Home Novel Cinta Cinta
Cinta
#Shrex#
10/4/2020 18:07:17
3,734
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

Cuaca yang dingin bersama aroma kopi menyenangkan hati Nabilla Kiara. Negara barat Perancis menjadi pilihan hatinya. Kota cinta itu mengingatkan Nabilla Kiara tentang si dia. CINTA hatinya. 



"Jom kita balik hotel Illa. Nanti tak sempat pula kita nak jelajah Kota Paris ini,"  kata Nursyahirah atau Syah. 


Aku hanya mengangguk kepala lalu menghabiskan kopi espresso yang dipesan oleh aku tadi. Aku mengambil barangan ku lalu mengikuti Syah yang berada di hadapanku. 


Fikiranku terhadap si dia kembali semula ke dalam otakku. Aku tertanya akan keadaannya sekarang. 






Beberapa tahun yang lalu.... 



Hari ini merupakan hari pertamaku di Universiti Putra Malaysia. Perasaan gementar itu setia berada di dalam hati. Aku yang memang sejak dari kecil meminati bidang bisness itu mengambil jurusan bisness.


Sedang aku memikirkan tentang keadaanku di universiti, dengan malangnya aku terlanggar seorang lelaki. Semua buku yang dipegang oleh aku dan dia terjatuh. 


"Maafkan saya! Saya tak sengaja," kataku sambil mengutip

buku-buku aku. 


"Maaf kau bukannya boleh buat buku-buku ini ada kat tangan aku balik. Sia-sia saja maaf kau," balas lelaki itu dingin sambil mengutip buku kepunyaannya. 


Aku memandang muka dia. Berk! Handsome dia mencecah langit guys! Tergoda aku! Tak berkedip aku pandang dia. 


"Tahulah aku handsome tapi tak perlulah nak pandang aku sampai tak berkedip mata tu," tegur lelaki tersebut. 


Termati lamunan aku. Malu wei kena tangkap pandang muka dia. Seusai mengambil buku, aku segera beredar dari sana. Takut aku tak boleh tahan. Tak pasal-pasal jadi kes kat sini. 'SEORANG GADIS MENCIUM BIBIR SEORANG LELAKI DENGAN ALASANNYA TERGODA'. Memang kecoh satu negara wei. 


"Tungu dulu! Nama kau siapa?" tanya lelaki itu. Aduh, dia tanya nama pula. Nak kena jawab ke tak? Jawab je lah. Orang tanya, kita jawab. Orang berbudi kita berbahasa. 


"Nabilla Kiara" jawab aku sebelum menyambung langkahku yang terhenti. 




Aku memandang pintu yang berada di hadapan. Ok Illa, jangan nervous. Kita nak belajar bukan nak buat persembahan joget versi orang gila. Dengan perlahan aku membuka pintu kelas tersebut. Terlihat kesemua pasang mata melihatku. Seram! 


"Ya, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya pensyarah yang mengajar. 


"Erh.. Saya Nabilla Kiara. Student baru," jawab aku. 


"Ouh. Awaklah student baru itu! Nama saya Madam Zulaikha. You can call me Madam Ikha. Memandang meja semua dah penuh, ada satu tempat je yang still kosong. Awak boleh duduk sana," arah Madam Ikha. 


Aku hanya mengangguk kepala lalu menuju ke meja yang masih kosong itu. Aku meletakkan barang aku dan duduk. Lupa pula nak cerita. Sebelah aku bukan kosong ya, ada seorang lelaki yang agak fit. Malas nak layan aku pun pandang depan fokus apa yang Madam Ikha ajar.



"Baiklah. Saya nak awak semua team up dengan seorang rakan dan buat assignment dengan dia. Ingat! Assignment ini merupakan markah projek so buatlah betul-betul," kata Madam Ikha. 


Aduh.. Dahlah aku ni budak baru. Seorang pun aku tak kenal. Macam mana ini?! Kalau aku tanya orang sebelah, dia terima tak? Tanya je lah Illa. Kita berbudi orang berbahasa. Bahasa Melayu kita bantai saja.


"Erk, awak nak team up dengan saya tak? Saya tak kenal sesiapa lagi dalam kelas ni. Awak pun orang yang terdekat dengan saya," tanya aku. 



"Hrmm.. Aku pun budak baru juga. Aku ok je tapi kau sudi ke nak team up dengan lelaki?" tanya lelaki itu. 


Eh! Bukan dia ke yang aku langgar tadi? Ah lantak ah! Dia tanya aku yang aku boleh ke team up dengan budak lelaki?!  Eh hello! This is Nabilla Kiara ok! Mestilah boleh. 



"Saya rela dan ikhlas," jawab aku yakin. 


"Jangan menyesal kalau kau dah tak tahan dengan aku. Aku tak paksa. Kau yang rela" jawab lelaki itu dingin. 


Aku hanya dengan muka selamba je. Ingat takut ke?! 


"And boleh saya tahu nama awak? Awak dah tahu nama saya, tak adillah kalau saya tak tahu nama awak!" kata aku. 


"Nama aku.. Rayy Muhammad," jawab lelaki itu. 


Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #Shrex#