Home Novel Seram/Misteri ANTOLOGI MISTIK JEMBALANG : Bidadari Pencabut Nyawa
ANTOLOGI MISTIK JEMBALANG : Bidadari Pencabut Nyawa
Riduan Judin
20/12/2014 10:01:34
25,850
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Beli Sekarang
Bab 4

Laban Rata, KakiKinabalu

FEDOR membuka matanya tatkala dipanah sinaran matahari.Puncak Kinabalu serta-merta wujud indah dalam pandangannya. Di celah puncakitulah matahari itu muncul setelah menyinsing mengikut ketetapan penciptanya.Kinabalu, satu tanda kemegahan masyarakat Sabah yang dikenali di seluruh dunia.Hatta, mempunyai pelbagai kisah silam yang dianggap cerita lagenda masyarakatnegeri di bawah bayu itu.

            Lelakiitu menarik nafas dalam-dalam. Terasa bayu pagi yang sejuk, mengalir kerengkungannya. Kesejukan di kawasan tinggi seperti itu langsung tidak lut padadirinya. Baginya, kesakitan akibat kehilangan Kamelia lebih dahsyat danmeninggalkan kesan luka tersendiri di dasar hatinya.

            “Kamelia…”Fedor membisikkan nama itu perlahan. Terasa dirinya didhambat memori silamantara mereka berdua. Perlahan dia memalingkan wajahnya di sebelah kanan. Maka,kelihatan satu kalimah yang sengaja dia tuliskan di atas batu yang agak leper.

            ‘Kaucinta matiku, Kamelia.’ Fedor membaca semula kalimah hatinya yang dia tulis diatas batu itu petang semalam. Fedor sengaja mengabadikan perasaan itu melaluitulisan yang melambangkan kesalan atas perpisahan mereka.

            ‘Ikau kalangadanku…’ (Kau kerinduanku…)Fedor tersentak apabila terdengar suara Kamelia. Seolah-olah ingin membalasbisikan hatinya walaupun gadis itu sudah berada di alam sebelah.

            “Sundung do kopinsodu, poinsomok sidginawo.” (Biarpun berjauhan, tetapi sentiasa dekat di hati) Bisiknyaperlahan. Dia sengaja menggunakan bahasa sukunya iaitu bahasa Dusun sebagaipenyampai makna hatinya.

            Fedorbangkit perlahan. Langkahnya sedikit goyah menuju ke arah kalimah yangditulisnya di permukaan batu itu. Tangannya mengusap perlahan lekuk-lekuktulisan itu sambil matanya membaca lalu diterjemahkan di dalam hatinya dalambentuk perasaan dan penghayatan.

            “Hanyahujan yang dapat menghakis rinduku ini, Kamelia. Cintaku, tidak akan hilangditelan zaman selagi Kinabalu ini utuh.” Lafaz Fedor yang masih mengusap tulisanitu. Ternyata, cintanya terhadap gadis Dusun itu terlalu mendalam sehinggameninggalkan bekas yang begitu hebat.

            ‘Sampaibila begini?’ Satu bisikan suara bergema di telinganya.

            Fedormengelus nafasnya perlahan. Itu merupakan suara masa lalu. Terasa kepanasan didalam lubuk hatinya mula reda walaupun masih terasa kelat membalut rasa. Dalambeberapa hari ini, hatinya sukar benar berpisah dengan bayangan wajah Kameliayang sentiasa memenuhi ruang sedarnya.

            “Akutidak boleh terus begini… aku kena hidup. Aku tidak rela mati hanya keranacinta.” Gumam Fedor. Dia pantas mencapai seketul batu, lalu menulis tarikh diamelakar kalimah di batu itu. Dan angka yang ditulisnya tepat pada 17 Disember1992. Baginya, itu tarikh keramat. Tarikh di mana negeri itu mengalami musimtengkujuh. Musim yang begitu sejuk saban tahun.

            ‘Tapike mana?’ Perlahan hatinya berbisik. Hatinya menjadi buntu.

Lembah Perawan,Pedalaman Ranau

TOK PAWANG terbangun apabila cucunya Padukabermain-main di sisinya. Lelaki dekat separuh abad itu terasa berat benarhendak membuka matanya. Kelelahan meredah hutan Nusawungu semalam masih berbakidalam tubuh. Hatta, nyawa mereka hampir tergadai dek usaha mencari Jairon danPaloi yang dipercayai sesat jauh ke lubuk hutan belantara itu.

            “Atuk,bapa di mana?” Tanya Paduka.

            TokPawang menjadi kaku tatkala mendengar pertanyaan cucunya itu. Hendak dijawab,dia masih tidak pasti kebenarannya. Hendak berdiam, Paduka tertanya-tanya. Makajalan terbaiknya ialah mengalihkan cerita. Biarlah Paduka faham sendiri tentangkisah hitam itu apabila besar nanti.

            “Paduka,cucu atuk yang sakti…” Ujar Tok Pawang sambil mendukung cucunya itu di luarberanda rumahnya. Apa yang membuatkan Tok Pawang kagum dengan Paduka ialah, diasedikit pun tidak menyalahkan sesiapa dengan kematian ibunya, Seroja. Ataumungkin, dia masih belum faham? Tapi mustahil!

            Padukahanya diam dalam pangkuan datuknya.

            “Bilabesar nanti, Paduka hendak jadi apa?” Tanya Tok Pawang apabila merasakan budakitu sudah melupai pertanyaannya sebentar tadi.

            “Padukamahu menjadi penjaga gunung itu…” Jawab Paduka sambil menunjukkan jarinya kearah puncak Kinabalu.

            “Cita-citayang hebat, Paduka. Tapi, kalau mahu jaga puncak Nabalu, kena ada ilmu dansemangat yang kuat” Balas datuknya.

            “Tempatapa itu, tok?” Paduka galak bertanya.

            “Itutempat roh nenek moyang kita, Paduka.” Jawab Tok Pawang tanpa berlapik katalagi.

            “Rohmama pun ada di sana?” Soalan yang tidak dijangka. Tok Pawang tersentak lalumengawal pernafasannya secara perlahan.

            “PuncakNabalu itu tempat roh orang kita bersemadi, Paduka. Roh orang yang sudahmeninggal… semuanya kembali ke sana.” Jelas Tok Pawang mengikut kepercayaanmasyarakat Sabah yang bukan beragama Islam. Budak lelaki itu hanya menganggukperlahan.

            Masaini, Tok Pawang dapat meneka perasaan cucunya itu. Biarpun masih mentah… tetapikebolehan dalam dirinya membuatkan budak lelaki semuda dia, dapat menerima danmemahami cerita orang tua-tua. Dan itu tanda awal bahawa Paduka bukanlah budakbiasa. Dia anak sakti, anak yang begitu luar biasa menurut datuknya.

            “Kenapaatuk lewat pulang semalam?” Tiba-tiba Paduka bertanya soalan sedemikian.

            “Padukalama menunggu?” Duga datuknya.

            “Sampaitertidur…” Jelas Paduka yang begitu bijak bercakap walaupun baru berumur enamtahun.

            “Atukminta maaf, semalam kami ada sedikit masalah.” Jelas Tok Pawang sambilmengusap-ngusap ubun-ubun rambut cucunya itu. Paduka hanya diam. Membisuwalaupun petah berbicara.

            “Tok…”Secara tiba-tiba, kedengaran suara dari arah luar. Tok Pawang tidak menghadapikesukaran untuk mengenali suara itu.

            “Adaapa, John?” Tok Pawang melepaskan Paduka lalu menyuruh anak kecil itu masuk kedalam. Di beranda rumah, mereka membualkan sesuatu.

            “Tok,korban semakin bertambah…” John kelihatan gusar. Hatinya agak tidak tenteram.

            “Ituyang membuatkan aku risau, John. Aku tidak menjurus kepada Jairon sahaja,tetapi keselamatan semua penduduk kampung kita ini.” Tok Pawang menariknafasnya perlahan.

