Bab 14

HARI minggu itu, El ditemani Hana bertemu secara santai bersama beberapa lembaga pengarah Syarikat Ventures Sdn. Bhd. Mereka bertemu di sebuah kelab golf yang agak terkenal di kawasan Selangor. Setelah selesai perbincangan, El dan Hana bersedia untuk pulang ke rumah Puan Mastura dan Ungku Ibrahim.

"Azura mana? Selalu bukan dia ada sekali ke? Lagipun dia yang dapatkan projek ni kan?" Soal Hana agak pelik. Selalunya Azura akan melibatkan diri dalam perjumpaan seperti ini. Tetapi, dia tidak kelihatan sejak dari tadi.
"She's busy... maybe," balas El bersahaja sambil melihat kertas kerja yang dibincangkan tadi. Hana sekadar mengangguk saat mendengar jawapan El.
"Nak balik rumah mommy pukul berapa ni?" Soal Hana lagi. Matanya melirik pada jam di tangan.
"Kita pergi minum coffee dulu nak?" El menyimpan semula kertas kerja itu ke dalam beg bimbitnya. Kemudian, dia memandang wajah Hana yang sedang merenungnya.
"Kenapa tenung saya macam tu? Nak kena cium?" Soal El mengusik. Sempat dia membuat isyarat ciuman. Hana menjelingkan matanya geram.
Miang!!
"Kita minum dekat rumah mommy je la," balas Hana lantas bangun dari duduknya. Dia tidak suka diusik sebegitu. Terasa seolah-olah El sengaja mengejek dirinya yang berstatus janda itu.
Entahlah, takde benda baik yang boleh difikirkan tentang si El ni! Bisik hati kecil Hana.
"Laa.. dekat rumah mommy tak sedap macam kat tempat yang saya nak bawa awak ni. Jom laaa...," rengek El.
"Saya siap search lagi tempat ni tau. The best coffee in KL. Jom la, awakkk," pujuk El dengan manja sambil jarinya menguis-nguis bahu Hana.
Alis mata hana berkerut nipis.

Apahal dia ni semacam je? Gerutu hati Hana. Dia perasan sejak akhir-akhir ini, El seakan cuba menarik perhatiannya. Lelaki itu, seolah-olah mahu Hana sentiasa bersamanya. Dia juga perasan yang El sudah jarang bertemu dengan Azura.
"Next time je lah. Nanti lewat kita sampai rumah mommy," Hana menolak ajakan El. Kelihatan El menarik muka masam dan dia terus berjalan menuju ke kereta meninggalkan Hana di belakang. Hana mengeluh kecil. Pening dengan sikap merajuk lelaki itu.

Mula la tu nak merajuk. Lantak kaulah! Bentak Hana di dalam hati.
Masuk sahaja ke dalam perut kereta, El meneruskan pemanduan menuju ke destinasi. Tidak lama selepas itu, mereka berhenti di sebuah hentian rehat.

Hana keluar untuk pergi ke tandas."Awak tak nak pergi toilet ke?" Soal Hana apabila melihat El masih tidak berganjak dari tempat duduk pemandu. Dia menggeleng tanpa melihat muka Hana. Wajahnya masih masam mencuka.
"Tolong belikan saya coffee boleh?" Hana cuba memujuk El. Malas mahu melihat wajah El yang masam mencuka itu. Dia tidak mahu keadaan begitu terus berlarutan di rumah Puan Mastura nanti.
"Minum dekat rumah mommy je la," balas El membunag pandangannya ke luar tingkap.

Baru tahu nak pujuk aku. Tadi aku ajak tak nak. Aku nak merajuk juga. Tekadnya di dalam hati.
"Jomlah minum dekat sini. Kejap je. Saya teringin minum coffee dekat sana tu," masih lagi dia cuba memeujuk lelaki itu. Namun, El masih membatu dan tidak menoleh pada Hana.
Hana mendengus kecil geram dengan perangai mengada-ngada lelaki itu. "Takpelah kalau awak tak nak. Saya minum sorang," sambung Hana sambil menutup pintu kereta. Terus dia berjalan menuju ke tandas.
Pleaselah merajuk macam tu. Aku bukan Azura nak pujuk beria. Macam manalah si Azura tu pujuk boyfriend dia ni? Merajuk mengalahkan perempuan. Kutuk hati Hana.
Setelah selesai urusannya di tandas, Hana keluar dari situ. Tiba-tiba, matanya menangkap susuk tubuh El yang sudah menunggunya di luar tandas wanita. Lelaki itu tersenyum segaris. Hana menghampiri El dan wajah lelaki itu di renung seketika.
"Coffee yang mana satu isteri saya ni teringin?" Soal El dengan senyuman menggoda.
Sebab dah sayang aku tak nak merajuk lama-lama. Detik hati El.
"Sana tu," Hana menunjuk ke arah coffee house yang dimaksudkan. Mata dikalih ke arah lain. Renungan El buat hatinya berdebar-debar.
"Jom," ujar El cuba memegang tangan Hana.

Seperti biasa, Hana menarik semula tangannya dengan pantas. Kulit mukanya terasa panas.
"Kenapa setiap kali saya pegang tangan awak, awak mengelak? Nanti kalau dekat rumah mommy pun nak mengelak juga ke?" Soal El agak bengang.
"Tak biasa," balas Hana ringkas. Malas mahu melayan akal El yang suka sangat mengusik dan mengenakannya.
"Kena biasakan. Nanti depan mommy macam mana?" El terus menggenggam tapak tangan Hana walaupun wanita itu tidak mahu.
"El, orang tengoklah," Hana cuba menarik semula tangannya. Namun genggaman El agak kuat.
"Biarlah orang tengok. We're husband and wife. Apasalahnya? Bukan kita bercium dekat sini. Just hold hand," Kali ini, tubuh Hana pula ditarik rapat dengan tubuhnya.
"El, sakit la..," wajah Hana berubah riak.
Bukan kau geli ke nak pegang aku? Sekarang sibuk nak pegang-pegang tangan pula. Bentak Hana di dalam hati.
"Kalau macam tu awak pegang lengan saya," El melepaskan tangannya dan menghulurkan pula lengannya untuk dipegang.
"Tak nak," balas Hana sambil berjalan laju meninggalkan El keseorangan. El terpinga-pinga seketika. Kemudian, dia berjalan membuntuti Hana.
Masuk sahaja ke dalam coffee house itu, Hana berdiri di satu sudut sambil melihat menu di board kaunter. Kemudian, dia mendekati El yang baru sahaja masuk ke dalam.
"Saya tak tahu nak order. Awak tolong order kan boleh? Nak cafe late' tu," Pinta Hana seakan berbisik.
"Boleh. Tapi, dengan satu syarat," seperti tadi, El menghulurkan lengannya sekali lagi. Hana merenung wajah El yang masih tidak berputus asa itu.
"Takpa lah.. Tak payahlah beli," balas Hana seakan merajuk.
Sedapnya bau coffee dekat sini. Detik hati Hana.

Hana sememangnya coffee lover atau coffee addict. Sangat sukakan apa jua jenis coffee. Janji namanya kopi.
"Cepat laaa... Nanti saya order kan. Pegang lengan saya je. Bukan buat apa pun. Cepat pegang," pujuk El masih tidak putus asa. Dia tetap mahu Hana memegang lengannya.
"Yelahh!!" Dengan berat hati Hana memaut lengan El. Lelaki itu tersenyum puas.

Sebab coffee aku pegang kau. Kalau tak, kirim salam! Bebel hati kecil Hana.
Selesai membayar minuman mereka, El menghulurkan cafe late' itu kepada Hana dan dia hanya memesan juice untuk dirinya. Setelah berehat dan menikmati minuman itu, mereka terus bergerak semula menuju ke destinasi.
Sepanjang perjalanan wajah El kelihatan ceria. Dia asyik tersenyum sendiri. Sekali sekala dia mencuri pandang ke arah Hana yang terlena di kerusi penumpang. Kalau ikutkan hatinya yang sedang berbunga itu, mahu sahaja dia mengucup Hana sepuas-puasnya. Namun dia harus bersabar. Dia tidak mahu Hana merasa tidak selesa dengannya. Startegi harus dirancang dengan baik agar Hana juga jatuh cinta padanya tanpa dipaksa.
Setelah beberapa jam perjalanan, mereka pun sampai diperkarangan rumah Puan Mastura.
"Hana... Sayang, bangun. Dah sampai," El cuba menbangun Hana dari lenanya. Namun, sedikit pun tiada respon dari wanita itu.
"Sayang.. Yang, bangunnn. Dah sampai," El mencuba lagi. Hana masih tidak sedar dari tidurnya.
Susahnya nak kejut dia ni. Gerutu hati El.
Tiba-tiba, El perasan ada satu wayar melingkar di bawah tudung Hana dan terdengar bunyi musik di balik tudung wanita itu. Lantas, El menyelak sedikit tudung Hana di bahagian dada. Kelihatan wayar earphone sedang melingkari leher Hana.
"Patutlah. Dengar lagu rupanya," bebel El sendirian. Matanya menjilat seluruh wajah Hana. Dia merasa tenang apabila melihat wajah Hana sebegitu. Terasa seakan ada satu perasaan yang sukar digambarkan.
Dada Hana kelihatan berombak tenang. Nafsu lelakinya tiba-tiba hadir. El mendekatkan bibirnya ke bibir Hana. Belum sempat bibir mereka bertaut, tingkap kereta diketuk seseorang. Terus dia menghentikan niatnya untuk mencium Hana. Lantas, El menoleh ke arah ketukan ditingkap pemandu. Kelihatan Nad sedang bercekak pinggang di luar kereta sambil memerhatikan mereka berdua. Lalu, El keluar dari perut kereta dengan muka selamba.
"Kot ye pun masuklah rumah dulu. Tak menyempat-nyempat," perli Nad. Dia terlihat adegan tersebut tanpa sengaja.
"Kacau daun betul. Pergi kejut Kak Hana tu. Tidur mati. Kejut banyak kali pun tak bangun," El terus ke bonet kereta untuk mengambil beg pakaian mereka.
"Kak Hana.. Akak, bangun. Dah sampai ni....," Nad cuba membangunkan Hana. Peha wanita itu ditepuk lembut. Dia tidak mahu Hana bangun secara mengejut. Beberapa saat kemudian, Hana terbangun sambil memisat-misat matanya. Dia kelihatan tercengang-cengang.
"Meeting kat mana ni?" Soal Hana masih lagi mamai.
Nad ketawa setelah mendengar soalan Hana. El yang berada di belakang Nad turut ketawa sambil menggeleng laju.
"Eeiiii... mengigau je. Bangunlah. Dah sampai rumah mommy ni. Ke nak saya dukung masuk bilik?" Soal El mengusik Hana.
"Abang ni gatal overdose. Tadi nak cium Kak Hana. Ni nak dukung masuk bilik pula," omel Nad sambil berjalan masuk ke rumah.
"Mommy!!!! Abang dengan Kak Hana dah sampai. They're kissing mommy!!!" Jeritan Nad menyedarkan Hana dari mamainya. Namun, tetap sahaja dia terkebil-kebil di situ cuba menghadam situasi.
"Eh, budak ni. Kalau boleh satu rumah dia nak bagi tahu," bebel El seorang diri.
Hana memandang wajah El yang masih tersenyum melihatnya. "Cepat bangun. Masuk rumah. Ke memang nak saya dukung masuk bilik?" Usik El lagi.

Penat sangat ke sampai mimpi pergi meeting?
"Kejap. Pening. Awak masuk la dulu," balas Hana.
"Mana tak pening. Telinga tu sumbat earphone lagu tah apa-apa dengar. Saya kejut banyak kali pun tak sedar," bebel El agak geram.
Hana hanya terdiam dan menarik earphone dari telinga. Dia memicit-micit lehernya yang terasa sengal itu. El pula sudah berjalan masuk dengan membawa beg pakaian mereka.
Setelah terasa agak stabil, Hana keluar dari kereta dan melangkah masuk ke rumah.
Kelihatan Puan Mastura dan Ungku Ibrahim sedang menunggu mereka di ruang tamu. Hana menghampiri ibu dan bapa mertuanya. Mereka bersalaman sambil berpelukan.
"Sibuk sangat you all berdua ni dah lama tak balik sini," rungut Puan mastura.
"Sibuk banyak kat office, mommy. Ni pun tadi pergi jumpa client sebelum balik sini. Sampai ada orang tu mengigau nak pergi meeting lagi," sindir El sambil melirik pada Hana. Spontan Nad ketawa setelah mendengar kata-kata El yang ditujukan kepada kakak iparnya itu. Hana pula, masih lagi terpinga-pinga tidak faham.
"Siapa mengigau?" Soal Ungku Ibrahim ingin tahu.
"Kak Hana mengigau tadi dalam kereta. Nad kejut suruh dia bangun. Kak Hana bangun je terus tanya, 'meeting kat mana ni?'. Abang tak bagi Kak Hana rehat ke? Kesian Kak Hana," celah Nad dengan tawa yang masih bersisa.
"Ya ke? Penat sangatlah tu. You ni pun El. Pergilah bawa Hana ni bercuti ke apa. Ni asyik pergi meeting sampai mengigau dia pasal meeting," ujar Puan Mastura turut ketawa bersama. Dia bersyukur melihat perubahan El. Anak lelakinya itu sudah boleh bermesra dan bergurau dengan Hana. Dia berharap jodoh mereka kekal sampai bila-bila.
Hana yang masih mamai, hanya tersenyum tawar mendengar mereka berbual tentang dirinya. Dalam masa yang sama, kepalanya masih sakit. Mungkin kerana posisi tidur di dalam kereta tadi menyebabkan dia sakit kepala.
"Yalah, nanti El bawa Hana pergi bercuti. Sebelum tu, jom bercuti dalam bilik. Nampak mamai lagi ni," El menarik tangan Hana. Wanita itu menurut tanpa membantah.
"Saya naik dulu ya mommy, abah. Nad, akak naik dulu ya," Hana meminta diri dengan sopan. Serentak mereka mengangguk.
"Abang El boleh sambung aksi dalam kereta tadi!" Jerit Nad dengan tawa yang masih belum reda.
El hanya tersenyum mendengar kata-kata adiknya itu. Hana pula masih lagi terpinga-pinga tidak faham maksud Nad.
Sesampainya di bilik, Hana terus merebahkan dirinya ke sofa. Denyutan di kepala semakin kuat terasa. Dia termenung seketika sambil mata dipejam kejap.

El menghampiri Hana yang sejak dari tadi mendiamkan diri. "Kenapa ni?" Soalnya sambil melabuhkan punggung di sebelah Hana.
"Sakitlah kepala ni," jawab Hana dengan nada sedikit lemah. Dia memicit leher dan kepalanya dengan mata terpejam.
"Tadi okay je," kata El lalu merapati tubuh Hana. Dia cuba mengurut leher Hana tetapi wanita itu tiba-tiba sahaja mengelak.
"Saya bukan nak raba awak. Saya nak tolong urut," terus El merangkul pinggang Hana dan tarik merapatinya. Hana terkedu seketika dengan tindakan El. Namun, dia tak larat untuk melawan. Akhirnya, dibiarkan sahaja lelaki itu mengurut kepala dan bahunya. El pula tersenyum apabila melihat Hana tidak mengelak seperti tadi.
"Kurang sikit tak?" Soal El seakan berbisik. Dia cuba membuka tudung yang masih membaluti kepala isterinya itu.
"Apa awak nak buat ni?" Hana terus bangun dari duduknya. Dia memegang kepalanya yang masih berdenyut-denyut.
"Nak buka tudung awak lah. Macam mana nak urut pakai tudung macam tu," El turut bangun dari situ.
"Tak payahlah. Saya dah okay sikit," balas Hana sambil membuka tudungnya. Jantung mula berdegup laju. Tidak selesa diperlakukan sebegitu.
"Apa yang cemas sangat ni? Pegang tak boleh, nak urut tak nak, nak bukakan tudung pun tak bagi. I'm your husband. Nak cium, nak peluk, nak buat apa-apa pada awak pun saya berhak tau," tegas El sedikit kasar. Hilang sabar dibuatnya. Semuanya nak terkejut. Aku nak tolong pun cemas sangat kenapa? Bentak hati El geram.
Hana tidak menjawab, sebaliknya dia terus mengambil tuala yang tersimpan di dalam almari dan masuk ke bilik air.
Aku cakap dengan dia boleh buat tak tahu pula... Iiisshh! bebel El di dalam hati. Lantas dia terus keluar dari biliknya dan pergi ke dapur.
Kelihatan di dapur, Puan Mastura dan Mak Pah, pembantu rumah mereka sedang sibuk menyiapkan makan tengah hari. El terus melabuhkan duduknya ke kerusi island kitchen. Puan Mastura yang sedar akan kehadiran anak lelakinya itu, sekadar melirik sekilas pada susuk tubuh itu.
"Cuti sampai bila ni?" Soal Puan Mastura. Alis matanya berkerut nipis saat melihat wajah cemberut El.

