Home Novel Thriller/Aksi Hi, Encik Professor!
Hi, Encik Professor!
Angel_k20
29/7/2020 15:09:11
36,912
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 2a

Qarizh kembali menutup matanya dengan tidak menghiraukan gadis yang sesuka hati menghalang pandangannya pada langit nan indah, membiru dihiasi awan putih yang berarak perlahan.

"Hi, Encik Professor!" kata gadis itu lagi.

Merasa semakin terganggu, Qarizh menutup pula mukanya dengan baju kot yang dipakainya tadi sebelum dia membuangnya ketika menyelamatkan Amirul.

"Profesor..." panggil si gadis dengan suara sengaja dileretkan.

"Kau nak apa?" soal Qarizh dengan bengang. Pantang betul orang mengacaunya ni!

"Saya nak kawan dengan awak, boleh?" tanya gadis kecil molek itu lagi kemudian dia duduk bersila di tepi Qarizh tanpa menghiraukan kehadiran Amirul yang memandangnya dengan tersengih-sengih. Amirul dan sengihannya tu dah nampak macam orang betul!

Diam. Qarizh tetap seperti tadi dengan aura sejuk beku -10 darjah celcius.

"Awak..." panggil si gadis lagi sambil menarik-narik hujung tali leher Qarizh.

'Ya Allah... annoying gila perempuan ni!' bentak hati Qarizh lalu dengan hati mendongkol geram, dia mencelikkan mata lalu menarik baju kotnya dari muka.

Perasaannya marah membara sekarang tapi dia cuba bersabar. Dengan marah, dia merentap kembali tali lehernya dari pegangan si gadis lalu memandangnya dengan pandangan tajam mencerlung bagai nak telan seorang gadis di depannya itu.

"Jangan kacau aku," kata Qarizh sambil giginya diketap kemas sehingga tulang rahangnya nampak timbul.

Dalam marah, raut wajahnya masih cuba dikekalkan agar tidak nampak yang dia sedang betul-betul marah. Jika diikutkan hatinya, mahu saja dia mencekik gadis berjaket kulit pink dan bertudung putih itu lalu dihumbankan saja ke bawah!

"Ala, tak boleh ke kalau kita kawan?" rengek gadis itu lagi. Nampaknya, dia tidak berputus asa untuk mendapatkan perhatian Qarizh.

"Get lost," balas Qarizh dengan semakin geram. Lantas, dia bangun dari pembaringan lalu bersedia mengorak langkah untuk pergi dari situ.

Sebelum dia melangkah, sempat dia menoleh kepada Amirul yang masih statik tidak bergerak dari duduk. Keluhan kasar terbit dari mulutnya melihatkan kepada reaksi Amirul yang diam bersila dengan matanya memandang galak kepada si gadis yang selamba badak berada di tepinya.

"Kau, ikut aku," arah Qarizh kepada Amirul. Garang.

Mendengar suara kasar Qarizh yang seperti mahu mengajak bergaduh, berkecai terus angan-angan Amirul ingin berkahwin dengan gadis cantik yang berada di sebelahnya. Sudahlah datang tanpa diundang, berani pula tu ajak si singa Profesor Qarizh Zahwan untuk berkawan. Gadis itu sangat berani. Thumbs up!

"Ba... baik Prof," jawab Amirul tergagap-gagap lalu dengan terkocoh-kocoh, dia bangun dari duduk lantas berlari mengikuti langkah Qarizh yang berjalan laju menuju ke tangga untuk turun ke bawah.

Si gadis yang melihatkan respon sombong, dingin dan beku sesejuk kutub utara dan selatan lelaki zirafah di hadapannya mendengus geram. Ada ke patut lelaki itu menolak pelawaannya untuk menjadi kawan? Padahal, setiap lelaki yang dia hulurkan salam perkenalan tidak pernah menolak ajakannya untuk berkawan!

