Home Novel Thriller/Aksi Hi, Encik Professor!
Hi, Encik Professor!
Angel_k20
29/7/2020 15:09:11
36,941
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 1b

Dewan kuliah yang sedari tadi bising lebih riuh dari pasar tiba-tiba bertukar suasana seperti selepas dilanda garuda. Kini, keadaan menjadi senyap, sunyi sepi tanpa sepatah kata pun keluar dari mulut seramai 300 orang pelajar yang berada di dalam dewan itu.

Seorang lelaki tinggi lampai setinggi 180 cm, bersut lengkap biru tua yang dipadankan dengan baju kemeja berwarna biru laut, tali leher hitam berwarna hitam dan rambut yang disikat kemas masuk ke dalam dewan lalu meletakkan beg galasnya di atas kerusi pensyarah.

Tanpa melengahkan masa, dia mencucuk sebiji pendrive ke port USB komputer yang disambungkan terus ke pemancar projektor lalu memilih slide pembentangan yang bakal ditunjukkan kepada para pelajar di kelasnya pada hari ini.

Dengan mengenakan cermin mata tidak berbingkai, aura jejaka tampan itu sangatlah menarik perhatian para pelajar perempuan. Namun, tidak ada seorang pun dari mereka yang berani berkata-kata. Aura sejuk beku yang keluar dari seorang jejaka tampan berusia 30 tahun itu siapa je yang berani hadap?

Jejaka itu tak pernah senyum.

"Aisyah Natasya binti Roslan," seru jejaka itu.

"Saya," kedengaran sayup-sayup sahutan jawapan dari pemilik nama.

"Muhammad Arif Afif bin Hamid," seru jejaka itu lagi.

"Hadir, Prof," jawab seorang pelajar lelaki di barisan hadapan.

Jejaka yang dipanggil Prof itu hanya menganggukkan kepala tanpa sedikit pun senyuman terbit dari mulut. Hanya tangannya sahaja yang laju mencatit nama-nama pelajar yang hadir ke sesi kuliahnya pada hari ini.

"Amirul Ghafir bin Hamzah Salim," seru jejaka itu.

Senyap.

"Amirul Ghafir bin Hamzah Salim," seru jejaka itu lagi.

Masih tiada yang menyahut.

"Ya Allah, aku geram gila dengan budak yang tak hadir ke kelas aku hari ni," gumamnya perlahan sambil giginya diketap rapat sehingga tulang rahangnya timbul.

"Sabar Rizh, sabar itu separuh dari iman," tiba-tiba, kedengaran suara berbisik kecil di telinganya.

"Mak cik, aku dah pesan kat budak-budak ni yang hari ni ada test. Kau faham test?" selar jejaka dengan geram tapi masih dengan suara yang perlahan agar tidak didengari oleh para pelajar.

"Suka hati kau je panggil aku mak cik kan? Ingat, aku ni adik kau yang paling cantik tau..." bebel si empunya suara di talian sana.

"Cantik la sangat," bidas jejaka itu lagi sambil mulut dan tangannya laju memanggil dan mencatit nama pelajar.

"Abang, please la jangan buat muka ketat kau tu. Kalau aku jadi student kau pun, aku lari tau tak? Dah la tak handsome, muka macam minta penampar kapit pula tu," ejek si gadis di hujung talian.

"Sarah al-Hanan, kau nak tolong aku kesan budak Amirul tu atau kau nak aku humban semua perkakas hacking kau dalam neraka?" ujar jejaka itu dengan geram.

"Yelah aku track student kau tu Prof. Madya Dr. Qarizh Zahwan. Alah, tu pun nak kecoh," cebik Sarah lalu mematikan talian.

Qarizh menarik nafas panjang apabila mengenangkan perangai adiknya yang seorang itu. Dah la malas kerja, asyik sibuk je dengan game. Katanya nak jadi profesional gamer tapi sampai sekarang tak nampak berjaya pun.

Tapi, dia tidak menyalahkan adiknya pun kalau gadis itu tidak mahu bekerja. Dia cukup segala-galanya untuk tampung makan pakai mereka berdua. Lagipula, jika adiknya bekerja dengan orang lain, siapa pula yang akan membantunya membuat kerja 'gelap'di malam hari?