Dah kenapa pula muka masam? Tadi elok je. Bergaduh ke? Detik hati seorang ibu.
"Esok dah balik KL dah mommy," balas El acuh tak acuh. Siku dipasak ke meja dan dagunya ditongkat dengan telapak tangan.
"Kejap je cuti?" Soal Puan Mastura sedikit kecewa. Dia baru mahu bermesra dengan menantunya menanyakan hal mereka.
"Bulan ni busy sangatlah mommyI'm sorry. Next month Insya'Allah El cuti lama sikit," balas El sedikit memujuk.
"Mak Pah masak apa tu? Dah lama tak makan masakan Mak Pah," El memanjangkan lehernya menjengah masakan wanita separa abad itu.
"Ikan bakar, sambal belacan, ulam-ulam. Cik Hana makan ke lauk-lauk macam ni El?" Soal Mak Pah.
"Wahhh... Sedap tu. Hana? Makan kot," balas El. Dia bangun dan melihat makanan yang sudah siap dihidangkan di atas table top.
"Lapar dah ni," kata El sebaik sahaja melihat hidangan itu.
"Pergi panggil Hana. Kita makan sama-sama," arah Puan Mastura sambil mengeluarkan pinggan mangkuk dari dalam almari. El terus naik semula ke biliknya untuk memanggil Hana. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, bau wangi menusuk ke hidung El. Bau haruman yang datang dari rambut Hana.
El memandang pada Hana yang sedang berbaring di sofa bilik. Wanita itu kelihatan lena. Lantas El melangkah menghampiri sofa dan dia duduk di lantai menghadap wajah Hana.
Rambut Hana yang basah dan wangi itu di pegang. El tersenyum saat merenung wajah putih mulus itu. Wajah yang mula membuatkan dia angau.
Sungguh, aku dah jatuh cinta pada kau, Hana. Detik hati El.
"Hana, bangun," kejut El dengan perlahan. Melihat Hana masih tidak memberi respon, dia melabuhkan tangannya di lengan Hana sambil menepuk lembut lengan itu.
"Awak, bangun. Sakit kepala lagi ke?" Soal El apabila Hana membuka matanya sedikit.
"Sakit..," balas Hana sambil memicit kepala. Mukanya berkerut menahan sakit.
"Kita pergi klinik lah," ajak El dengan wajah yang sedikit risau.
"Tak nak. Saya nak tidur sekejap," jawab Hana dengan perlahan. Tak larat dia nak membuka matanya saat ini.
"Makan ubat dulu. Lepas tu baru tidur. Saya pergi ambil ubat kejap," El bangun dari situ dan terus keluar dari bilik untuk mengambil ubat dan air di dapur.

"Urut sikit kepala Hana tu El," pesan Puan Mastura setelah El memberitahu tentang keadaan Hana.
"Okay, mommy. Mommy makan dululah. Nanti El makan dengan Hana," kata El sambil naik semula ke biliknya.
Sesampainya di bilik, Hana masih lagi berbaring di sofa. El mendekati Hana dan menyerahkan air serta ubat yang diambilnya tadi.
"Tidur atas katil," tangan Hana ditarik. Namun, wanita itu menggeleng perlahan tanda tidak mahu. "Tak nak. Saya baring sini je," balasnya. Kemudian, Hana berbaring semula ke sofa tersebut.
"Boleh tak jangan degil? Baring atas katil selesa sikit. Dengar cakap saya ni," tegas El sambil menarik semula tangan Hana.
Mahu tidak mahu, Hana terpaksa menurut. Tak larat bergaduh dengan lelaki itu saat kepalanya masih terasa sakit.
Setelah Hana merebahkan tubuhnya ke katil, El mengambil minyak angin dari dalam almari solek. Kemudian, dia menghenyak punggungnya di sebelah tubuh Hana. Setelah itu, tangannya di labuhkan ke dahi Hana.

Pada mulanya Hana seakan menolak. Tetapi, lama kelamaan wanita itu membiarkan sahaja dan menikmati ururtan dari tangan El. Beberapa minit selepas itu, Hana terlena sendiri.
El memberhentikan urutannya setelah melihat Hana tertidur. Matnya menjilat seluruh wajah dan tubuh Hana. Entah kali yang ke berapa El mengamati Hana sebegini.
Dahulu, Azura lah idaman hatinya. Pakaian ketat dan seksi Azura lah yang menarik minatnya. Kini, Hana telah mencuri sepenuh tumpuan El. Walaupun hanya memakai t-shirt berlengan panjang dan berseluar track, bisa menaikkan nafsu lelaki El terhadap isterinya itu.
El memegang tangan Hana dan mengucupnya dengan lembut. "I love you, Hana. I hope we'll start all over again," bisik El dengan nada yang gemersik. Matanya melekat beberapa ketika pada susuk tubuh isterinya sebelum dia berbaring di sebelah Hana. Setelah itu, pinggang Hana dirangkul erat. Sedikit pun wanita itu tidak sedar. Akhirnya, El juga terlena.
Sejam selepas itu, kedengaran pintu bilik diketuk oleh seseorang. Hana terjaga lalu dia membuka matanya dengan perlahan. Sebaik sahaja mata terbuka, dia terkejut melihat El yang sedangtidur sambil memeluk tubuhnya.
El!!! Jerit Hana di dalam hati.

Namun dia tidak mahu El terkejut atau terjaga. Perlahan dia mendongakkan muka melihat pada raut wajah El yang begitu hampir dengannya. Dada Hana berdebar hebat tika ini. Dengan berhati-hati, dia cuba mengalihkan tangan El dari pinggangnya.
Belum sempat tangan lelaki itu dialihkan, tiba-tiba ketukan tadi bergema sekali lagi. Kali ini, semakin kuat diselangi dengan panggilan nama mereka. Panggilan itu telah membangunkan El dari lenanya. Serta merta lelaki itu membuka mata dan melihat Hana sedang cuba melepaskan diri darinya. Dia tersenyum segaris, llantas menarik tubuh Hana lebih rapat lagi. Hana terkejut dengan tindakan El itu.
"El, lepaslah," Hana cuba meronta kecil sambil menolak tubuh El menjauhinya. Namun gagal.
"No. Saya nak upah urut awak tadi. Kiss me," arah El sambil menunjukkan isyarat ciuman.
"El, pleasee.. Lepaslah.. I beg you," rayu Hana mohon dilepaskan. Dadanya kian sesak dengan permintaan El.

Selama ni kau sendiri jijik nak pegang aku. But now, you want me to kiss you? No way! Bentak hati Hana.

Sejujurnya dia telah lama berjauh hati dengan kata-kata El sebelum ini terhadapnya. Dia tidak pernah berharap El berubah seperti sekarang. Apa yang dia mahu agar lelaki itu membiarkan dia hidup dengan caranya sendiri. Itu sahaja.
"Boleh. After you kiss me," balas El dengan renungan yang mengharap. Dia menarik Hana semakin rapat dengannya.
"Pleasee.. Jangan paksa saya. Awak pun tak suka orang paksa awakkan?" Tegas Hana cuba bertenang.

Kau minta aku jangan harap apa-apa dari kau. Aku juga harap benda yang sama. Cukuplah aku simpan semua kata-kata hinaan daripada kau. Bisik hati kecil Hana.

Perlahan El melepaskan pelukannya. Dia memandang wajah Hana yang tegas dalam tenang. Dia nampak Hana seolah-olah cuba mengingatkan dia tentang sesuatu. Mungkin tentang sikapnya sebelum ini terhadap Hana.

El melepaskan keluhan kemudian dia bangun dari pembaringannya. Wajah diraup dengan kedua belah telapak tangan. Hana pula terus bangun dan menuju ke pintu bilik. Ketukan sudah lama terhenti. Hana dilihat tergesa-gesa keluar dari ruangan itu.
El termenung seketika. Dia teringat kembali akan kata-kata Hariz kepadanya sebelum ini.


