Home Novel Seram/Misteri Pohon
Pohon
Aiman Quinto
8/8/2018 12:58:03
13,683
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
1

2014

“Faris!”

Satu wajah yangsayup-sayup kelihatan memanggilku. Tangannya dilambai-lambai ke udara. Akutersenyum sendirian. Sungguh aku rindu melihat wajah itu. Kali terakhir akumelihat wajah itu adalah pada dua tahun lepas. Aku rindu segala-galanya tentangdia. Masakan dia. Senyuman dia. Dan yang paling aku rindu adalah saat aku kucuptangannya. Dia adalah ibu aku.

Dengan bagasi dikedua-dua belah tangan dan beg sandang tersangkut di bahu, aku berlari-larianak ke arahnya. Semakin aku hampir, aku dapat lihat ada dua orang lelaki yangaku kenali menemani ibu. Namun, berdasarkan riak wajah mereka, hanya ibu yanggembira menyambut kepulangan aku.

Salah seorangdaripada mereka adalah abang aku, Farhan. Aku memang tak ‘ngam’ dia dia darikecil lagi. Kami selalu bergaduh. Bukan kerana aku kuat merengek atau akumengganggu dia, tetapi memang dia suka membuli aku. Memang itu hobi dia. Danaku sama sekali bukan jenis yang suka mengadu kepada ibu. Sebab itulah dia sukamembuli aku. Walaupun dia buat macam-macam kepada aku, aku akan tipu ibu dancuma menjaga nama baik dia di hadapan ibu. Akhirnya, aku cuma dapat sakit danrasa bersalah kerana menipu ibu.

Lelaki kedua ialahPak Kadir, pekerja kedai runcit arwah ayah. Sejak ayah meninggal, dialah yanguruskan kedai tu. Ibu beri sepenuh kepercayaan kepada dia. Dia nampak baik dihadapan semua orang, tetapi aku dapat rasakan dia ada niat tersembunyi. Bukansekadar firasat aku. Setiap kali aku merenung matanya, pasti ada pandangan yangkurang menyenangkan. Aku syak dia ada kena mengena dengan kematian ayah. Ituyang aku cuba yakinkan kepada ibu dulu. Tetapi ibu kata, “Ajal maut di tanganTuhan. Kalau manusia adalah puncanya sekalipun, mereka lakukannya dengan izinTuhan.”

Aku menerpa ke arahibu. Bagasi di tangan kanan dan kiriku dilepaskan. Lantas aku dakap tubuh ibu.Ibu turut mendakap aku. Aku dapat rasa perasaan sebak terbit daripada ibu.Tubuhnya terasa bergetar menahan air mata daripada mengalir.

“Faris dah balik,ibu,” bisik aku.

“Selamat pulanganak ibu. Ibu rindu Faris sangat sangat,” luah ibu.

“Faris pun rinduibu.”

Buat beberapaketika, masa dirasakan seperti terhenti. Bunyi-bunyi bising yang menyesakkantelinga lenyap memberi segenap ruang untuk kami berdua meruntun jiwa menikmatipertemuan semula selepas dua tahun itu. Semua deria mereka seperti berhentiberfungsi. Hanya jantung mereka yang berdegup senada seirama.

“Jomlah balik, dahlewat ni. Malam ni abang kerja.” Farhan menyeluk kedua-dua belah tangannya kedalam saku lalu berjalan lurus ke arah pintu keluar.

Ternyata diasengaja mahu merosakkan mood aku dan ibu. Dasar abang tak guna. Aku benci dia.

“Saya tunggu dekatkereta ya, Cik Siti,” ujar Pak Kadir sebelum mengekori Farhan.

“Jom.” Ibumeleraikan dakapannya.

Aku turutmeleraikan dakapanku. Aku mendapatkan bagasi aku kembali lalu menariknyamenghampiri ibu.

“Meh, ibubawakkan,” pelawa ibu.

