Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,604
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

Jam 9 malam,keempat empat mereka berjalan kaki pulang kerumah.Danish dan Nek Ila berada dihadapan manakala Raiq dan Camelia berjalan dibelakang.


Dari belakang Raiq dengar bermacam cerita yang dikongsi oleh Danish.

Huh,banyak mulut betul member sorang ni.


Camelia hanya jalan sambil menundukkan kepalanya.

Kenapalah aku kena jalan dengan mamat ni?Tau takk jantung aku ni dah tak betul?


Mereka tiba dirumah.Camelia cepat cepat ingin masuk kedalam rumah tetapi dihalang oleh satu suara.


"Camelia,nanti dulu.Saya ada benda nak cakap dengan awak."Terhenti langkah Camelia apabila mendengar suara Raiq.Langkah Danish dan Nek Ila juga terberhenti.


Isyarat mata dah diberi kepada Danish.Danish yang memahaminya menganggukkan kepalanya."Err,opah.Jom kita naik.Tak silap Dani,drama Fendy Bakry tu kejap lagi dah nak start."Kata Danish lalu menarik narik lengan opahnya masuk kedalam rumah.


"Ha?Dah nak mula ke?"Soal Nek Ila bersemangat apabila nama pelakon kesukaannya buat masa ini disebut.Ha,orang 85 tahun pun minat orang muda tau.Bukan beshe beshe.


Cepat cepat Danish dan opahnya masuk kedalam rumah.


Kini hanya tinggal Camelia dan Raiq sahaja yang berada dilaman rumah.Raiq duduk di atas buaian kayu buatan tangan yang boleh memuatkan dua orang duduk dalam waktu yang sama.


Hampir 5 minit Camelia menunggu."Encik Raiq nak cakap apa?Cepatlah,drama saya dah nak mula.Saya taknak terlepas tengok drama saya."Bohong Camelia,padahal dia taktau pun drama apa yang sedang dimainkan.


"Sejak bila awak pandai layan drama melayu?Bukan awak layan kdrama je ke?"Tebak Raiq,sinis.Camelia kelihatan agak terkejut sama sekali.


Macam mana mamat kampret ni tau aku layan drama apa?Sahlah angah yang bagitau.Dasar angah kaki reporter


"Duduk sini."Arah Raiq.Ruangan kosong disebelahnya ditepuk.Dengan langkah yang berat,Camelia duduk juga disebelah lelaki itu.Tapi halal gap masih dijaga.Bukan apa,takut ada mulut manusia bercerita bukan bukan tentang mereka.


Dua minit.Tiada seorang pun antara mereka berdua yang membuka bicara.Yang ada hanyalah bisikan dari nyamuk yang memang tak pernah nak senyap.


Raiq mengambil nafas.Dalam.Seakan ayat yang bakal dilontarkan selepas ini benar benar dari hatinya.


"Camelia,saya sebenarnya.."


Camelia menanti ayat dari Raiq.


"Sebenarnya saya ni bukanlah jenis yang pandai mintak maaf.Saya nak bagitau yang sebenarnya waktu saya marah awak dekat office haritu,sebenarnya saya tengah stress.Otak saya penuh dengan masalah.Saya cari awak.Saya taktaulah kenapa saya cari awak.Tapi bila saya cari awak,saya nampak awak tengah berbual mesra dengan JinHai.Saya rasa sakit.Saya taktau kenapa."Jelas Raiq.Kepalanya ditundukkan sedikit memandang kakinya.


"Encik Raiq,saya..."


"No,saya tak suruh awak mencelah.Simpan dulu ayat awak tu."Bidas Raiq.


"Beberapa hari awak takmasuk kerja,and I'm such like a loser.Saya takboleh fokus.Semua saya buat takkena.Awak tau kan pasal photoshoot tu?"Soal Raiq.Camelia menganggukkan kepalanya.


"Saya cancel photoshoot business saya.Jujur saya cakap,saya takpernah rasa macam ni sejak beberapa tahun yang lepas.Tapi saya ada something nak bagitau dekat awak.Awak tau kan saya ni jenis orang yang tak pandai meluahkan perasaan?"Camelia menganggukkan kepalanya lagi.Hatinya berdebar saat ini.Dia menunggu kata kata dari lelaki disebelahnya.


"Jadi,saya tak akan bercakap."Kata Raiq.Camelia sedikit kecewa.

Cehhh apa punya oranglah main buat separuh separuh.


"Tapi saya nak nyanyi."


Camelia membeliakkan matanya.Gila mamat ni nak nyanyi malam malam.


"Eh,Encik Raiq jangan nak buat kerja gila eh malam malam ni."Kata Camelia.Kedua dua tapak tangannya memainkan peranan menutup mulut Raiq apabila lelaki itu sudah mula ingin memulakan nyanyiannya.


I can't write one song that's not about you

Can't drink without thinkin' about you

Is it too late to tell you that

Everything means nothing if I can't have you?

I can't write one song that's not about you

Can't drink without thinkin' about you

Is it too late to tell you that

Everything means nothing if I can't have you?


I'm so sorry that my timing's off

But I can't move on if we're still gonna talk

Is it wrong for me to not want half?

I want all of you, all the strings attached


Lembut sahaja suara Raiq berbisik di telinga Camelia.Pipi Camelia pula sudah berona kemerahan.Fikirannya keliru.Adakah lelaki itu betul betul memaksudkan ayat yang dinyanyikan sebentar tadi?


"Tau suara sedap,janganlah sampai terpaku,terkaku kat sini."Tegur Raiq.Camelia menjeling kasar.Baru sejukkan hati,ni dah nak panaskan balik.


"Eii orang baru nak feeling feeling lagu tadi.Kacaulah."


Raiq tergelak kecil.Telinga Camelia yang menangkap suara gelak Raiq terus menoleh kearah lelaki itu."Are you chuckling?"Soal Camelia tidak percaya.Jarang rasanya dia mendengar tawa dari mulut lelaki itu.


Wajah Raiq terus diseriuskan."Bila masa saya ketawa?"Soal Raiq,cuba mengawal riaknya.Sedar dia sudah terlepas tawanya sebentar tadi.Bukan selalu orang dengar tawanya.


Camelia mencebik.Nak cover konon.Haktuihhh.


"So,are we okay now?"Soal Raiq,senada.Tangannya menggosok tubuhnya yang mula rasa kesejukan."Of course we are."Kata Camelia sambil tersenyum menampakkan baris giginya yang putih.Raiq tersenyum senang mendengar jawapan gadis disebelahnya.


"Dah,pergilah masuk dalam.Anak dara tak elok lepak dekat luar malam malam."Arah Raiq dan Camelia menunjukkan riak selamba.


"Kenapa kena masuk dalam?Biar jelah saya lepak dekat luar ni."


Raiq berjeda sebelum otaknya menghasilkan satu idea nakal."Nak tau kenapa?"


"Sebab nanti ada harimau besar kejar anak dara tu.Roarrr!!"Lalu bermulah aksi berlari berkejaran seindah bunga ditaman antara Raiq dan Camelia.


Danish dan nek ila yang sedari tadi menongkat kepala memandang adegan cinta dua monyet hutan itu terus tersenyum penuh makna."Opah,plan kita berjaya."Kata Danish.Nek ila mengangkat keningnya tanda bersetuju.


Mereka berdua melakukan gerak high5 sebelum berlalu dari tingkap.


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey