Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,620
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 25

Raiq mengetuk ngetuk pen di meja kerjanya sambil memerhati Camelia yang sedang bermain jutaria dengan dua manusia.Ya,manusia mana lagi?Of courselah Qasyri dan Fariel.


Cepat betul rapat.


"Kalau dah syok tu,masuk jelah minang.Tak payah dok usya lama sangat."Tegur Arzaki yang setia duduk dihadapannya.Wajah Arzaki dipandang sekilas sebelum dia meneliti semula fail kerjanya.


"Nantilah."Katanya sepatah.Hatinya masih takut takut untuk memulakan langkah seterusnya.


"Whatthe?!Asal banyak sangat ruginya ni?"Soal Raiq kasar apabila melihat kadar kerugian syarikatnya.Arzaki membetulkan duduknya."Well,mall kita tu..."


"Alah,apa ni?Awak dah masuk kawasan saya,so bayarlah!"

"Eh,mana ada.Awak tak beli tanah pun kat sini."

"Eii tak acilah,main tipu."


Kedengaran suara tiga makhluk itu disegenap pejabat Raiq."Hey,yang kat sana tu main senyap sikit boleh tak?"Tegur Raiq,dingin.Matanya tajam memandang tiga manusia itu.


"Alah,chill lah bro."Kata Fariel."Chill wak lu.Dahlah curi tulang.Pergi balik office masing masing!"Kata Raiq.Dia sebenarnya tahu,tak ada guna kalau dia marah Fariel dan Qasyri,kerana dua makhluk itu langsung tidak takut padanya.


Kadang kadanglah...


Qasyri mencuit Camelia dan membisikkan sesuatu persis syaitan kepada gadis itu.Jarinya ditunjukkan pada Raiq.Camelia yang memahami maksud lelaki itu terus bersuara.


"Alah Encik Raiq,kalau diorang balik office..Siapa nak teman saya?Encik Raiq bukan nak teman,asyik busy je."Soal Camelia.Raiq menggigit bibir bawahnya.

Dia memang tidak boleh lawan jika gadis yang telah menawan hatinya itu bersuara.


"Hm,yelah yelah.Pergilah sambung main.Main sampai masuk kubur sana."Kata Raiq,mengalah.Malas dah nak layan diorang tu.Qasyri dan Fariel sama sama menguntum senyum nakal sebelum memberi high 5 diantara satu sama lain.


Raiq menyambung perbincangannya dengan Arzaki,tapi masih dengan gangguan tiga ekor makhluk yang semakin bising.


"Okaylah,bro.Aku balik office dulu."Arzaki meminta izin sebelum keluar dari pejabat rakannya itu.


Jam tangannya diteliti."Dah,jom balik.Ke nak tinggal sini?"Kata Raiq.Barang barangnya diatas meja dikemas.Dia melangkah keluar dari pejabat manakala Camelia,Fariel dan Qasyri membuntuti langkah Raiq.


"Malam ni korang tidur mana?"Soal Raiq."Balik rumah kitoranglah.Apa?Ingat kitorang tak ada rumah ke?"


"Eh,korang ada rumah ea?Ingatkan korang merempat bawah jambatan.Muka masing masing macam muka orang yang tidur tepi jalan tu je."Balas Raiq,sinis.Selama Fariel dan Qasyri pulang kemalaysia,memang dua makhluk itu menumpang dirumahnya.Elok elok rumahnya bersih,terus bersepah kalah tongkang pechah jadinya.


Mereka berjabat tangan cara mereka sebelum Qasyri dan Fariel berlalu dengan kereta BMW M9 mereka.


"Jom"Kata Raiq sepatah.Camelia masuk kedalam kereta.


Mereka tidak berbual sepanjang perjalanan sebelum Camelia membuka kata."Encik Raiq..."Camelia memanggil Raiq meleret.


"Hmm."Raiq menyahut.Matanya masih fokus pada pemanduannya.


"Jom kahwin."Serta merta pedal brek ditekan.Sikit lagi dahi Camelia ingin mencium cermin hadapan.Nasibnya baik kerana dia memakai tali pinggang.


"Seriously,Camelia?"Soal Raiq.Mata hazelnya tajam menikam mata coklat gelap milik Camelia."Yyy...ye,I'm serious."Kata Camelia takut takut.


"Sorry,I can't.Saya akan berkahwin tak lama lagi."Kata Raiq mendatar,sekaligus membuatkan Camelia tertunduk.

Dadanya dipegang.Masuk ini,sudah kali kedua dia rasa kecewa dengan lelaki.


Raiq menyambung pemanduannya.Sosok Camelia yang sudah membuang pandangan ke luar dijeling sekilas.


Sorry,Camelia.Saya terpaksa rahsiakan benda tu buat masani.Jangan marahkan saya.


Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey