Home Novel Thriller/Aksi Dunia menjadi gelap?
Dunia menjadi gelap?
senjakalamalam
5/7/2018 23:02:47
10,165
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
01

01  GELAP

Hampir seluruhSemenanjung dibasahi hujan.Hanya beberapa daerah sahaja yang tidak terkenatempiasnya.Begitu juga di daerah Sungai Petani,Kedah.Hujan turun denganlebatnya beserta guruh dan sambaran kilat yang silih berganti.Nuqman merenungke luar tingkap memandang langit gelap yang dibahasi hujan itu.Hatinya serasatidak sedap hati.Nuqman mengeluh lembut.Biasalah itu waktu hujan begini.Pastiakan sayu sahaja hati serta ada sahaja yang berasa tidak tenang.Dirinya yangbaru usai menunaikan solat isya turun ke ruang tamu.Alat kawalan jauhdicapainya.Belum sempat hendak menghidupkan television,satu dentuman kuatkedengaran dari luar rumah lalu keadaan di dalam rumah menjadi gelap.

Nuqman mengucappanjang.Terkejut dengan guruh yang begitu kuat itu.Sudahlah dia sorang sahajayang berada di rumah hari ini.Blackoutpula tu.Dirinya bingkas ke dapur.Telefon bimbit dikocek dicapai lalu aplikasilampu suluh diaktifkan.Nuqman menyelongkar laci serta almari untuk mencarililin namun gagal ketemu.

“Mama tak ada stok lilinka?”Bisiknya.Ahh sudah!Takkanlah aku akan bergelap?Dirinya mengeluhkasar.Hendak keluar,malas pula dengan hujan lebat begini.Hendak tontontelevision,elektrik pula tiada.Sudahnya Nuqman menapak ke bilik lalumenghempaskan diri ke katil.Telefon bimbit dicapai lalu aplikasi instagramdiakses.

“Kenapa internet slowni…”Bentaknya kasar.Sedari tadi hanya loading sahaja.Signal pula hanya satubar.Adakah disebabkan hujan?Telefon diletak ke tepi.Apa aku nak buat ni?Setelahseketika berfikir akhirnya Nuqman mengambil keputusan untuktidur.Senang…Gumamnya perlahan sebelum melelapkan mata.

Kruuuu…

Nuqman mencapai telefon di sisi.Jampenggera dimatikan.Dirinya kembali dibuai mimpi untuk seketika.

Kruuuu…

Dirinya mengeluh perlahan.Jampenggera dimatikan lagi.Kali ini beliau benar-benar sedar.Panasnya…Gumamnya didalam hati.Takkan tak ada elektrik lagi?Dia menekan butang utama telefonbimbit.Terpamer jam menunjukkan jam 0630.Dirinya mengeluh kasar.Beberapa tikakemudian,dirinya bingkas dari katil.Nampaknya aku tidur tanpa elektriksemalam.Patutlah panas.Suis tandas ditekan.

Oh lupa…Elektriktiada.Dirinya mengeluh lagi.Setelah selesai membersihkan diri,Nuqman melihatjam di telefon bimbit miliknya.Sudah 0700.Tingkap bilik dibuka bagi membenarkanudara segar masuk.Tambahan pula membuka tingkap serta pintu di awal pagibagaikan menjemput rezeki.Kata orang tua-tualah.Dirinya memandang ke arahlangit.Gelap.Sudah pukul 7 pun gelap.Nak hujan lagi ke?Biasanya pada waktuterluang sementara menunggu jam 8,Nuqman akan menonton Malaysia Hari Inisebelum bergerak ke tempat kerja.Namun memandangkan tiada apa yang bolehdibuat,beliau bertolak lebih awal dari biasa..

***

Nuqman memandangsekeliling.Sepertinya satu kawasan rumah beliau tiada bekalan elektrik.Adakahdisebabkan guruh semalam?Mungkin boleh jadi.Tetapi,pada kebiasaannya,pada jambegini langit sudah mula cerah.Ini,bagaikan baru jam 0600 sahaja.Pelik.Gumamnyahairan.Punat radio ditekan.Rata-rata seluruh siaran radio Malaysia petahmembicarakan isu ini.Ada yang mengatakan ianya hanyalah disebabkan awan tebalmenutupi langit.Ada yang mengatakan ianya tanda-tanda dunia bakal kiamat dansebagainya.Seram sejuk pula dibuatnya mendengar segala spekulasi yangdiutarakan mereka.

Nuqman memberhentikankeretanya di hadapan pintu masuk kilang Sony,Bakar Arang.Sudah menjadikebiasaan untuk dirinya bekerja sambilan sewaktu cuti semester begini.Tatkalarakan-rakan lain sedang berehat di rumah dan melancong,beliau lebih selesauntuk bekerja.Menimba pengalaman disamping menambah duit poket.Bolehlah beliaumenjolikan duit itu nanti.Bisiknya beserta segaris senyuman.

Telefon dicapai sebelumdimasukkan ke dalam loker.Tunggu waktu rehat nanti baru boleh belek pula gajetini.Beliau membuka aplikasi Whatsapp.Seperti semalam,hanya connecting sahaja.Kenapani?Adakah…Beliau menyemak baki.Patutlah…Sudah tarikh luput rupanya.Patut tidakboleh akses internet.Apalah…Ngomelnya seorang diri sebelum mematikan telefonlalu masukkannya ke dalam loker.Loker ditutup serta dikunci selepas itu.

“Kau rasa langit dahcerah ke belum?”Soal Kak Mas,pekerja kilang yang berdiri menghadap Nuqman.

“Entahlah kak.Saya puntak tahu.Duduk dalam kilang ni tak tahu la keadaan luar macam mana.Entahgelap,cerah,salji,ribut…”Seloroh Nuqman sambil tangannya lincah membuat kerja.

“Ish kamu ni..Kak Mastanya betul-betullah.Kamu pernah dengar ke orang cerita pasal dunia menjadigelap selama tiga hari?”

“Macam pernah dengar tapitak ambil port pun.Almaklumlah sekarang kan ramai menabur fitnah.Berbahas tanpahadis yang soheh dan semuanya hendak disekularkan”

“Tetapi akak rasa tidaksedap hatilah…”

Malik yang sedari tadi mendengarperbualan mencelah.

“Betul kak.Tadi sebelumsaya datang kerja,saya ada tengok berita.Memang mendung dan gelap sahaja.”

“Dekat kawasan kitasahaja ka Malik?”Soal Nuqman hendak kepastian.

“Setakat yang ditunjuktadi satu Malaysia jugalah.Tetapi saya tengok sepintas lalu sahajatadi.Almaklumlah sudah lambat tadi.”

 

Kak Mas hanya menggeleng.Nuqmanbagaikan hilang dengan kata-kata.Hatinya semakin walang.Apakah yang dikhabarkanitu benar?Ya Tuhan.Bala apakah yang menimpa kami ini?

Pada waktu rehat,Nuqmansegera mendapatkan telefon bimbit di dalam loker.Kod tambah nilai yang dibelidi kafe dimasukkan serta plan internet dilanggan.Hendak tunggu yang free basic mungkin ambil masa sejam selepastambah nilai dibuat.Beberapa saat kemudian,pelbagai notifikasi masuk.AplikasiWhatsapp diakses.Terdapat mesej dari mama yang sedang bercuti diTurkey.Dihantar ke dalam group keluarga.

Foto yang dihantar semalam pada jam2200 waktu Malaysia di download.Gelap.Keadaan di Capadoccia bagaikanmalam.Hanya diterangi dengan lampu neon.Kalau diikutkan pada waktu ini,patutnyaia baru sahaja jam 1700 waktu sana.Masih siang lagi sebetulnya.Nuqman bertambahtidak sedap hati.

Mama,papa.hati-hati dekat sana.

Nuqman kemudian mengakses pulaaplikasi Facebook.Selalunya di dalam aplikasi inilah berita pantastersebar.Mungkin beliau mampu mendapatkan jawapan.Jam dinding dikerlingsekilas.Sudah jam 1045.Hanya tinggal 15 minit sahaja lagi untuk waktu rehatpertama.

Pelbagai post di update ke halamantersebut.Seperti radio,semuanya membuat andaian masing-masing.Namun,informasidari sumber yang sohih seperti NASA masih belum dikeluarkan.Bibirnya diketaplembut.Masih belum ada apa-apa informasi kah?Apa yang sudah berlaku?

“Man”

Nuqman tersentak lantaran teguranMalik.