Itulah dia Prof. Madya Dr. Qarizh Zahwan. Waktu siang dia adalah pensyarah tapi pada waktu malam? Dia adalah dia yang tiada seorang pun yang tahu akan pekerjaannya yang satu lagi itu kecuali adiknya.

"Semua tutup buku, masukkan buku dalam beg masing-masing. Ingatlah sabda Nabi Muhammad s.a.w, barangsiapa yang menipu, maka dia bukanlah dalam kalangan kami. Hadis riwayat Muslim, nombor 101," kata Qarizh dengan dingin.

Tanpa banyak soal, kesemua pelajar patuh dengan arahan pensyarah muda tersebut. Tiada siapa berani membangkang atau tidak menurut arahan.

Mereka masih ingat yang test bulan lepas, disebabkan ada dalam kalangan mereka yang terkantoi meniru, kesemua pelajar dalam kelas profesor muda itu mendapat 'telur ayam'. Mereka mendapat markah kosong, bukan boleh buat main-main profesor ni!

"Test bermula sekarang," kata Qarizh dengan tenang dalam matanya tajam memerhatikan lagak para pelajar yang tekun menjawab ujian.

Tit!

"Abang!" jerit Sarah di talian.

"Apa?" marah Qarizh.

"Student kau..." kata Sarah dengan suara tersekat-sekat.

"Hah?" Qarizh menekap telinga kanannya agar suara yang keluar dari handsfreenya lebih jelas.

"Student kau tergantung di beranda tingkat 5 blok A Fakulti Seni Bina!" jerit Sarah dengan gementar.

"Apa?" Qarizh terjerit dan terus bangun dari kerusi.

Dum!

Kerusi yang didudukinya terbalik ke belakang dan efek momentum kejatuhan kerusi itu menjadikan para pelajar yang sedang menjawab soalan terperanjat besar.

"Aku pergi sekarang," kata Qarizh seraya mencapai beg sandangnya lantas terus meluru ke pintu utama dewan kuliah.

Bum!

Dia terlanggar bahu seorang perempuan yang sedang menghala ke arah pintu masuk dewan kuliah.

"Aduh!"

Qarizh terdengar suara perempuan itu termengaduh tapi dia tiada masa untuk dibazirkan sekarang ni. Nyawa pelajarnya lagi penting!

Tanpa kata maaf yang terluah, Qarizh terus berlari ke arah blok A Fakulti Seni Bina universiti. Suara perempuan yang memarahinya juga semakin sayup kedengaran sehinggalah tiada suara kedengaran lagi.

"Prof... Mirul takut Prof. Tolong Mirul!" jerit pelajar lelaki yang dipanggil Amirul.

"Bertahanlah!" laung Qarizh lantas dia membuang kotnya lalu menyinsing lengan kemeja sehingga ke paras siku.

Jam tangan berjenama Rolex yang tersarung kemas di lengannya dikerling sekilas sebelum butang kecil di cermin matanya ditekan. Lalu, terpaparlah maklumat dari Sarah dan juga koordinat arah.

"Sarah, kali ni agak bahaya seriously," kata Qarizh sambil sengaja menyerabaikan rambutnya.

Bad boy selalunya nampak cool, kan?

"Kau boleh lakukannya, abangku si profesor sejuk beku," gelak Sarah dalam gugup.

"Kurang asam punya adik," gumam Qarizh lantas dia memanjat lalu meniti di atas pagar balkoni kaca di tingkat 5 blok itu.

"Prof... saya dah tak tahan!" jerit Amirul dengan kuat.

Qarizh dapat melihat yang pegangan Amirul pada beranda kaca itu semakin longgar. Ya mungkin tangan pelajar itu mula berpeluh menjadikan kaca beranda itu semakin licin pada genggamannya.

"Mirul, bertahanlah. Jangan putus asa!" tiba-tiba, terdengar sorakan semangat dari bawah.

Qarizh memandang ke bawah. Itu dia, ramai orang sedang menyaksikan aksinya menyelamatkan seorang pelajar nakal yang tak pernah buat assignment!

"Wei Sarah, adjust sikit kau punya spec ni. Entah apa-apa dah benda alah kau ni tunjuk," bebel Qarizh apabila terasa cermin mata berteknologi tinggi yang dipakainya mula menunjukkan arah yang agak berkelabut.

"Ala sorry la my abang sejuk beku, isyarat terganggu. Sebentar ya pak..." balas Sarah di hujung talian.

Qarizh mendengus geram. Ya Allah, adiknya yang seorang itu sangatlah suka menyakat tak kena tempat. Sebentar kemudian, dia mula nampak dengan jelas kedudukan sebenar tangan Amirul apabila cermin matanya boleh zoom in dan zoom out dengan baik.

"Okey dah clear Sarah. Thanks," ujar Qarizh lalu mula merangkak ke arah Amirul.

Deruan angin kuat di balkoni yang tidak berbumbung sesekali menerpa tubuh. Jika tidak berhati-hati, boleh tergelincir dek kerana penangan angin yang menderu deras.

"Abang, hati-hati," pesan Sarah.

"Diamlah," balas Qarizh dengan matanya masih tertumpu pada pegangan Amirul yang semakin lama nampak semakin longgar.

Kedudukannya kini hanya berjarak 5 meter dari pelajar itu. Entah bagaimanalah si Amirul boleh naik ke tingkat lima blok A, itu dia tidak pasti. Blok A Fakulti Seni Bina itu masih dalam proses renovasi jadi bangunan itu tidak digunakan.

Cuma, dia yakin jika kumpulan Crow punya kerja, memang Amirul akan suka rela datang ke sini tanpa sedar. Memang dia tahu yang ahli Crow sangat mahir dalam teknik hipnotis.

"Amirul," seru Qarizh dengan kuat melawan bunyi angin yang menderu menerpa muka.

"Prof!" jerit Amirul dengan penuh cemas.

"Apa Prof nak buat tu? Jangan tembak saya. Saya janji akan siapkan semua assignment Prof. Saya bersalah Prof," rayu Amirul sambil menangis.

Qarizh menepuk dahi.

"Lailahaillallah budak ni, aku tembak betul kan baru tahu!" dengusnya dalam hati.

"Diamlah jangan bergerak!" gertak Qarizh lalu menghalakan muncung pistolnya ke arah Amirul.

Bang!

"Prof!" jerit Amirul nyaring.

Zup!

Amirul membuka mata. Dia tidak merasa sakit kecuali terasa ada sesuatu yang membeliti badannya.

"Tali?" desis hati Amirul lalu dia memandang Qarizh.

"Stupid." Melalui isyarat mulut, Amirul dapat melihat Qarizh menuturkan perkataan itu.

"Prof..." seru Amirul lagi apabila dia terasa dirinya perlahan-lahan ditarik naik ke atas.

Hiargh!

Dengan sentakan terakhir, Qarizh berjaya mencapai tangan Amirul lalu menyeretnya naik ke atas. Lantas, kedua-duanya terbaring melepaskan lelah dengan mata menghadap bumbung langit.

"Terima kasih Prof," kata Amirul setelah deru nafasnya reda.

Qarizh tidak menjawab bahkan terus memejamkan matanya. Sungguh, tenaganya sudah berada di paras minimum sekarang kerana sejak dari pagi tadi dia belum sarapan pagi.

"Prof..." Amirul mencuit lengan Qarizh.

Merasa terganggu, Qarizh menjawab dengan penuh geram.

"Apa!" bentaknya garang.

"Hi, Encik Professor."

Qarizh membuka mata dan muncul figura gadis kecil molek sedang tersenyum memandangnya dengan reaksi kagum.

Gadis itu... menghalang pandangannya pada langit!



Ps: Angel harap korang enjoy sementara menanti update Hello, Abang Bodyguard! Ada nak cakap apa-apa tak kat Angel? Bagitau je kat komen. Korang ada Wattpad? Follow Angel_k20 tau.

Previous: Bab 1a
Next: Bab 2a

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.