Home Novelet Komedi/Romantik Komedi AKU BUKAN PLAYBOY
AKU BUKAN PLAYBOY
masterzaki
23/6/2018 07:27:15
43,575
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 8

Aku bukan ‘Playboy’

Bab 8

Main di Genting Highlands

________________________________

“Hello awak. Awak kat mana ni? Sayadah kat tol Gombak dekat sampai Hentian Putra ni. Awak tak gerak dari rumahlagi ke?” Suara Silvia dalam telefon.

 

“Ok. Ok . Awak bagi saya setengah jam.Saya sampai jap lagi. Sori la awak. Saya tidur tak sedar alarm bunyi tadi.”Alasan spontan ku kepada Silvia.

 

Adui macam mana boleh tak sedar lakni. Alarm dah kunci jam 5.30pagi. Sekarang dah 6.30pagi. Takkan alarm takbunyi? Ke aku yang tak sedar.

 

Melompat aku bangun dari tidur sebabterkejut mendengar panggilan telefon daripada Silvia tadi. Aku sepatutnyamenunggu Silvia di Stesen Bas Hentian Putra KL jam 6.00 pagi. Tapi ni dahterlewat 30 minit. Aku pula belum bersiap lagi.

 

Ah tak payah mandi la. Lantak la.

 

Aku terus menyapu deodorant DashingStyle ke ketiak dan menyembur Cologne Spray Dashing Style ke seluruh badan danbaju berwarna hitam yang aku pakai kini. Aku membetulkan sikit seluar jeansbiru yang aku pakai dari semalam.

 

Dengan kelam-kabut macam latihankebakaran ‘fire drill’ aku mencapai jaket denim biru lusuh. Aku pakai sambilterus berlari ke arah kereta Wira Aeroback di depan rumah keluarga ku di Batu9, Cheras ini. Setakat ni memang aku masih tinggal bersama ibu dan ayahku dirumah keluarga ini.

 

Kereta Wira Aeroback 1.6 Auto ku pandudengan laju menyusuri segala jalan-jalan pintas yang aku tahu. Jam sekarang6.40pagi. Nasib baik hari ini Sabtu. Kereta tak berapa banyak di KL. DariCheras ke Stesen Bas Hentian Putra hanya 15minit saja. 5minit lagi jam7.00pagi. Aku telah tiba di tepi stesen bas itu.

 

Lalu aku terperasan seorang gadiscantik sedang berdiri dengan memegang sebuah beg. Silvia. Terus akumemberhentikan kereta di sebelahnya.

 

Aku menurunkan tingkap kereta, “Cik,nak tumpang? Heheheh” Gurau ku kepada Silvia.

 

Silvia terus membuka pintu kereta.Masuk je kereta terus dia bersuara, “Awak. Janji 6.30. Ni dah jam 7.00. Penattau berdiri.” Merajuk manja.

 

“Ala awak. Sorilah. Tak dengar jamalarm bunyi. Hehehe. Tapi lewat setengah jam je.” Aku cuba memujuk.

 

“OK. Sebab lewat. Awak kena denda.”

 

“Denda. Apa saja Tuan Puteri. Sayaturutkan.”

 

“Awak kena belanja saya bilik Hotel diGenting Highlands yang paling best untuk kita bercuti 2 malam di situ. Ok”

 

“Ala itu aje. Bestnya kalau selalukena denda macam ni.”

 

Terus Silvia mencubit peha ku dangelak manja.

 

Memang terasa rindu betul aku denganSilvia ni. Maklumlah lebih kurang 3 bulan dah tak berjumpa. Silvia pun aku tahumempunyai kerinduan yang sama. Bahkan aku rasa dia lebih merindui aku. Keranarindu aku kepadanya dapat dikurangkan dengan kehadiran Sue. Hehehe.

 

Seperti yang telah kami rancangkanbersama. Kereta yang ku pandu terus menuju ke Genting Highlands. Destinasi yanglebih tepat Awana Genting Highlands. Bilik aku dah tempah, Tower Room. RM450semalam. Aku rasa dah cukup istimewa untuk kami berdua melepaskan rindu dendamselama 2 malam di sini.

