Home Novel Seram/Misteri ROH DI KEDAI MAKAN
ROH DI KEDAI MAKAN
Fahmi Razi
24/4/2018 15:00:35
32,933
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 15

 

                                                           TERUNGKAP



Dalam mimpi yang singkat yang mungkin boleh terungkap............



Dalam keadaan aku yang longlai , aku  keluar dari kedai makan , menuju ke suatu magnitud yang belum pasti keselamatannya. Aku merasa diriku terlanggar dengan sesuatu . Kepastiaannya mejangkaui satu persoalan. Jantinanya masih belum dianalisis. Hipotesis tidak diterima. Anda gagal menjawab kertas 3 , yang sememangnya memberi satu kebarangkalian untuk lulus ataupun berjaya mendapat A+. Aku pasrah dengan semua itu.




Tidak lama kemudian aku merasakan diriku tenang. Bayu lembut meniup. Aku membuka mata.  Kini aku berada di sebuah pondok kecil yang lusuh , mungkin akan roboh , berkecai bertaburan.. Kelibat wanita yang memakai kebaya kuning tercegak dibira sudut tiang buluh itu. “ Cik, Cik ini siapa ? Adakah cik yang saya nampak setiap kali saya pulang darikerja  ?  Tanya aku dalam serba kebingungan.“ Aku Mariam”  balas si dia dalam nada tinggi. “ kenapa Cik Mariam datang…..  ? tanya aku yang belum sempat menghabiskan bicaraku. “kenapa  ? ” balas si Mariam. “ mesti ada sebab nya bukan ? ” tanya aku dalam kebinggungan




“ Aku kawan kepada Aishah , owner kepada kedai makan kau . kami memang akrab daripada kecil malah kami juga berjaya bersama-sama menyambung pelajaran ke universiti yang sama.Setelah hampir 2 bulan kami di sana ,  kami ada berkenalan dengan seorang lelaki , rambutnya hitam berkerinting  , senyumananya melambangkan keabadian dan perwatakannya mentelusuri keindahan ciptaan. hatiku berputik manja dalam keresahan untuk berkata-kata. Aku menyedarinya tanpa mengenali perlusuk latar belakangnya. Namanya Adi , Ahmad Adi Bin Ahmad Malik.




Malangnya aku tidaklah setanding dengan Aishah. Kecantikkan aku bukanlah tandingan dengan si aishah , pertuturanku bukanlah selembutnya malah perwatakanku bukanlah sehebatnya.. Aku mencari seribu peluang mendekati  Adi tetapi pandangannya terhadapku tidak diberi seribu perhatian. Aku mencuba dan terus mencuba mencari demensi dan ruang untuk aku berbicara dengannya. Aku pasrah. Bagi Aishah bercinta di universiti hanyalah membuang masa. Aishah tidak pernah memberi perhatian kepada Adi. Sekali pun tidak  Aku pula yang terhegeh-hegeh.




Tanggal 2006 Mac  , Kami berjaya mendapatkan segulung ijazah yang diimpikan selama ini. Keghairahan aku untuk mendapatkan si Adi semakin kuat. Aku mula merenggankan persahabatanku dengan Aishah  kerana si lelaki durjana itu. Timbulnya perasaan dendam dan amarah aku terhadap Aishah. Fikiranku beralih kepada perkara kejahatan. Diriku diselubungi kenaifan ego , dipengaruhi sikap negative yang mahukan lebihi daripada segalanya.





Merenungaku sendiri memikirkan segala ini. haruskah aku memutuskan tali persahabatan oleh kerana seorang lelaki ? haruskah aku meletakkan sifat amarah dan dendam ini kepada sahabat yang selama ini telah banyak menolong dan berkorban kepada aku ketika susah ? . aku berusaha mencari satu kepastian. Aku pasrah.  Tetapi kini hubungan aku dengan si Aishah sudah semakin pulih. Aku menyesal atas apa kesalahan yang telah aku lakukan.




Malangnya pada tanggal 2010 November. Perlakuan Aisah semakin hari semakin pelik. Keadaan si aishah tambah merungsingkan aku dan para keluarganya. Tetapi aku sudah mencurigai si Aishah telah terkena buatan orang , aku syak si Adi yang melakukkannya , mana tidaknya Aishah telah menolak 10 kali pinangannya. Aishah , dia suka mendiri didalam bilik , menangis di malam hari dan meroyang. Kami telah iktiar sehabis cara ketika itu. semua hospital , ustaz dan bidang telah kami usahakan tetapi malangnya tiada sesiapa yang handalmenyembuhkannya. Hanya doa yang dipohon dari Yang Maha Kuasa.




“Kau mesti kenal kan dengan Haji Abbas” ? tanya Mariam kepada aku. “ ahah dia ayah kepada Cik Dol , dia sudah meninggal tahun lepas , kenapa dengan dia ?” balas aku sambil terselit satu persoalan. “dia lah yang memulihkan Aishah daripada penyakit misteri itu. kerap juga kami kerumahnya”. balas si Mariam. Haji Abbas seorang yang kuat dalam ilmu agama lebih-lebih lagi berkaitan dengan ilmu hitam.




Hampir 3 tahun berlalu , Aishah memulakan kehidupannya sebagai seorang yang aktif.Cita-citanya  ingin membuka kedai makan sendiri tetapi ilmu di dada masih belum mencukupi bagi dirinya. Hampir 2 tahun mengembara dan berhijrah  keluar negara , mencari suatu nang pasti , budaya dan pengalaman masyarakat dari seluruh pelusuk dunia. Aku juga sering mengikutinya ke bandar Turkey. hampir 6 bulan aku menentap disana tetepi apakan daya aku harus pulang ke Malaysia kerana ibuku sakit. "Ibu Cik Mariam masih ada lagi ke ? " tanya aku yang ingin jawapan. " ada , pergilah kau melawatnya di kampung wakaf mempelam , namanya Siti Khamis " balas si Mariam sambil meminta satu permintaan.




Pada  2 Februari 2016. Kedai makan yang bakal yang menjanjikan satu fenomena. Aku dan keluarganya mengembleng sinergi dalam menyiapkan keperluan untuk membuka  kedai makan. Kami mengutamakan sesuatu konsep yang lebih dinamik  dan efiseien dalam mengolahan kedai makan ini. Bagi kami satu kepuasan apabila kelak kedai ini menjadi tular kerana sentuhannya yang amat menarik. Kami berjaya melakukannya. kedai ini bakal dibuka tanggal 3 mac 2016. Yes , hari yang paling bersejarah dalam hidup aku dan semestinya Aishah.  

 


Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fahmi Razi