Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,576
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 23

"How is she?"Soal Raiq apabila dia melihat kelibat Danish yang baru turun dari tingkat atas."Sleep.Trauma kot."Jawab Danish,selamba.


Dia mengambil tempat disebelah Fariel.Lelaki itu sedang sibuk bermain permainan free fire.Langsung tak pandang orang lain.


Dasar manusia gila gajet."Sampah tu macam mana?Kau lupuskan dia kat mana?"Soal Danish.Perkataan sampah merujuk kepada Nafis.Bara kemarahannya masih menyala apabila mengenangkan nasib yang menimpa adiknya itu.


Nasib baik dia tak ada di tempat kejadian,kalau tak memang nahas manusia durjana tu dia lumatkan.


"Ki dengan Qasy settle.Katanya bawak balai.Tapi taktaulah lepas ke kena tahan."Jawab Fariel tanpa mengalihkan pandangannya dari skrin telefonnya.


Danish menganggukkan kepalanya berkali kali.Dia berdoa supaya Nafis disumbatkan kedalam penjara.Kalau terlepas jugak,taktaulah nak cakap apa.


Tokkk tokkk tokkk!


Pintu rumah dibuka dan muncullah Qasyri dan Arzaki.Mereka membawa beberapa bungkus makanan.


"Nah,makanan."Kata Qasyri.Bungkusan makanan diletakkan diatas meja."Thanks,bro.Nanti duit claim kat aku."Kata Danish.


"Eh,takpayahlah.Member member kan?Lagipun bukan duit aku,duit Ki."Jawab Qasyri bersahaja.Arzaki hanya menjeling sahabatnya itu.


Danish tersenyum nipis,tau sangat dengan perangai Qasyri tu yang memang suka perabis duit member,tapi kadang kadang ada jugak dia belanja orang.


"Korang tunggu sini jap.Aku nak siapkan meja."Kata Danish sebelum berlalu pergi ke dapur sambil membawa bungkusan makanan yang dibeli.Raiq mengikut langkah Danish.


Lima bungkus makanan di pindahkan kedalam sebuah mangkuk besar."Uncle dengan aunty tau ke pasal ni?"Soal Raiq,risau.Risau kalau perkara itu sampai ke telinga orang tua Camelia.Kang tak memasal diorang tak kasik Camelia bekerja dengan dia lagi.


Tubuh disandarkan pada kabinet dapur."Tak.Takut diorang risau.Mak aku tu bukan boleh,kang ada yang dia tempah tiket balik malam ni jugak."Jawab Danish senada.Dia kenal sangat dengan mamanya yang cepat risau,lagi lagi berkenaan dengan Camelia.Tangannya kini ligat membancuh air.Takat air 3 in 1 je mampu.


"Hm baguslah tu."


"Aku rasa kita kena habiskan plan kau tu.Untuk keselamatan adik aku.Dan untuk kebahagiaan kau jugak."Kata Danish dan disambut anggukan oleh Raiq."Aku akan cepatkan benda tu.Don't worry."


Raiq dan Danish bersepakat kerana mereka merasakan itulah jalan yang terbaik."Eh ni nanti adik kau nak makan apa?"Soal Raiq apabila dia melihat Danish membuang lima bungkusan makanan.


"Nantilah aku masakkan bubur untuk dia."Kata Danish.


"Eh,tak apalah.Biar aku masakkan."Raiq menawarkan diri.


"Ha yelah,tapi kau jangan nak rentungkan dapur ni pulak.Kang tak pasal pasal mama aku betul betul ambik flight balik sini."Kata Danish sebelum meninggalkan Raiq bersendirian didapur.


Raiq mencebik mendengar kata kata Danish.

Eh macam aku takreti masak pulak.Aku ni kalau masak,Dato Fazley yaakob pun tutup restoran tau.


"Malam ni korang tidur sini ke?"Soal Danish apabila mereka sudah selesai menjamu selera.Fariel,Qasyri dan Raiq masing masing menganggukkan kepalanya tanda mereka akan tidur dirumah Danish malam itu.


"Ki?"


"Tak kut,kesian mak aku kat rumah sorang sorang."Jawab Arzaki.Kesemua mereka mengangguk anggukkan kepala.Faham situasi yang dihadapi oleh sahabat mereka yang sorang itu.


Arzaki seorang sahabat yang sangat setia.Jaranglah kalau orang mintak tolong dia tak hulur bantuan.Cuma kalau orang ajak dia lepak,kadang kadang memang dia takboleh turun disebabkan tiada siapa yang akan menjaga emaknya yang lumpuh dirumah.


Bukannya dia tiada adik,tapi adiknya langsung takboleh pakai.Kerja asyik mintak duit je sebab nak beli ubat haram dia tu.Sebab itulah dalam banyak banyak sahabat Raiq,Arzaki yang paling pendiam.Mungkin dia banyak bebanan.Atau mungkin kematangannya sudah melebihi usianya.


Tak macam yang lagi dua ekor tu,otak dah macam otak budak budak.Kerjanya asyik main je.


"Aku gerak dulu."Kata Arzaki.Mereka bersalaman dengan cara mereka.


"Take care,bro!"Kata Raiq.


"Eh korang ni masing masing tak mandi lagi ke siot?"Soal Danish tiba tiba apabila melihat kesemua rakannya masih memakai baju kerja.


"Belumlah,kan aku tadi pergi kedai."

"Aku tadi khusyuk main game."

"Ha,aku kan tadi teman kau kat dapur."


Masing masing memberi alasan.Danish mencebik bibir.Masing masing penuh dengan alasan.


"Eii semua pergi naik atas mandi.Bau tenuk masing masing hinggap dekat deria bau aku."Kata danish sambil menutup hidungnya.


"Eleh,tenuk tenuk pun laku pe."Fariel mempertahankan dirinya.Geng mereka memang ramai peminat.Maklumlah,semua kacak kacak dan mempunyai aura tersendiri.Tapi tulah,masing masing tetap single walaupun umur dah hampir masuk 3 series.


"Ni,aku nak pinjam baju dengan seluar kau boleh?Aku takbawak baju spare lah."Kata Qasyri."Hm yelah.Baju korang tu bak sini aku basuh.Esok boleh pakai balik."Kata Danish.Serentak itu tiga jejaka itu mencampakkan kemeja mereka kearah Danish sebelum berlari naik ke tingkat atas.


"Tak guna punya member."Kata Danish perlahan.Baju rakan rakannya dikutip lalu dimasukkan kedalam mesin basuh.Fuh nasib baik member,kalau tak mau dia hantar santau dekat diorang tu.


Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey