Home Novel Fantasi HEITUS
HEITUS
Nurlina Syahiirah
24/2/2018 22:21:07
37,424
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
Bab 8

Sepanjang berada di kampung, Firdaus tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar dari biliknya. Pernah dia mahu cuba untuk keluar, baru sahaja dia membuka pintu biliknya, tiba – tiba Pak Yok sudah berada di hadapan pintunya. Tertangkap, maka Firdaus sudah tahu apa nasib yang bakal diterimanya. Pastinya tembakan leteran yang berdas – das daripada Pak Yok.

          “Kau boleh tak jangan buat hal?! Aku suruh duduk dalam bilik ni dah cukup baik dah! Kau jangan sampai aku letak kau duduk dalam hutan dengan binatang buas kat sana!! Duduk dengan kawan – kawan kau kat sana!!!” Berapi – api mata Pak Yok mengherdik Firdaus.

          ‘Belum keluar lagi kot, Aus baru je bukak pintu ni kot. Ayah ni, tak boleh ke chill – chill dulu.’ Firdaus mengomel dalam hati.

          Pak Yok kemudian menghempas pintu bilik Firdaus sebelum menguncinya. Menghalang Firdaus daripada melepaskan diri. Firdaus hanya mampu menatap sayu pintu yang sudah dikunci itu.

          ‘Bergegar satu bilik ni, runtuh karang baru dia tahu. Tapi kalau bilik ni runtuh bagus jugak, bolehlah aku keluar. Aku dah la lapar ni. Tak kesian ke ape? Dyorang makan sedap – sedap kat bawah. Aku dapat bau je? ish, ish.. Tak patut, tak patut.’ Firdaus masih mengomel lagi. Dia yang cari pasal sebenarnya. Padahal jika dia sabar sedikit, Mak Yak pasti akan membawa makanan untuknya.

          Iqbal yang dari jauh memerhati, berasa kasihan dengan abangnya. Sejak dia lahir, Pak Yok tidak pernah sekali membenarkan dia mendekati Firdaus. Lagipun, dia sendiri sebenarnya sangat takut dengan wajah Firdaus yang baginya sangat menyeramkan. Sepupunya jugak selalu membuat cerita yang menyeramkan pasal Firdaus.

          Walaupun begitu, setiap kali dia menyaksikan Firdaus diherdik oleh kakak dan ayahnya, dia tidak boleh menghalang perasaan serba salah menguasai dirinya. Dia tahu, hampir setiap kali bukan Firdaus yang mencari masalah tetapi mereka bertiga. 

          Iqbal yang mampu membaca riak muka seseorang hampir tergelak apabila melihat riak muka Firdaus sebelum pintu biliknya dihempas oleh Pak Yok. 

          ‘Sempat lagi dia fikir nak curi makanan kat bawah. Aus, Aus …’ 

          Bukannya dia tidak mahu membawa makanan untuk abangnya,tapi ayahnya langsung tidak benarkan dia mendekati abangnya itu. Kalau dia salah langkah, bukan dia yang menjadi mangsa tapi Firdaus.

          Iqbal pun kemudian pergi mencari Mak Yak yang masih leka berbual dengan mak cik – mak ciknya di ruang tamu bawah. Perempuan bila sudah bergosip dengan sekutunya pasti segala hal dunia akan dilupakan.

          “Mak! Oooo Mak!!” Iqbal berbisik pada Mak Yak.

           “Ape Bal? Kamu pergi main dengan sepupu kamu sana. Jangan kacau orang tua nak berbual..” Mak Yak kemudian mengibas tangannya pada Iqbal menandakan dia tidak mahu diganggu dengan aktiviti gosip terhangat yang sedang berlangsung waktu itu.

           ‘Betullah Mak ni.. nanti dia jugak yang sedih sendiri bila tahu apa jadi pada Aus.’ Iqbal menyepetkan matanya memandang Mak Yak yang tidak ubah seperti wartawan yang sedang mendapatkan liputan untuk berita tergempar negara.

           “Mak, sinilah sekejap, Ibal nak bagi tahu something ni! Kalau mak tak nak dengar, mak yang menyesal nanti.” Iqbal menarik tangan Mak Yak. Giliran Mak Yak pula menyepetkan matanya kepada Saiful.

           “Haaa,.. cepatlah apa dia?” Mak Yak bertanya pada Iqbal tapi matanya yang masih memandang Iqbal seolah – olah berkata ‘Cepat! Cepat! Mak tak nak terlepas dengan ape yang makcik – mak cik kau bualkan!!!’

           “Mak, mak lupa ke nak bagi Aus makan? Tadi dia nak keluar bilik nak cari makanan pastu Ayah marah dia. Dia dah kena kunci dalam bilik.” Iqbal berkata dengan selamba. Mak Yak pula bagaikan tersentak dari lamunan dan baru kembali ke dunia realiti, tersedar perihal Firdaus. Dia menepuk dahi. Lupa terus pasal gosip – gosip yang tidak sempat di dengarnya.

          Mak Yak kemudian, tergesa- gesa ke dapur dan membungkuskan makanan untuk Firdaus. Berdesup Mak Yak pantas berlari ke bilik Firdaus selepas dia mengambil kunci yang di simpan oleh Pak Yok. Iqbal hanya menggelengkan kepala sahaja melihat gelagat Mak Yak.

          “Aus, sorry mak lambat!” Mak Yak terus memeluk Firdaus dengan tangannya yang penuh dengan bungkusan makanan.

          ‘Emak ni emo sangat ni kenapa ni? Macam dah berpisah 10 tahun je ngan aku~’ getus hati Firdaus. 

          Dia tak tahu yang Mak Yak sebenarnya dah lupa pasal dia kerana terlalu asyik dengan mak cik – mak cik bawangnya itu.

          “Okay je mak. Mak bawak ape ni? Banyak betul!” Aus acah – acah bertanya. Padahal dengan aroma yang dia bau, dia sudah dapat kenal dengan pasti makanan yang dibawa oleh Mak Yak. 

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurlina Syahiirah