            “Apakata kita bakar saja hutan banjaran itu, Tok?” John mengusulkan.

            “Ituhanya perbuatan sia-sia, John. ‘Mereka’ bukan makhluk biasa. Pasti hanyamenjahanamkan warisan hutan banjaran itu.” Ternyata, Tok Pawang berfikiranlebih jauh.

            “Pastiakan ada korban baharu, tok…”

            “Jalanpenyelesaiannya, jangan hampiri hutan banjaran itu lagi. Hutan Nusawungu… hutanberdarah.” Kali ini, Tok Pawang agak bertegas.

            “Tapiitu sumber pendapatan sampingan kita, Tok.” Bidas John yang juga pembantunyadalam segala hal yang berkaitan dengan kampung Lembah Perawan itu. Pendek kata,bakal pewaris takhta sebagai penghulu.

            “Hasilbumi Lembah Perawan inikan ada. Kita tidak boleh tamak, John. Kita makan hanyauntuk hidup, John… tapi tidak boleh hidup untuk makan saja.” Nasihat Tok Pawangterasa pedih mengalir ke alur telinga John.

            “Jadi,apa saranan Tok sekarang?”

            “Kumpulkanpenduduk kampung di balai raya.”

SEKITAR matahari beranjak di ubun-ubun kepala, semuapenduduk kampung sudah pun berkumpul di balai raya bagi menghadiri mesyuarattergempar daripada penghulu mereka. Walaupun masih digayuti kelelahan darisemalam, tetapi dia terpaksa berbuat demikian.

            “Hariini, aku sengaja meminta kita semua berkumpul di balai ini. Maaf jikamengganggu kerja kamu semua.” Tok Pawang membuka bicara.

            “Adaapa, Tok?” Tanya suara ramai.

            “Kalianpasti sedia maklum dengan masalah yang menimpa kampung kita. Anakku Jairon danPaloi tidak pulang-pulang selama tiga hari selepas masuk di hutan Nusawungu.”

            “Agaknya,mereka berdua di mana sekarang!” Bisik para penduduk.

            “Akusendiri tidak tahu. Kelmarin, kami sudah mencarinya di hutan banjaran itu, tapitetap tidak menjumpainya. Malah, Tawi telah terkorban!” Jelas Tok Pawang tanpaberselindung lagi. Tidak berterus-terang hanya akan menimbulkan tanda tanya.

            “Tawiterkorban?” Salah seorang daripada penduduk kampung yang hadir di situ berasaterkejut. Ternyata, berita semalam masih dirahsiakan.

            “Eya,memang betul. Dia menjadi korban penunggu hutan banjaran. Di hutan Nusawunguitu.”

            “Akusaksi kejadian, Tawi tu keras kepala. Limau nipis yang Tok berikan dia tidaklumurkan di badan. Malah, dibuangnya jauh-jauh.” Ujar Pinto yang secaratiba-tiba berdiri memberikan kenyataan.

            “Diamati dalam keadaan ngeri dan sadis!” Sambung John.

            “Mulaihari ini, aku melarang semua penduduk kampung Lembah Perawan untuk masuk kedalam hutan berdarah itu. Kamu pun tahukan, sesiapa yang masuk ke dalamnya,belum tentu akan berjaya keluar.” Tok Pawang merangka peraturan baharu. Bukanmenindas, melainkan untuk kebaikan mereka juga.

            “Bagaimanadengan Jairon dan Paloi?”

            “Kalaumereka hidup, pasti akan pulang ke sini. Tapi kalau terkorban, roh mereka pastiakan bersemadi di puncak Nabalu juga.” Jawab Tok Penghulu.

            Selepasitu, mereka membisu. Seolah-olah mesyuarat ataupun perjumpaan antara semuapenduduk dengan penghulu pada hari itu sudah berakhir. Walhal, Tok Penghulusendiri berasa begitu hiba sekali mengenangkan anaknya Jairon. Tapi, apa bolehbuat… dia harus berkorban dan itu wajib!

 

Previous: BAB 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.