 

Selama 3 hari 2 malam di GentingHighlands, aku dan Silvia menghabiskan masa bersama-sama dengan penuhkemesraan. Main di Taman Tema Genting. Main di Taman Tema Luar. Main di TamanTema Dalam. Dan juga main di bilik Tower Room kami. Hehehehe.

 

Silvia merancang untuk pulang kekampungnya di Serian, Sarawak selepas habis percutian kami bersama.Menghabiskan baki cuti sekolah yang ada lagi seminggu bersama-sama keluarganyadi sana.

 

Dalam kereta sewaktu perjalanan keAirport KLIA kami berbual biasa. Tapi aku berasa aku berhutang suatu penjelasankepada Silvia. Mengenai hubungan aku dengan Sue.

 

Lantas hatiku bersuara, “Gile ke kaubro. Nak citer kat dia buat apa. Lu dah makan dia. Dah makan Sue. Diam-diamsudah. Pandai makan pandai la simpan. Kira kalau lu citer kat dia, lu jadiPakwe Mithali la. Pakwe setia la. Blah la bro. Tak rock a….” Memang suarahatiku selalu berkata gaya-gaya rock begini.

 

Mendengar suara hatiku, lalu akuberlakon menjadi seperti biasa. Ku buang jauh-jauh perasaan bersalahku.

 

“Awak, rasa happy tak dapat cuti macamni?” Tanya ku kepada Silvia.

 

“Mestilah awak. Kita kan lama takjumpa. Dapat bercuti sekali sekala dengan awak macam ni memang la happysangat.” Silvia melemparkan senyuman panjang kepada ku. Aku membalas senyuman.

 

“Kerja awak macam mana? Semua ok ke?”Tanya Silvia.

 

“Kerja? Oh lupa nak cerita. Sayasebenarnya dah apply jawatan Pembantu Sumber Manusia di sebuah syarikatpelancongan. Di KL. Rasanya dapat kot. Tengok la bulan depan kalau mereka bagijawapan.”

 

Memang aku dah pegi temuduga jawatanitu 2 bulan lepas. Pembantu Sumber Manusia di syarikat pelancongan PearlHoliday di KL. Aku dah penat melayan pelanggan di Celcom. Aku nak tukar bidangpula.

 

Rasa baru sekejap aku berbual-bualdengan Silvia sambil memandu. Tapi kini dah tiba di KLIA Sepang. Setelahmeletakkan kereta di kawasan parkir aku berjalan bersama Silvia untukmenghantarnya ke Balai Pelepasan Dalam Negeri. Tiket penerbangan memang telahditempah awal oleh Silvia.

 

“Em ok awak. Nanti saya nak balik sinilagi seminggu, saya bagitau awak ye.” Kata Silvia sejurus kami tiba depan pintugate Balai Pelepasan.

 

“Orait. Nanti kirim salam kepada makayah dan family awak semua di sana ye. Salam sejahtera.” Kataku. MaklumlahSilvia dan keluarganya semua beragama Kristian.

 

“Awak kat sini take care ye. Jangannakal-nakal.” Silvia tersenyum dan melambai lalu berjalan masuk ke balaipelepasan.

 

Aku membalas lambaian dan berjalanterus ke kereta. Terbalas sudah rindu aku dengan Silvia. Sekali sekala dapatbelasah macam ni best jugak. Kalau tiap-tiap hari benda yang sama nanti boringpulak. Hehehe. 

 

Macam mana ye kalau orang yang dahkahwin tu. Kalau kahwin 2,3.4 tu takpe la boleh rotate ikut jadual. Ni kalaumemang kahwin sorang. Tak ke boring? Hehehhe. Takpe. Mesti ada hikmahnya setiapperkahwinan itu kan?

 

Aku teringat ada ayat suci al-Quranyang maksudnya, “Kahwinlah kamu dua, tiga atau empat. Jika kamu bimbang tidakmampu berlaku adil, maka kahwinlah kamu seorang sahaja.” 

 

Aku yakin, ada hikmahnya kahwin satu,dua, tiga atau empat. Sejahat-jahat aku, aku tetap yakin dengan berkahwin dapatmengurangkan perangai setan macam aku ni. 

 

Tapi aku belum sampai seru lagi untukberkahwin. Banyak stok lagi. Hehehehe.

Previous: Bab 7
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.