Aku tersenyum.Memang benar kasih ibu kepada anaknya tak akan pudar. Walaupun masamendewasakan manusia, seorang ibu masih menganggap anak mereka sebagai anakkecil yang memerlukan panduan ibunya. Hakikat ini akan sentiasa wujud dalamdiri seorang ibu penyayang yang mendidik anak mereka sejak kecil.

“Ibu, adik dahbesar lah. Adik boleh bawak semua ni sendiri. Tak berat pun. Tengok muscle ni.”Aku berjenaka.

Ibu membalas dengansenyuman. Kami berjalan beriringan ke kereta Proton Saga yang diparkir di ruangparkir KLIA 2.

*****

“Ya Allah, rindunyadengan rumah ni,” kata aku sebaik sahaja menjejakkan kaki masuk ke rumah.Sungguh aku rindu tinggal di rumah ini. Terlalu banyak kenangan yang tidakdapat aku lupakan. Dari kecil, di rumah inilah aku membesar. Tidak banyak yangberubah sejak kali terakhir aku berada di rumah ini.

Abang terus masukke dalam biliknya tanpa berkata apa-apa. Pak Kadir pula telah pulang setelahmenghantar kami. Dalam beberapa ketika aku tercegat dengan mata yangmelilau-lilau ke ruang tamu rumah itu. Ibu hanya tersenyum melihat telatah aku.Kemudian, abang keluar dengan kunci motor tergenggam dalam tangannya.

“Ibu, nak duit,”pinta Farhan.

“Ke mana kau nakpergi ni, Farhan? Kita kan baru balik. Takkan kau nak keluar dah,” bebel ibu.Wajahnya yang tidak lekang dengan senyuman berubah. Dahinya berkerut. “Palingkurang pun, kau bawaklah adik kau ni jalan-jalan tengok kampung.”

“Alaa mak, dia tudah besar. Pandai-pandai lah dia keluar sendiri. Kaki ada.”

Aku hanya berdirimemerhati perlakuan kurang senang abang aku itu. Memang sejak dulu lagiperangai dia teruk. Cuma sebelum ni tak pernah pulak aku nampak dia pamerkanperangai buruk dia tu depan ibu. Biasanya, depan ayah dan ibu dialah malaikat.Mungkin 2 tahun telah banyak mengubah dia.

“Nak duit,” ulangFarhan. Tangannya dihulurkan seperti seorang gangster.

Angin aku mulanaik. Malu saja aku membiarkan penampar aku hinggap pada mukanya. Tetapi masihwujud rasa hormat aku terhadap insan bergelar abang itu. Aku juga baru pulang.Lebih baik aku menjadi pemerhati sahaja kali ini. Lain kali nasibnya tidakmungkin sebaik ini.

“Kau nak ke mana niFarhan?”

“Alaa biasalah ibu.Melepak dengan kawan-kawan dekat kedai kopi Pak Rahim tu.”

Walaupun hanyasekelumit, tetapi aku masih dapat mengesan penipuan dalam kata-katanya. Pastidia ada rancangan lain dan kedai kopi Pak Rahim cuma menjadi sebahagiandaripada helah lapuknya. Memang tak ubah seperti dulu.

Ibu mengeluarkansekeping not bernilai sepuluh ringgit lalu meletakkannya dalam tangan Farhan.Dia tersenyum sebelum meninggalkan rumah itu. Deruman enjin motor kedengarandari luar sebelum perlahan-lahan hilang ditelan jarak yang menjauh.

Aku merenung wajahibu. Ada terbit kerisauan pada wajahnya.

“Abang selalukeluar tinggal ibu sorang-sorang dekat rumah?” soal aku.

“Hari-hari,” balasibu ringkas cuba menyembunyikan kerisauannya.

“Takpe, Faris ada.Faris teman ibu dekat rumah.” Aku senyum kepada ibu dengan harapan ibu akan kembalitersenyum. Aku berjaya.

“Jom masuk kedalam. Ibu ada kejutan untuk kamu.”

“Hah?”

Lengan aku ditarikibu. Kami masuk lebih dalam ke dalam perut rumah. Tiba di sebuah pintu, kamiberhenti. Perlahan-lahan pintu itu dibuka ibu. Bilik itu kelihatan sepertibilik bujang yang biasa, tetapi memberi makna yang amat besar untuk aku.

“Ini bukan bilikkerja ayah?” soal aku kehairanan melihat perubahan yang berlaku pada bilik itu.

“Inilah bilik kamusekarang. Ayah pun dah lama pergi, bilik ni tak berpenghuni. Jadi ibu rasa adabaiknya kalau ibu jadikan bilik kamu. Kamu tak perlu kongsi dengan abang kamulagi.”

Aku segera memelukibu. “Terima kasih, ibu,” bisik aku.

“Dah, kamu pergilahmandi-mandi dulu. Tubuh pun dah berbau ni. Ibu nak pergi masak cengkodok dekat dapur.”

Aku masuk ke dalambilik dengan bagasi-bagasi aku yang harus dipunggah. Ibu pula bersemangat kedapur untuk menggoreng cengkodok kegemaran aku. Sebaik aku melabuhkan punggungdi atas katil untuk mula mengemas, fon di dalam saku berdering. Aku segeramengangkatnya tanpa melihat nombor si pemanggil.

“Hello~”

“Faris, ni aku. Kaukenal aku tak?”

Suara tersebutseperti biasa didengarnya. Walaupun kedengaran sedikit garau daripada biasa,dia masih cam suara itu.

“Kau nak apalahanat?!”

*****

“Faris, aku rindukau. Serius aku rindu kau,” ujar Razak dengan cengkodok penuh dalam mulutnya.Dia ambil satu lagi dan dicicah dengan sos.

“Kalau iye punrindu aku, makan lah pelan-pelan sikit. Aku nak makan jugak. Kau tahu tak, akulagi rindu cengkodok ni daripada kau,” seloroh aku.

Razak tersenyum.Namun, dia langsung tidak mempedulikan kata-kata aku. Cengkodok yang dicicahsos tadi dimasukkan ke dalam mulutnya. Aku menggeleng. Bab makan, dia ni memangtak boleh nak ubah. Kalau dulu masa kecil aku lebih besar daripada dia,sekarang dia lebih besar daripada aku. Badannya yang sasa dan berotot adalahhasil kerja-kerjanya di ladang kelapa sawit kampung sebelah.

Ibu muncul daridapur dengan sepinggan lagi cengkodok. “Jemput lah makan, Jak. Ini je yangmampu makcik hidangkan. Kalau kamu datang petang sikit bolehlah makcikhidangkan nasi.”

“Takpa, makcik.Cengkodok makcik memang nombor satu dalam kampung ni. Dah lama saya tak makancengkodok makcik. Rindu pulak.”

Eh, dia ni. Rindudia lebih daripada aku. Padahal hari-hari dia boleh datang. Rumah dia selangtiga buah rumah saja dari sini. Nampak sangat lapar tapi tak mahu mengaku,perli aku dalam hati.

Akugeleng-gelengkan kepala. Cengkodok yang baru siap digoreng kelihatan sangatlazat. Aku ambil satu dan makan tanpa sos. Ternyata kelazatannya tidak dapatdibandingkan dengan mana-mana cengkodok lain yang aku pernah rasa. Inilah airtangan seorang ibu.

“Emm, makcik. Sayadatang ni sebenarnya nak bawak Faris jalan-jalan. Boleh?”

Aku memandang kewajah ibu. Baru setengah jam lepas aku berjanji mahu menemaninya.

“Elok sangatlah tu.Dia pun dah lama tak rasa angin kampung. Angin bandar kat US tu bukannya sesuaisangat dengan dia. Bawaklah dia keliling kampung, tanya-tanya khabar orangkampung. Nanti dia nak kahwin senang nak jemput.”

“Ibu....” Akumengerutkan dahi. Aku sudah agak, lambat laun perkataan itu akan terbit jugadaripada mulut ibu. Memang sudah menjadi kebiasaan orang kampung, tamat belajarmesti kahwin. Lebih-lebih lagi perempuan. “Biarlah adik ada kerja tetap dulubaru boleh cakap bab-bab kahwin ni.”

Ibu tersenyum. Diamemang menjangkakan jawapan itu daripada aku. Mana mungkin aku mampu menyaraanak dara orang dengan kehidupan sekangkang kera. Paling kurang, gaji dua tigaribu bolehlah jugak aku sara ibu, isteri dan mungkin anak kalau ada rezeki.Insya-Allah dengan lulusan ijazah daripada luar negara yang aku ada, mungkingaji permulaan sekitar lima ribu tidak mustahil.

“Takpe, buat masasekarang, aku boleh tolong kau cari calon. Kau cakap je kau nak perempuan macammana. Cantik, kurus, pandai masak, semua aku boleh kenalkan,” pelawa Razaktanpa diminta.

Aku menghadiahkansekepal penumbuk pada bahunya.

Usai makan, akumengikut Razak mengelilingi kampung dengan motosikalnya. Destinasi pertama yangkami singgah ialah kedai kopi Pak Rahim. Seperti hari-hari biasa, kedai ituakan menjadi tumpuan kaki lepak yang terdiri daripada lelaki berusia dan jugageng-geng mat rempit yang melepak di siang hari.

Razak mematikan enjinmotosikalnya. “Pak Rahim, kopi spesel dua!” Dia membuat pesanan dengan nadasuara separa menjerit seluruh kedai dapat mendengarinya tetapi masing-masinglebih gemar menjaga kain sendiri.

Kami berdua dudukdi sebuah meja berkerusi dua di hujung kedai. Dari jauh aku dapat lihat Farhanduduk bersama-sama geng rempit. Sepuntung rokok disepit di antara jari telunjukdan jari hantunya. Asap galak sekali keluar daripada mulutnya. Aku tahu sejakdulu dia memang merokok. Ketika ayah masih hidup, dia selalu sembunyi-sembunyimenghisap rokok bersama rakan-rakannya kerana takut diketahui ayah. Jika ayahtahu, pasti dia akan dipukul dan dilibas dengan tali pinggang. Ayah memangtidak mahu anak-anaknya merokok sepertinya. Dia mahu anak-anaknya memilikiparu-paru yang sihat. Setiap kali dia mahu merokok, pasti dia akan keluar rumahatau duduk di dalam bilik kerjanya. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang ayahyang cakna tentang kesihatan anaknya. Jika tidak, sudah lama aku mengikutjejaknya sebagai perokok. Kadang-kadang aku rasa merokok itu membuang masa danwang sahaja. Tetapi kadang-kadang aku rasa merokok dapat menghilangkan stresdan membantu melupakan masalah yang seseorang hadapi. Walau apapun sebabseseorang itu merokok, percayalah setiap puntung rokok yang dihisap membawaaura kematian kepada diri sendiri dan orang di sekelilingnya.

Pak Rahim munculmenatang dulang berisi dua gelas kopi. Kopi dihidang di atas meja.

“Eh, Faris, bilakau balik?” sapa Pak Rahim. Dia baru sedar dengan kehadiran aku di situ.

“Baru sampai dalamdua jam lepas, Pak Rahim. Pak Rahim sihat?” soal aku mesra. Aku mencicipsedikit kopi. Ternyata rasa kopi istimewa Pak Rahim tak pernah berubah. Masih‘kaw’ seperti dulu.

“Alhamdulillah,pakcik sihat. Cuma kadang-kadang tu ada lah jugak sakit lutut dan saktpinggang. Biasalah tua-tua ni macam-macam sakit datang. Dapat bukak kedai lagini pun dah buat pakcik bersyukur,” balas Pak Rahim sebelum meminta diri masukke dalam semula. Mungkin masih ada pesanan yang perlu ditunaikan. Maklumlahkedai kopi Pak Rahim memang tak lekang dengan pengujung.

“Minum cepat. Kitatak boleh lama-lama dekat sini. Banyak lagi tempat kita nak pergi ni,” kataRazak.

Aku mengangguk.Sambil minum kopi, aku menjeling ke arah Farhan. Dia sedang memerhatikan akudengan penuh kebencian. Kemudian, dia bersama-sama rakannya menunggangmotosikal dan meninggalkan kedai itu. Aku menghabiskan kopi aku dengan tenang –menikmati setiap cicipan kopi yang enak itu.

“Pak Rahim,”panggil aku. “Berapa?” Aku meluruskan jari telunjuk ke arah meja sebagai tandameminta jumlah yang perlu dibayar.

“Hari ni pakcikbelanja. Lain kali jangan lupa singgah.”

“Orait.” Akumengangkat ibu jari ke arah Pak Rahim. Sudah pasti aku akan datang lagi ke situuntuk mendapatkan dos kafein kegemaran aku.

Razak menunggangmotosikalnya. Enjin dihidupkan. Aku membonceng di belakangnya. Kedua-dua kamitidak memakai tali keledar. Ini memang tabiat orang kampung. Tetapi tabiatburuk ini tidak patut diikuti oleh mana-mana anak muda. Kalau tak mahu kepalaberkecai menghinggap tar, pakailah topi keledar ketika menunggang motosikal.Ingat ya, anak-anak.

Bunyi motosikalberderum meninggalkan kedai itu.

*****

“Ok, inilah tempatterakhir yang kita akan melawat,” ujar Razak.

Dia memberhentikanmotosikalnya di hujung kampung. Aku kenal tempat itu. Salah satu tempat kamisering bermain bersama. Kami turun daripada motosikal lalu berjalan beriringanmasuk ke hutan di hujung kampung. Angin senja yang bertiup amat nyaman. Udarasegar yang menerobos nostril menenangkan jiwaku. Langkah kami terhenti disebuah pohon besar.

“Kau ingat lagitempat ni kan, Faris.” Tangan kanan Razak menepuk-nepuk batang pokok tersebut.

Aku mengangguk.“Terlalu banyak memori kita di sini, Jak. Aku tak mungkin lupa tentang tempatni.”

Razak tergelakkecil. Dia seperti faham apa memori-memori yang aku maksudkan.

“Tapi kan, dalambanyak-banyak memori tu, tak pernah sekalipun kita jumpa hanti kopek yang kaugila-gilakan tu,” tambah aku. Sengaja aku memerlinya. Masih aku ingat ketikakami masih kanak-kanak, hampir hari-hari kami akan berlagak seperti ‘seekers’dan cuba mencari hantu kopek. Pernah sekali, ketika kami sedang sibuk bermain,tiba-tiba ada bau wangi menyelubungi kawasan tersebut. Kami berdua kaget. Kamiterus berlari keluar daripada kawasan itu. Apabila sampai di rumah berdekatan,barulah kami tahu punca bau tersebut. Mak Lijah di hujung kampung membuatmandian bunga untuk anak daranya. Itu adalah antara memori-memori indah kami disitu.

“Faris, kau masihpercaya ka bahawa tempat ni keras?” soal Razak tiba-tiba.

Aku berfikirsejenak. “Entahlah, Jak. Aku rasa semua tu tak betul pun. Ibu sengaja naktakut-takutkan aku supaya tak main dekat sini. Takut aku sesat dalam hutan.”

“Apa yang orangkampung cerita tu kau percaya?”

Aku menjungkitkanbahu. “Perkara lama. Aku pun tak tahu nak bezakan mana betul dan mana palsu,”jujur aku.

Previous: Prolog
Next: 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aiman Quinto