"Hana ni nampak tak kisah. Tapi, sebenarnya dia simpan. Suka pendam. Tak suka kongsi apa dia rasa."

Kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga El. Ya, ada sesuatu yang membuatkan Hana bersikap begitu. Dia kelihatan tidak suka El menyentuhnya. Tidak suka El mengusiknya dengan kata-kata romantis. Mungkin bukan kerana tidak suka. Tetapi, ada perkara lain yang mengganggu fikirannya.

Sekali lagi El melepaskan keluhan berat. Lalu, dia keluar dari bilik dan terus turun ke ruang dapur.

Sebaik sahaja kakinya memijak anak tangga terakhir, dia melihat Hana sedang menyenduk nasi di meja makan. Dengan wajah yang selamba Hana memandang El sambil meneruskan semula kerjanya. El menghampiri meja makan dan menarik kerusi di situ. Lalu menghenyak punggungnya ke kerusi.
"Esok sebelum balik, Hana cakap dia nak masak nasi minyak tengah hari nanti. El suka makan nasi minyak kan?" Soal Puan Mastura tatkala melihat anak lelakinya itu sudah pun duduk di kerusi makan.
"Okay," balas El acuh tidak acuh. Dia terus menjamah makanan yang sudah pun terhidang itu.
Puan Mastura memandang Hana. Hana hanya tersenyum pahit sambil menjamah makanannya. "Hana dah okay ke sakit kepala?" Soal Puan Mastura cuba mengubah topik perbualan.
"Alhamdulillah. Dah okay sikit mommy. El bagi makan ubat tadi. Lepas tu, El ada urut sikit," balas Hana sambil memandang wajah El yang masih dingin itu.
Puan Mastura mendengus kecil saat melihat reaksi El. "Mommy bukan nak masuk campur. Tapi El, kalau ada benda yang kita tak suka atau marah pada isteri kita, kalau boleh jangan tunjuk depan orang," terus dia menegur sikap El yang ketara dingin terhadap Hana. Hana hanya tunduk mendiamkan diri.
"I'm not," nafi El. Dia terus menjamah makanannya tanpa memandang pada wajah Puan Mastura.
"You're my son. I know. Hana, if anything wrong, he's doing to you, tell me. Lepas ni, mommy tak nak tengok El masam-masam muka. Macam budak-budak," tegas Puan Mastura lalu pergi meninggalkan mereka berdua di situ.
Kasihan pula Hana melihat El ditegur oleh Puan Mastura. Dia merasa bersalah kerana El jadi begitu disebabkan dirinya kerana dia menolak permintaan lelaki itu.
Setelah selesai makan, Hana mengemas meja. Dilihat El masih duduk di kerusi meja makan sambil menghirup air sirap yang masih penuh di dalam gelasnya. Wajahnya masih masam mencuka seperti tadi.
Hana menghampiri El, dia berdiri di sebelah lelaki itu. El sedikit pun tidak menoleh ke arah Hana. Melihat akan kedinginan El, Hana memberanikan dirinya mengucup pipi lelaki itu dengan segera. "Terima kasih urut saya tadi," ujarnya sambil berlalu pergi dari situ dengan tergesa-gesa. Wajahnya terasa panas membahang. Dada juga berdetak kuat. Entah dari mana datang keberanian Hana untuk berbuat begitu.
Aku buat kerana Mu, Ya Allah. Hana memujuk hatinya sendiri.
El juga terpana seketika. Hatinya berbunga apabila Hana mencium pipinya. Terasa ingin melompat saat ini. Tetapi sedaya upaya dia cuba mengawal perasaannya. Dia berlagak tenang walaupun hatinya kini berbunga riang. Sungguh, ini pertama kalinya dia rasa jatuh cinta yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Okay, slowly El. Sikit-sikit kau tarik dia dalam dakapan kau. You can do it, El. Getus hati El memberi semangat kepada diri sendiri.


MALAM itu, mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu menonton movie bersama-sama. Namun, mereka juga rancak berbual mengenai kisah silam sewaktu El dan Nadia kecil dahulu. Hana hanya menjadi tukang dengar dan ketawa dengan usikan Puan Mastura dan Ungku Ibrahim tentang anak-anaknya.
"Abang El memang dari sekolah gatal. Konon kasanova. Padahal dengan kucing pun takut," usik Nadia sambil ketawa besar. Hana turut ketawa mendengar cerita Nadia itu.
"Eh, tolong sikit, bukan Abang El takut kucing, kucing tu tak takut Abang El," balas El dengan muka selamba.
Amboi, seronok dia ketawakan aku. Matanya menjeling ke arah Hana yang tak henti-henti ketawa sejak dari tadi.
"Nanti akak ingat nak bela kucing sekor lah dekat rumah tu," Hana sengaja mengusik El.
Muka macho. Tapi, takut kucing. Ketawa Hana di dalam hati.
"Bolehhh... Tapi, ada maharnya," balas El dengan senyuman penuh makna.
"Mahar apa Abang El ni?" Celah Nadia dengan muka yang menyampah.
"Eh, ni hal suami isteri. Kena cerita dalam bilik," seloroh El sambil ketawa melihat muka Hana yang sudah merona merah.
Haaa... Diam. Tadi seronok kenakan aku! Gelak El di dalam hati.

Eee... Tak malu betul. Cakap bukan-bukan depan mommy dengan abah. Hana terus mengalihkan pandangannya ke skrin televisyen. Tawanya juga mati. Malas mahu melayan miang El.
"Apa cakap bukan-bukan ni. Malu Hana tu haaa..," celah Puan Mastura sambil menggeleng kecil.
"Biarlah, Mas. Biasalah suami mengusik isteri," bidas Ungku Ibrahim turut ketawa.
"Abang El memang dari dalam kereta tadi sibuk nak cium Kak Hana masa Kak Hana tengah tidur," sahut Nadia lagi. Hana tergamam. Wajahnya terasa semakin membahang.
Dia nak cium aku?? Jerit hati Hana.
"Kalau Abang El nak cium ke, nak peluk ke, nak dukung ke, she's my wife. So, tak berdosa. Fahamm?" Bidas El seolah-olah ditujukan kepada Hana.
"Memanglah tak berdosa. Tapi tengoklah tempat. Ni dalam kereta. Tak menyempat!" Selar Nadia tidak mahu mengalah.
"Yang Nad pergi intai kenapa? Lain kali, buat-buat tak nampak," jawab El dengan riak selamba. Lalu, dia menyandarkan badannya ke dada kerusi. Hana yang duduk di sebelah Nadia direnung. Nadia mencebik geram. Terus dia diam. Malas mahu berbalah dengan abangnya itu.
"Hana, tolong ambilkan saya air. Saya nak minum," arah El kepada Hana.
Terus Hana bangun menuju ke dapur untuk mengambil air. Setelah itu, di bawa ke ruang tamu semula dan diberikan air itu kepada El. Belum sempat Hana kembali ke sebelah Nadia, El menarik tangan Hana. Dia menyuruh Hana duduk di sisinya. Hana akur. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah El. El tersenyum puas apabila Hana patuh dengan arahannya.
El memandang Hana yang kusyuk menonton filem yang ditayangkan di televisyen. Sedikit pun wanita itu tidak menoleh padanya.
"Esok awak masak nasi minyak kan?" Soal El seakan berbisik. Dia menarik Hana merapatinya. Hana kelihatan sedikit tidak selesa. Namun, dia tidak mahu merosakkan mood El di hadapan semua orang yang ada di situ.

"Ya. Sebelum kita balik KL. Tapi, pagi esok awak kena teman saya beli barang dulu. Boleh?" Soal Hana sambil menoleh sekilas pada wajah El yang merenungnya sedari tadi.
"Boleh, sayang," jawab El dengan senyuman yang berbunga-bunga. Wajah Hana direnung sepuasnya.
Sungguh, wajah wanita yang bernama isteri itu membuatkan hatinya tidak keruan. Membuatkan hati El resah gundah gulana. Sehari tidak menatap wajah si isteri, seolah bertahun lama tidak bertemu.
El meletakkan harapan yang tinggi untuk Hana menerima dirinya. Tidak kira apa jua cara sekali pun. El tetap akan dapatkan Hana. Dia nekad.


Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.