Home Novel Seram/Misteri ROH DI KEDAI MAKAN
ROH DI KEDAI MAKAN
Fahmi Razi
24/4/2018 15:00:35
32,896
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 7

BANTUAN 


 

3 hari berlalu.  29 march 2018


 

Daripada kemerahan bibirku , aku sudah tahu yang aku semakin sembuh. Yeah , aku berjaya melayan godaan ketakutan. Tertutup tidak terbuka , tertusuk masih tidak terluka. Kendatipun begitu , dari lubuk hatiku yang dalam masih inginku lunaskan misi yang terbengkalai yang mana hanya sedikit sahaja lagi akan menggapai solusi. Namun , apakan daya si remaja yang berjiwa leper , tidak bermaya, dan lemah ini untuk membuat sebarang ringkasan jawapan yang muktamad.



Aku berdiri diatas kaki sendiri di sejadah yang lembut diimport khas dari Arabic dengan harapan dan permintaan pertolongan dari Yang Maha Kuasa. Beristikharahaku seketika. Erat dalam hubungan. Merekah keinsafan.



Mimpi yang menakutkan terlihat dalam banyangan. Mereka meminta pertolongan. Keyakinan aku sebagai insan terpilih sudah meresap sepenuhnya dalam diriku. Kawan-kawan tunggu aku datang merungkai segala kecelaruan ini.



Petang yang agak sibuk dengan kemusnahan alam sekitar yang sedang selamber sahaja dilakukan oleh si durjana. Pembakaran terbuka , pencemaran bunyi dan banyak lagi.



“Za’im ,Cik Dol ada tak?” kata aku kepada si Za’im . “Abi aku pergi hantar madu kejap dekat rumah Wan Seleme, nanti kan dia balik lah tu” balas si Za’im. " Im kau buat apa tu?" tanya aku. " hah takkan tak nampak aku duduk buat apa ini ?  Ke mata kau tu yang rabun sebab kena demam angin kuskus" balas si gengster yang agak macho ini. "eh kau ini main sapu je , kata mata aku rabun , retina aku ini masih power lagi tau" balas aku sindir.



“ Chill-chill lah Fahmi. Eh , Fahmi aku nak tanya kau sikit boleh tak?” tanya si anak teruna tunggal Cik Dol.“tanya lah kalau boleh jawab aku jawabkan tetapi kalau susah sangat mintak maaflah ye” balas aku dengan sempoi. “betul ke apa yang aku dengar dari ayah kau yang kau…….”kata Za’im dalam ketakutan. “eh kau ini, betul lah kenapa? Tak percaya? Aku yang alami mende tu sendiri tau." kata aku .



Cik Dol bin Saad tiba-tiba muncul dengan muka yang bengis. Senyumannya mungkin telah mati untuk seketika ataupun untuk selamanya. Aku keliru.



“Abi ,Fahmi datang nak jumpa Abi ini. Katanya ada hal penting” kata si Za’im. “suruh dia balik , aku tak nak tolong dia” kata si bengis Dol berubat. Aku buat-buat tak dengar. “tak baik buat tetamu macam tu Abi” si Za’im membangkang. “kau…naik  rumah , tak rotan , batang penyapu aku hinggap dekat badan kau nanti” kata Cik Dol. Terkejut beruk si Za’im kerana tidak pernah melihat Abinya marah sebegitu rupa. Ini kerana aku si insan terpilih.



“Fahmi ,kau pergilah balik dulu. Api semakin marak tu, malam nanti kau datang balik.Nanti pandai-pandai lah aku basuh Abi aku tu dengan  7 air mutlak dari pergunungan Sumantera kasi sejuk sikit” kata si Za’im. “ woi kau buat apa lagi tu , siap kau nanti batang besi melayang kan”. Tersentap.Lintang-pukang aku dan si Za’im lari bagai  disuntik kelajuan kuasa kuda dalam diri masing-masing.



Ayah mana tak marah kalau tengok si anak tidak matang , kaki pukul dan  tiada halatuju. Itu pun hari ini dia kena hukuman , duduk rumah tidak boleh keluar kerana semalam dia bergaduh dengan anak si Ketua Kampung sampai si Rosli kena tendang masuk hospital. Apa-apa pun aku bangga sangat sebab dia mempertahankan maruah aku dari belakang.



Yelah, hanya Tok Ketua sahaja yang tahu pasal aku kena sampuk , habis dicanang anaknya si Rosli satu kampung. Mana tak mengamuk sahabat aku yang tersayang ini. Slogan kali ini “lu jatuh gua sambut , gua terbaring lu tumpang lah satu kaki”.



Sebelah bumi menjadi gelap , terpancar cahaya si bulan sabit atau ‘waxing cresent moon’. Meriah dan mewah. Terlihat juga bintang Rigel atau dikenali dengan Beta Orionis yang terletak di Buruj Orion. Menakjubkan. Indahnya ciptaan-Mu. Aku bersyukur lagi.



Sungguhpun begitu , kakiku sudah sampai di laman rumah Cik Dol. Ketakutan seketika. Angin malam yang membelai , meniup sempoi-sempoi bahasa. Aura jantan aku entah lari kemana. “Hurmm” Cik Dol berdehem. “ eh Cik Dol Fahmi datang ini….”balas aku. “nak suruh Cik Dol tolong Fahmi bukan?” lantas dia menyambung ayat aku. “ mari sini , bukan Cik Dol tak nak bantu Fahmi  tetapi perkara ini bukan boleh dibawa main,perkara ini sangat bahaya, Cik Dol tak sampai hati nak kehilangan Fahmi kerana Cik Dol dah anggap Fahmi  macam anak sendiri” kata Cik Dol sambil  matanya di pandang ke bawah.



Tiba-tiba za’im menyampuk.  “Abi... kuat sangat ke si saka durjana tu yang tak boleh tolong ” kata si Za’im dengan nada sinis. “Astagfirullahaladzim kamu ini pun sorang , mengejutkan aku je. Kau apa   tahu ?  Aku nak turun kan ilmu aku , kamu tak mahu , duduk sibuk melayan muzik, pukul orang , ponteng , buat perkara-perkara jahat kamu tahu lah kan ? Entah apa nak jadi dengan kau pun aku tak tahu” balas si ayah kepada seorang anak.



“Tah kau ni menyejutkan aku dan Cik Dol sahaja. Im terima jelaH tu ” kata aku menyindir. “nanti-nanti lah aku fikirkan , rebung aku ini dah naik jadi buluh malah keras pulak sudah tak boleh dibentuk lagi” balas si Za’im dengan selamber. “ tengoklah tu ada sahaja jawapan dia , nasib lah aku dapat anak macam kau ini ,nasib-nasib” si ayah mengeluh.



“Fahmi esok  datang pagi-pagi dalam pukul 9  , nanti kita prepare apa yang patut , susun rancangan dan strategi . Cik Dol nak tolong Fahmi tetapi mesti ingat Dia tempat kita bergantung” kata Cik Dol.



Aku terseyum baik punya. Pulang dengan hati yang senang. Ini harapan yang harus aku genggam dengan eratnya agar semua yang bakal dirancang esok membuahkan hasil yang sempurna. Aku bersedia. 

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fahmi Razi