Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,528
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 16

"Dani,Irsyad,Iq.Nanti pukul 7 turun ikut opah pergi masjid."Laung Nek Ila dari ruang tamu.Danish dan Raiq yang sudah tersadai diatas katil terus terduduk.


Hilang sudah rasa nikmat asam pedas ikan pari air tangan Nek Ila.


"Dani,kenapa kau tak bagitau kena solat kat masjid?Aku takbawak baju melayu tau tak,anjing?!"Marah Raiq sambil cuba menahan suaranya dari didengari oleh Nek ila.


"Aku tak ingatlah eii.Masa raya dulu pun aku dengan sepupu sepupu aku pergi masjid pakai tshirt."Kata Danish sambil menunjukkan senyuman kerang busuknya.


"Ha kita pakai tshirtlah jrlah,kan senang."Cadang Raiq lalu mengeluarkan tshirt lengan panjangnya.Dia baru sahaja ingin menyarung baju itu sebelum dihalang oleh Danish.


"Eh tapi,balik dari masjid masa kitorang pakai tshirt tu,habis kena tibai dengan opah.Dia kata kitorang ni nyanyuk kalah dia sebab tak ingat nak bawak baju melayu."Raiq membeliakkan matanya.Tak sanggup rasanya nak ditibai.


"Macam mana ni?"


"Jap jap,last chance ni."Kata Danish lalu keluar dari bilik tidur mereka.Raiq juga mengikuti langkah Danish.


Danish berdiri betul betul di depan pintu bilik Nek Ila."Kau sure ke?"Soal Raiq.Danish menganggukkan kepala dengan wajah yang sudah dibasahi peluh.Lagaknya seperti sedang melakukan misi PASKAL.


Pintu bilik opahnya diketuk.Muncullah wajah Nek Ila yang sudah lengkap bertelekung di muka pintu."Ha nak apa?Kenapa tak siap lagi?Kejap lagikan nak gerak pergi surau dah."Soal Nek Ila apabila melihat dua anak muda itu tercegat didepan biliknya.


"Opah,boleh tak kalau Dani dengan Chadd solat kat rumah je?Kitorang takbawak baju melayu."Terang Danish takut takut.Suaranya juga seperti tidak mahu keluar.


Takut angin pontianak opahnya naik bak tepung penaik malam malam ni.


"Ha ni opah pantang ni balik kampung takbawak baju melayu.Chadd ni opah maafkanlah sebab satu dia tetamu kita satu lagi sebab dia pertama kali jumpa opah.Ni kamu ni Dani opah bengkek dengan kamu.Ha,takcukup ke raya lepas opah dah perambat kamu,dah ikat kamu dekat pokok kelapa tu dengan Afiq dulu?Nak kena lagi?"Panjang lebar bebelan Nek Ila.Sebelah tangannya elok placing dekat telinga Danish.


Danish menahan sakit apabila opahnya memiat telinganya."Adu opah,sakit opah."Adu Danish dengan menggunakan kudratnya yang ada untuk melepaskan cengkaman jari opahnya.


Raiq menelan liur melihat aksi dua manusia dihadapannya.

Wah opah ni,tak padan dengan dah umur 85 tahun.Suara kuat macam Fauziah Ahmad Daud campur dengan Mas Idayu bila menjerit.Ni kalau dekat bilik kaca,sah boleh pecah dinding.


"Dah sekarang macam ni,Iq!Oh,Iq!"Jerit nek Ila memanggil Camelia.Camelia yang sudah lengkap muncul dibalik pintu.Wajahnya yang polos itu berjaya mengunci pandangan Raiq kearahnya.


Tak mampu diungkapkan macam mana cantiknya Camelia pada saat itu.Matanya dan mata Camelia bertaut.Hati lelakinya berdegup kencang macam baru lepas lari sebelah usain bolt.


Adu hati,time time nilah kau nak main laju laju.


Danish yang menyaksikan adegan itu berdehem.Orang tengah kelam kabut sebab opah bebel takbawak baju melayu,diorang boleh pulak buat drama maghrib depan mata.


"Ye,opah?"Soal Camelia.Eye contact bersama Raiq Irsyad diputuskan.Tak betah lama lama berbalas pandang dengan lelaki itu.


Berdebar jugak rasa hatinya.

Eh,cik jantung jangan nak pam darah laju sangat eh.Takkanlah cik jantung dah jatuh hati dekat pakcik takguna ni.Sedarlah sikit apa dia dah buat dekat kau.


"Pergi bilik hujung tu,ambikkan baju arwah atok dalam almari bagi dua makhluk ni pakai sebelum opah jadi raksaksa dalam cerita ultraman tu."Arah Nek Ila.


"Tak besar ke baju arwah atok tu nek?"Soal Danish.Dia mengukur badannya menggunakan tangannya manakala otaknya sibuk memproses imej arwah atoknya."Eh,kamu ingat perut arwah atok kamu tu memboyot sangat ka sampai tak holey muat?Dia tu lagi sasa tau kalau nak dibandingkan dengan kamu.Kurus serupa orang macam jerangkung."Soal Nek Ila lalu menutup pintu biliknya.


Camelia mendahului langkah menuju ke bilik yang dimaksudkan oleh opahnya.Pintu almari dibuka lalu mencapai sehelai baju melayu bewarna hijau untuk abangnya dan sehelai baju melayu hitam untuk Raiq.


Raiq terus berlalu tanpa mengucapkan apa apa.Camelia menggigit bibir.


"Huh,terima kasih pun tarak!"Rungut Camelia.


"Eh,mengharap ke?"Perli Danish lalu meninggalkan adiknya.


"Kenapa aku berharap pada dia ekk?Kan aku marahkan dia."Soal Camelia sendiri.Dia pun berlalu kedalam biliknya.


Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey