Home Novel Thriller/Aksi Dunia menjadi gelap?
Dunia menjadi gelap?
senjakalamalam
5/7/2018 23:02:47
10,161
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Senarai Bab
00

PREFACE

Dari  Abu Musa, dia berkata: ” Saat terjadi gerhanamatahari, Nabi Muhammad S.A.W berdiri (terlihat) khawatir terjadi kiamat.Beliauberangkat ke masjid,kemudian solat gerhana, berdiri lama sekali, begitu jugasaat rukuk dan sujud yang belum pernah aku saksikan. Setelah selesai solatgerhana,Beliau bersabda,” tanda-tanda ini yang Allah kirim, kejadiannya  (gerhana) bukan meninggalnya seseorang, ataulahirnya seseorang. Tetapi  kejadian ini merupakanperingatan dari Allah untuk hamba-hamba-Nya. Maka tatkala kalian menyaksikangerhana walaupun sedikit,  bersegeralah,dzikir kepada-Nya,berdoa, serta minta ampunan. ( H.R. Bukhari, Kitab gerhana,bab Dzikir ketika gerhana ,no. hadist 1004 )

1800

Malaysia

Masjid serta surau diseluruh Malaysia mula dipenuhi jemaah bagi menunaikan solat sunat gerhanaMatahari setelah mendapat khabar dari television serta media sosial.Manakalasebahagian besar lagi bersedia untuk merakam serta melihat peluang keemasanini.Gerhana akan berlaku selama satu jam bermula 1830 sehingga 1930.Setelah selesaigerhana,malam akan menyelimut tempat tersebut.Tidak mengetahui samada gerhanatelah tamat atau belum.

Orang ramai yangberkumpul di tanah lapang Dataran Merdeka menanti dengan penuh teruja.Ada yangmembawa cermin mata hitam,besen berisi air,filem serta kamera untuk merakamkanmomen tersebut.Beberapa minit berlalu akhirnya bulan mula menutupimatahari.Kanak-kanak mula bersorak kerana teruja serta orang dewasa sedangasyik melihat ciptaan Tuhan itu.Namun,ia hanya mampu dilihat untuk seketikakerana awan tebal mula melindungi matahari yang sudah 45 darjah itu.Angin kuatmula menampar kasar semua yang berada di situ beserta hujan lebat beberapa tikakemudian.

Semua orang berlarimencari tempat teduh dan sebahagian besar daripada mereka berangkat pulang keranasudah lewat dan keadaan menjadi gelap selepas itu.Mengharapkan terdapat sinarpada keesokan harinya…

1330

Turkey

Pada waktu yang sama diCappadocia,warga Turkey serta para pelancong melihat dengan penuh teruja prosesgerhana tersebut dari awal sehingga tamat.Permandangan serta gambaran cukupjelas kerana mereka berada di atas bukit.Jikalau berlaku di awal pagi,merekabolehlah menaiki belon udara panas untuk melihat dengan lebih jelas.Namun,tanpabelon udara panas sekalipun,ianya sudah cukup jelas.

Sejam telah berlalu namunMatahari belum menunjukkan diri.Gerhana bagaikan berhenti di situ dan keadaandi daerah tersebut pada mulanya seperti senja bertukar menjadi gelap.Sepertiribut bakal menyusul.Namun,jika dilihat pada langit,keadaan begitu cerah.Hanyabeberapa kepulan awan sahaja kelihatan.Keadaan mula sepi.Masing-masing sedangbermonolog.Apakah yang telah berlaku?Adakah dunia sudah berhentiberputar?Adakah dunia akan mengalami kegelapan seperti yang dikhabarkan sedariberatus tahun dahulu?Bermacam andaian berlegar di minda.Menyedari dunia benarmengalami kegelapan setelah jam sudah menunjukkan 1530,keadaan mulaipanik.Masing-masing menjadi walang.Tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Adakahdunia sudah menemui penghujungnya?!

 

Next: 01

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.