Home Novel Seram/Misteri ROH DI KEDAI MAKAN
ROH DI KEDAI MAKAN
Fahmi Razi
24/4/2018 15:00:35
32,881
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 8

RESTU

 

 

Isnin 30 April 30, 2018


 

Aku terasa ringan , badanku bagaikan kapas terapung di atas air melayang ditiupangin. Aku meyedut satu nafas abadi , lega tanda bersyukur atas nikmat-Nya kerana  masih memberi aku peluang untuk teruskan kehidupan yang penuh dengan liku-liku yang tajam dan penuh kenikmtan. Mungkin sebagai khalifah yang bakal menyinar gemerlapan kelak. 

 


Sesungguhnya hari ini bermula lah misiku sebagai peyelamat. Entah jatuh atau terus maju kehadapan . Terbebaslah si burung Nuri. Sangkar telah terbuka. Teruskan kibaranmu. Aku menanti solusi. Adakah keajaiban akan berlaku ? atau sebaliknya? Oh mighty Allah , please blessing me more and give me a path of truth. I’m hope.

 


Selesai sahaja aku makan pagi atau orang kampung aku panggil breakfast  terus sahaja aku mendakap mak dan ayah aku memohon restu dan keampunan mereka. Aku ingin berperang. “mak ayah , kalau Fahmi ada buat salah ampunkan Fahmi , restukan segalanya” aku menangis sambil melafazkan setiap bait-bait perkataan.

 


“Eh apakamu mengarut pagi-pagi buta ini. Ini sah kena basuh dengan si ustaz dekat surau semalam lah tu , apa namanya abang?. Tulah aku kata  selalu-selalu pergi surau. Tengok anak kita dah berubah” kata ibuku sambil berkomunikasi dua hala.

 


“Fahmi jom ayah hantar kamu pergi ke rumah Cik Dol” kata ayahku. “Amboi ! awak ini pun , macam lah dia takde kaki nak jalan  , awak tu.. duduk sibuk-sibuk tu buat apa ?  Alah… jalan tak sampai dua langkah sampai lah tu... dekat rumah boyfriend awak tu ” balas si raksaksa bernada sinis dan menjeling-jeling si Mat Razi. “ Eh awak ini , biarlah saya nak bermanja sikit dengan anak kita, aku cili mulut kan baru hang tau langit tu tinggi ke rendah. Tak usah lah duduk layan si mak kamu tu , jom kita ” balas pewira aku. “itulah  awak duduk manjakan sangat,nanti entah apa ……………(panjang sangat ) “ celoteh bleber ibuku si raksaksa.Memang power.

 


Setibanya aku di hadapan rumah Cik Dol . aku melihat Za’im sedang menyidai pakaian diampaian mungkin sambil menunggu aku. Ayahku  tiba-tiba  bicara dengan nada yang rendah. pitching nya ke laut.

 


“ Ayah halal kan segalanya , jangan mengundur, getar mahupun takut ,  kamukan nak pergi meyelamat bukan ? mana boleh bawa perasaan sebak macam ini, ingat Dia sentiasa dekat sini okay.” Balas ayahku. Terkejut aku macam mana pewiraku boleh tahu ini ,  memang sah tak Za’im ,Cik Dol yang bagitahu ini.   “ Cik Dol yang beritahu ayah. Jangan risau lah baka ayah ini sorang memang hebat betul ?” balas ayahku sambil mata memandang tepat ke arah aku.

 


Aku pasti hatinya berat untuk melepaskan aku pergi berjuang. Aku memeluk erat ayahku. Menangis tidak berlagu. Merangkak dalam kecelaruan. Sudah dekat nak patah balik agak jauh. Aku relakan. Ayahku berjalan pulang.

 


“Fahmi jom lah naik , Abi aku dah tunggu kau dekat atas tu” kata si Za’im. “okey. Okey” aku membalas. Aku bingkas naik. Menjunam ke kancah peperangan. Aku seru jiwa dan batinku agar bersama berjuang. Aku boleh. 

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fahmi Razi