Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,622
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

"Jadi Tan Sri,macam mana dengan deal kita haritu?Jadi ke?"Soal Raiq setelah menghabiskan baki baki minumannya.


Tan Sri Rafizal tersenyum."Of course jadi.Lagipun siapa yang nak tolak tender dari CEO SUCRICH Holdings yang memang trusted ni kan?"Terukir senyuman dibibir Raiq.


Dia memang sering menerima pujian dari klien kliennya disebabkan kualiti kerja yang ditunjuk oleh staff staffnya.Jadi takhairanlah jika banyak syarikat lain yang ingin bekerjasama dengan syarikatnya.


"Saya ni biasa biasa je Tan Sri.Semua ni jasa jasa dari staff staff saya.Diorang banyak bagi komitmen."Balas Raiq merendah diri.Camelia yang duduk diantara Raiq dan Tan Sri Rafizal dari tadi hanya menikus.


Sebenarnya dia kagum dengan sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh bossnya.Sedikitpun tidak menunjukkan riak bangga walaupun syarikatnya telah berdiri gah dipersada Malaysia.


"So Raiq,how's your father?"Soal lelaki separuh abad itu.Camelia mula memasang telinga.Selama dia mengenali Raiq,dia tidak pernah tahu tentang salasilah keluarga lelaki itu.


"Walid alhamdulillah okay.But he's still staying at Aussie for his treatment.Lagipun kat sana ada Fiq dengan isteri dia jaga."Jawab Raiq.


"Fiq dah kahwin.So,you bila?Umur you pun dah dekat 27 kan?"Soal Tan Sri Rafizal lagi.Camelia menangkap mata lelaki itu asyik memerhati dirinya.Dia berasa agak tidak selesa seperti dirinya langsung tidal dihormati.


Dia melihat penampilannya.Sekadar blouse separas lutut berwarna merah.Dan dia baru perasan yang bahagian dadanya sedikit terdedah.

Damn!Patutlah si tua ni asyik perati aku je,menyesal aku pakai baju ni.


"Belum jumpa calon lagi Tan Sri.Lagipun,saya tak rasa saya bersedia nak kahwin."Jawab Raiq tenang.Dia sebenarnya berasa rimas apabila Camelia asyik menggoncangkan tangannya.


"You know kan yang you ni hot dalam kalangan anak Dato dan Tan Sri kat Malaysia ni.You can just pick one."Kata Tan Sri Rafizal.Tangan berkedutnya sudah merayap ke tangan mulus Camelia.


Dengan pantas Camelia merentap tangannya dari dipegang oleh lelaki tua disebelahnya."Well,saya ni nak pilih perempuan untuk jadikan isteri saya untuk bersama dengan saya sampai ke syurga,bukan macam beli baju yang boleh pilih pilih.You know Tan Sri,bila nampak macam latest you beli,takkisahlah mahal ke tidak.Tapi bila dah buruk,you buang and beli yang lain.Well,I don't like that perception."


Tan Sri Rafizal memberi senyuman lagi."How about your gorgeous PA?You dah rasa ke?Kalau belum,I nak jadikan dia nombor 3."Terbeliak mata Camelia apabila tangan lelaki itu sudah mula bermain dipehanya.


Raiq yang perasan akan kegatalan kliennya itu terus menarik tangan Camelia sehingga Camelia terus berdiri.


"You know Tan Sri?I think our deal is cancel.I lagi sanggup hilang klien dari kehilangan maruah staff staff I."Kata Raiq.Lengan Camelia ditarik selepas dia melakukan pembayaran.


Kereta Peugeot RCZ hitamnya meluncur laju dijalan raya.Camelia yang berada disebelahnya hanya menikus.Takut dimarahi oleh bossnya.


"Encik Raiq,encik tak perlu pun cancel deal dengan Tan Sri tu,nanti effect dekat business Encik Raiq."Kata Camelia apabila dia mendapat keberanian.


"Habistu?Nak suruh saya terima deal dengan orang tua gayut tak sedar diri tu?Awak tau tak yang kita akan sentiasa jumpa dengan dia after we make a deal.So banyaklah peluang dia nak raba awak.Sedangkan tadi pun dia berani sentuh awak,takmustahilah bila saya buat deal dengan dia,dia akan lakukan yang lagi teruk pada awak.Lagipun business saya tak effect pun kalau tak terima deal dia."Camelia hanya menikus.


Baginya dia tak ada hak untuk menentukan siapa client di tempat kerjanya.


Raiq memandang Camelia sekilas lalu menyambung cakapnya.


"Lepas ni,saya taknak awak pakai macam ni kalau pergi office."Arah Raiq tanpa memandang kearah Camelia.


"Tapi Encik Raiq,bukannya terdedah sangat pun kan?"Kata Camelia."Tak terdedah awak cakap?Saya yang tengok ni pun rasa macam nak terkam awak,inikan pulak si tua gayut tu."Tersentak Camelia mendengar kata kata Raiq.


"Dasar pervert!"Kata Camelia perlahan tapi cukup jelas di telinga Raiq.Terberhenti terus kereta yang dipandu oleh Raiq.Dadanya berombak,tapi dia masih cuba untuk menahan amarahnya.Dia memang pantang jika orang memanggilnya pervert walhal dia cuba untuk melindungi orang itu.


"I'm not a pervert,Cik Camelia.Saya cuma bagitau apa yang saya tahu.Saya lelaki,saya tahu macam mana mata lelaki berfungsi.Saya taknak ada lelaki yang berniat buruk pada awak bila awak pakai macam ni."


"Saya hormatkan awak,dan saya hormatkan parents awak."Lancar sahaja penerangan Raiq.Pemanduannya diteruskan.


Camelia menundukkan kepalanya.Dalam hatinya,ada putik putik bunga yang baru ingin mekar apabila mendengar penjelasan Raiq.


Seperti maruahnya terjaga apabila berada dengan lelaki itu.Sepanjang perjalanan ke pejabat,hanya radio sahaja yang bersuara.


"Saya hantar awak balik."Kata Raiq memecahkan kesunyian."Angah saya macam mana?"Soal Camelia.Bimbang jika Danish sudah menunggunya dipejabat.


"Saya dah inform dia tadi.Dia approve,awak jangan risau."Jawab Raiq bersahaja.Camelia tidak memberikan respon selepas itu.


Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey