. Syarikat Penerbangan Yang Digunakan

Dua syarikat penerbangan utama yang menawarkanSyarikat penerbangan selesa ialah Malaysia Airlines (MAS) dan  SaudiAirlines.

9. Kewargenegaraan Mutawif

Lebih selesa jika Mutawwif adalah berasal daripada negara kita sendiri. Mudah faham dan selesa bekerjasama. Melainkan mungkin loghat negeri sahaja yang berbeza.

10. Bilangan Umrah Yang Dilakukan

Bagi menyempurnakan ibadat umrah, jemaah perlu melakukan miqat-tawaf-saie. 
Ada pakej dari syarikat lain yang menawarkan hanya satu kali umrah wajib. 
Sekiranya Tuan Puan Ingin melaksanakan ummrah sunat, perlu melakukannya sendiri.

Imam al-Bukhari (1782) dan Muslim (1256) telah meriwayat kandaripada Ibnu Abbas, katanya, 

 "Rasulullah SAW bersabda kepada seorang wanita daripada kalangan Anhar. "Apakah yang menghalangmu untuk melakukan haji bersama kami?" Dia berkata, "Kami hanya punya dua ekor unta, satunya dibawa oleh bapa dan anaknya, dan yang satu lagi kami gunakan untuk menyiram kebun." Maka Nabi SAW berkata,

 "Jika datang bulan Ramadhan, lakukanlah umrah, kerana pahala umrah itu sama dengan pahala mengerjakan haji." Dalam riwayat muslim, "Sama dengan pahala menunaikan haji bersamaku."

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentangperbincangan lengkap mengenai hadis ini dari sumber yang dipercayai boleh bacadi laman myhadith.islam.gov.my Kita pun tahu, pada bulan puasa pahala amalan kita digandakan berkali kali ganda. Jadi, kalau anda mempunyai kemampuan dari segi kesihatan &harta benda. Rebutlah peluang ini.

Kesimpulan memilih pakej umrah di tanah suci.

Ibadat umrah memerlukan persiapan yang rapi dari segi duit, tenaga & masa.Semestinya kita mahu ibadat kita diterima Allah swt kan.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.