“Cepatlah.Lagi 5 minitwaktu rehat habis”

Nuqman mengeluh perlahan.Beliau hanyamengangguk lalu memasukkan kembali telefon ke dalam loker.

“Kau tahu…Anak kawan makcik bagitahu yang dunia gelap ini disebabkan agenda Yahudi.Macam dalam ceritaGeostorm tu…”

“Iyalah tu…Saya baca tadiianya berpunca dari awan tebal.Di dalam radio pun ada cakap pasal ni tadi.”

“Bukanlah,suami saya….”

Nuqman cuba untuk tidak mendengarperbualan mereka.Namun,apakan daya.Satu hari ini itulah topik yang hangatdibualkan.Dari awal pagi sehinggalah hampir waktu pulang.Sudahlah hatinya sudahwalang.Dicampur pula dengan pelbagai andaian dan fitnah yangdisebarkan.Tekaknya berasa loya.Betapa dirinya amat berharap ini semua hanyalahigauan mimpi dan beliau akan sedar tidak lama lagi.Namun,hakikatnya inilah realiti.Duniatelah menjadi gelap.

***

Bekalan elektrik di kawasan perumahanNuqman telah selesai dibaiki.Setelah selesai makan malam serta membersihkandiri,dirinya melepak di balkoni bilik.Melihat langit yang gelap sedari pagitadi.Laman Google diakses.Masih mencari jawapan kepada fenomena yang amat anehini.Akhirnya NASA telah mengeluarkan kenyataan.Menurut mereka,terdapat sebuahastroid yang besar sedang menutupi bumi dari jauh.Menurut merekalagi,disebabkan astroid tersebut telah berlanggar dengan Marikh,kedua merekatelah tersasar dari landasan orbit dan mengakibatkan astroid melencong sehinggaberada di hadapan bumi yang disinari cahaya Matahari.Jadinya,gerhana semalambukanlah gerhana tetapi astroid yang telah menutupi matahari?Dirinyaberbisik.Nuqman mengeluh panjang.Adakah dunia benar-benar sudah sampai kepenghujungnya?Ya Tuhan,sedarkanlah aku dari mimpi yang ngeri ini.Badannya sudahmenggigil walaupun angin hanya menampar lembut.Fikirannya begitu walangmemikirkan hari yang mendatang.Apa yang patut aku lakukan?!

5 hari kemudian …

Esok mama dan papa akanpulang dari Turkey.Keadaan malam bagaikan sudah sebati dengan diri.Menurutkhabar angin yang sudah tersebar selama bertahun,dunia hanya akan mengalamikegelapan selama tiga hari.Namun,hampir seminggu telah berlalu dan dunia tetapbergelap.Bekalan elektrik juga rata-ratanya semakin berkurang serta seringterputus.Ianya disebabkan dasar kerajaan yang mengamalkan elektrik berasaskansistem solar.Dan apabila matahari tidak menunjukkan sinarnya,lampu neon sertaelektronik turut tidak berfungsi.Adakah ini yang dimaksudkan di akhirzaman,dunia akan kembali ke zaman asal?Telefon disisi dikerling.Sudah seharitelefon ini tidak dapat digunakan.No service dinyatakan sedari pagi tadi.Entahapa yang berlaku di dunia luar dia sendiri tidak pasti.

Dirinya yang duduk dibalkoni bilik memandang ke arah langit.Kini,langit sahajalah cahaya yang mampumenerangi dunia.Walaupun cahaya bintang hanya mampu memacarkan cahaya yangsedikit,pada masa ini ia bagaikan sebuah lampu yang terang menyinarijalan.Nuqman mengeluh lagi.Apa yang bakal berlaku lagi nanti?

Dirinya tersentak saatmelihat meteor di langit.Meteor?Beberapa tika kemudian muncul lagi segarismeteor.Dan lagi.Dan lagi.Sehinggalah serasa hujan meteor di langit.Perasaannyaberbaur antara takut dan teruja.Teruja kerana sepanjang 23 tahun umurnya,inilahkali pertama dia melihat meteor dan takut kerana inilah juga kali pertamameteor lintas di kawasan rumahnya.Banyak pula tu.Apakah benar itu meteor atausatu benda yang lain?!Dirinya semakin walang.Entah apa esok bakalmembawanya.Semoga dirinya terus tabah dan sentiasa kuat untuk menghadapi hariyang mendatang.

 

 

Previous: 00
Next: 02

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.