Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,613
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 15

Setelah beberapa jam membelah jalan raya,akhirnya mereka bertiga tiba di destinasi mereka.Ketiga tiga mereka menggeliat tatkala keluar dari kereta,menghilangkan lesu badan.


Raiq memandang Camelia,manakala Camelia pula langsung tidak memandang ke arah lelaki itu sebaliknya terus menuju kearah bonet kereta untuk mengeluarkan beg bajunya.


Dah buat aku sakit hati,ada hati nak tengok aku pulak.Ingat dengan mata hazel seksi dia tu,aku boleh cair?Sorry naik harley lahh.


"Assalamualaikum,opah..oh opah!"Laung Danish.Camelia setia berdiri disisinya."Waalaikumussalam,hkamu berdua ni siapa?Budak hantar pizza ke?Maaflah cu,opah tak makan pizza.Opah makan lempeng je."Kata Opah yang muncul di pintu.Tangannya ligat membetulkan kain batiknya yang hampir terlocot.


Danish membuka shadesnya lalu disangkutkan pada kolar bajunya.Keningnya jelas berkerut.


Aih opah ni takkan dah tak ingat aku kot.


"Opah,ni Dani dengan Iqlah.Bukan budak delivery lah."Kata Danish lembut.Manatau opahnya masih tidak cam wajah mereka.


Yelah,dah berapa bulan mereka tidak dapat pulang ke kampung disebabkan hal hal tertentu.Ni baru sempat tunjuk muka.


"Opah saja je bergurau sebab opah tau muka kamu berdua memang macam budak penghantar makanan.Budak hingusan,eh opah gurau je jangan emo pulak."Kata Nek ila.Danish dan camelia masing masing menggelengkan kepala.


Perkenalkan nenek kami gais,umur dah eighty plus pun gaya gurau dah macam budak muda.Ni sahlah si Mikael yang ajar opah benda terpesong ni.


Danish mencium tangan dan pipi neneknya.Saja buat hilang rindu.Dan Camelia juga melakukan perkara yang sama.


"Nek,kitorang tak datang berdua nek.Bertiga."Kata Danish lalu menunjukkan angka tiga menggunakan jarinya.Dahi Nek ila yang memang sedia berkedut,makin bertambah gaarisan didahi wanita tua itu.Pelik


"Dengan Fazreeq ke?"Soal Nek ila.Setahunya,Ehsan memberitahu hanya Danish dan Camelia sahaja yang berkesempatan pulang ke Batu Pahat.Fazreeq ada tugasan yang perlu dilakukannya di hospital.Tapi manalah tau cucu lelakinya yang seorang itu pulang mengejut untuk memberitahu berita gembira.


Berita gembira apa lagi?Berita gembira tentang peneman hiduplah.


Danish menggamit Raiq yang menunggu diluar kereta.Raiq berjalan penuh bergaya kearah mereka bertiga.Nek Ila mengecilkan matanya untuk 'scan' anak muda dihadapannya.


"Uish,anak raja mana kamu bawak balik ni Dani oii?Silau mata opah tengok muka dia.Kalah hero drama yang opah minat tu"Soal Nek Ila apabila wajah Raiq mula jelas pada kornea mata tua itu.Tengok,opah yang dah rabun tahap gaban pun kata Raia tu handsome,Camelia yang matanya sihat walafiat tu pulak yang asyik mengutuk lelaki pujaan ramai itu.


"Anak raja apanya opah oii?Kalau anak raja,mulut tak celupar macam dia tu.Mulut dasar tak bayar hutang kredit"Bidas Camelia.Raiq pula hanya menunjukkan riak biasa,malas nak layan otak mental gadis itu.


Apa dia ingat perempuan je ke ada ego?


"Camelia,apa kata macam tu?Tak baik.Kot kot dia jadi suami kamu.Kamu yang terkejut sampai terbang ke bulan"Kata kata yang meluncur keluar dari bibir nek ila terus sahaja membuatkan danish menguntum senyum


Selalunya kalau opahnya yang berhajat,pasti jadi.Banyak minum air pantai kot opah ni.


"Apa nama cucu ni?"


"Raiq Irsyad.Tapi opah panggil je Chadd."Jawab Raiq penuh santun.Tangan Nek Ila dicium.Langsung tak sama dengan personalitinya di bandar.Beku,kejung,acah dah bertukar menjadi sesuci malaikat.


Dan itu mendatangkan perasaan menyampah didalam hati Camelia.Sajelah tu nak ambik hati opah.Macamlah aku tak tau.