"Profesor Madya Dr. Qarizh Zahwan, aku akan pastikan kau jadi kawan aku!" laung si gadis dengan sepenuh hati.

"Crazy!" bisik Qarizh lalu tanpa menghiraukan laungan si gadis, dia meneruskan langkah lantas turun ke bawah.

***************


"Kahkahkah!" Jacky menahan senak perut akibat ketawa tak henti-henti melihatkan wajah cemberut Aralyn.

Wow... ada sesuatu yang menarik pada diri Profesor Madya Dr. Qarizh Zahwan ni. Masakan tidak, lelaki sejuk itulah lelaki yang pertama menolak salam kenal dari Cik Aralyn Awliya, si gadis cantik yang menjadi dambaan para lelaki.

Aralyn mencampakkan bantal sofa ke muka Jacky lalu dia bangun bercekak pinggang. Marah ni marah. Dah la kena langgar lepas tu si perempuh tu pula tak reti minta maaf. Lagi yang membuatkannya sakit hati ialah bila si profesor itu menolak ajakannya untuk berkawan.

Alah, bukan susah pun berkawan dengan seorang manusia bernama Aralyn Awliya ni. Cakap je okey, kita kawan maka mereka dah jadi kawan. Itu pun susah ke?

Aralyn merebahkan dirinya di sofa kemudian menguis-nguis tangan sofa dengan hujung kaki. Mata-mata galak Mona, Jacky dan Riyad yang memandangnya dengan pandangan menuntut penjelasan dibiarkan sepi begitu sahaja. Dia tiada mood nak berkongsi laporan yang diterima dari pegawai atasan universiti yang mereka lawati sebentar tadi.

"Cik..." panggil Mona sambil membetulkan cermin matanya.

"Hmm..." jawab Aralyn nak tak nak sambil matanya terkebil-kebil memandang siling.

"Macam mana?" tanya Mona lagi tapi kali ni lebih berhati-hati, bimbang bosnya yang seorang itu akan melenting tak tentu pasal.

Aralyn Awliya ni perangainya selain cengeng suka menangis, melenting marah itu juga salah satu dari perangainya sejak azali. Melenting bukan sekadar melenting tapi melenting sekali dengan potong gaji.

"Entah. Eii... psiko betul mamat tu. Ya Allah, aku geram taubat kalau aku jumpa lagi mamat beku tu, aku akan pancung dia guna pedang saber!" marah Aralyn sambil tangan dan kakinya tak henti-henti menumbuk dan menendang sofa.

Mona, Jacky dan Riyad saling berpandangan sesama sendiri lalu masing-masing kembali ke meja kerja. Jangan dilayan marah Aralyn kalau tak nak segala mak nenek yang berada berdekatan dengan gadis itu melayang tepat ke kepala masing-masing. Serik!

Bantal sofa, pen, buku, pensil, pemadam, mangkuk mee segera dan cawan adalah barangan yang sentiasa melayang ke kepala jika Aralyn dalam mood mengamuk. Sebab itulah Mona bertindak bijak dengan menyembunyikan semua cawan, pinggan atau mangkuk dari jenis kaca.

Ya, selain jenuh nak kena bersihkan kaca pecah, seksa juga nak bersihkan kepala yang luka berdarah. Orang kata, prevention is better than cure. Sebelum banyak lagi kepala yang bersepai dek penangan Aralyn ni, lebih baik ganti dengan barangan jenis plastik je.

Aralyn kan, kanak-kanak tak matang!

Puas melentang, Aralyn mengiring pula ke kiri. Jemu mengiring ke kiri, dia mengiring pula ke kanan. Tak tahu nak buat apa, dia berenang pula di sofa. Pokok pangkalnya, dia tidak puas hati dengan jawapan lelaki sejuk beku tu.

"Ahhhh!" jerit Aralyn sekuat hati.

Bum!

Previous: Bab 1b
Next: Bab 2b

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.