"Ohh,ha jomlah naik.Kesian kamu semua mesti penatkan berjalan jauh.Walaupun tak berjalan pun sebenarnya."Pelawa Nek Ila.Tangga rumah separuh batu separuh kayu itu didaki 


"Raiq,kamu tidur dengan Dani ye.Bukan opah taknak bagi bilik lain,tapi kalau ada apa apa susah nanti."Kata Nek Ila.Raiq menganggukkan kepalanya,tanda akur.Takkan dia nak cakap taknak pulak kang.


Nanti tak pasal pasal kena halau keluar dari rumah.


Julung julung kali sebenarnya untuk dia tinggal dirumah kayu kerana sepanjang 27 tahun dia hidup,kakinya tidak pernah dijejakkan dimana mana rumah kayu.Kecuali muzeum muzeum bersejarah.


Mana taknya,walid dan mummynya sudah tidak mempunyai kampung kerana kedua dua ibu bapa mereka sudah dijemput ilahi sejak Raiq dan adiknya masih kecil.


Saudara maranya juga tidak ada yang tinggal dikampung.Jadi peratus untuk dia tidur dirumah kayu adalah sebanyak 0.001%.


"Aikk,masuk bilik tidur pun excited ke bro?"Perli Danish tetapi tidak bermaksud untuk mengguris hati Raiq.Sekadar hanya mahu bergurau.


Dia tahu Raiq tidak pernah menjejakkan kaki di rumah kayu seperti ini.Kira macam anak raja masuk rumah rakyatlah ni.


"Malam malam agaknya sejuk tak?"Soal Raiq sambil matanya menerawang kesegenap pelosok bilik sederhana besar itu."Boleh tahan sejuklah.Tapi kalau dah biasa,tak rasa sangat."Jelas Danish.Sehelai singlet berwarna hitam dan seluar tracksuit separas lutut dikeluarkan dari beg bajunya.


"Kau nak lepak dulu,lepaklah.Jangan tidur pulak,dah asar dah ni.Tak elok.Aku nak mandi kejap."Beritahu Danish.Dia berlalu keluar dari bilik itu dengan membawa segala kelengkapan.


Raiq membaringkan tubuhnya diatas katil.Walaupun tak seempuk katil di bilik tidurnya,tapi cukup untuk buat dia terlena.Lagipun,dia terlalu penat dengan perjalanannya tadi.


Dalam lenanya,dia bermimpi berada bersama seorang wanita yang amat cantik dalam persalinan seakan pengantin.Suasana disekelilingnya juga sudah berubah menjadi sebuah dewan besar yang dipenuhi dengan pelbagai hiasan yang cantik.


Dia cuba mengecam wajah wanita yang berdiri disebelahnya,tetapi tidak berjaya kerana semakin dia cuba untuk menjelaskan penglihatannya,semakin kabur wajah wanita itu.


"Oii la kau ni.Aku kejut taknak bangun.Tidur kalah biawak.Bangunlah oii!Dah asar dah ni,tak elok tidur."Jerit Danish yang baru selesai mandi.Rambutnya yang separa basah dilap sambil kakinya elok tolak badan Raiq supaya bangkit dari lena.


Raiq terus duduk secara mengejut.Kepalanya yang pening akibat pergerakan drastiknya dipegang.Mata dipejam.Cuba memproses keadaan sekeliling.


"Ha peninglah tu.Padan muka,aku dah kata lepak baring baring je,bukannya tidur.Aku dah pesan dah kan jangan tidur.Siapa suruh tidur?Celak apa setan calit kat mata kau ni sampai susah nak bangun?"Bebel Danish.


Fuhhh,Dani ni bebel kalah perempuan.Patutlah tak ada perempuan melekat dengan dia.Malanglah nasib siapa dapat suami macam mamat ni.Confirm lama lama gegendang telinganya terus tak kenyal.


"Dah kau pergi mandi sana,opah pesan lepas mandi turun makan.Dia masak special malam no."Kata Danish.Raiq terus mencapai T-shirt kelabunya bersama dengan seluar trek panjangnya.Dia bukan macam Danish yang gemar memakai seluar pendek dihadapan orang.


Raiq berjalan keluar dari bilik.Dia berselisih dengan Camelia semasa dalam perjalanan untuk pergi ke bilik mandi.


Dan seperti biasa,Camelia hanya menunjukkan riak dinginnya sahaja.Raiq juga tidak menunjukkan apa apa riak wajah.Sekadar muka baru bangun tidurnya sahaja.


Raiq teringatkan kata kata semangat dari Danish semalam.


"Tak apa,kau ada 3 hari 2 malam nak lembutkan hati adik aku.So,caiyok!"


Senyuman sinis tiba tiba terukir dibibirnya.Kau tunggu,Camelia.Aku ada cara aku sendiri.


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey