Home Novel Fantasi HEITUS
HEITUS
Nurlina Syahiirah
24/2/2018 22:21:07
37,421
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
BAB 4

Pulang dari bilik bacaan Pak Nok, Pak Yok duduk di beranda rumah sambil memandang ke arah anak –anaknya yang sedang bergelak ketawa bermain gasing bersama sepupu mereka. Pada pandangan mata kasar, tiada apa yang luar biasa dengan permainan gasing yang mereka sedang seronok lakukan, namun hanya Kaum Heitus yang dapat melihat gasing tersebut berpusing menggunakan salah satu Jurus yang menjadi kebiasaan untuk dipelajari oleh Kaum Heitus iaitu Jurus Pusingan Objek.

           Jurus ini mudah dipelajari dan biasanya Kaum Heitus yang berumur 5 tahun pun boleh dapat mahir peringkat pertama Jurus ini dengan satu demonstari sahaja daripada guru mereka. Jadi, tidak hairanlah Salwa dan Sarah sudah pun mahir dalam Jurus yang mudah ini di peringkat yang lebih tinggi kerana bakat mereka dalam penguasaan Jurus Kaum Heitus adalah luar biasa.

          Jika mereka dapat mahir dengan peringkat tertinggi Jurus ini, mereka bukan sahaja dapat memusingkan objek yang kecil seperti gasing, malah objek sebesar bangunan pun mereka akan mampu pusingkan dengan mudah. Tapi untuk mencapai sehingga ketahap itu tidaklah mudah. Salwa dan Sarah sehingga kini hanya mampu mencapai tahap ketiga sahaja. Jurus ini menggunakan angin sebagai medium perantaranya. Untuk mengawal angin pastinya tidak mudah. Di tahap ini, mereka dapat melihat angin dengan mata kasar dan mengawal jumlah kawalan angin yang lebih besar.

          Pak Nok memberitahu Pak Yok supaya menyiapkan anak – anaknya untuk masuk ke sekolah khas Kaum Heitus, iaitu Sekolah Menengah Heitus yang terletak di Kuala Lumpur. Sekolah ini pada pandangan orang biasa adalah sekolah elit yang melahirkan 100% pelajar SPM straight A’s sejak penubuhan sekolah ini lagi. Menjadikan sekolah ini sekolah sasaran pelajar – pelajar di seluruh pelusuk Malaysia.

          Namun,syarat kemasukannya adalah menjadi rahsia pihak sekolah dan tiada sesiapa yang tahu kriteria yang diperlukan untuk menjadi salah seorang pelajar sekolah ini. Akademik yang cemerlang? Penglibatan sukan yang membanggakan? Ramai yang tahu bukan itu kayu pengukurnya kerana ada juga yang dapat masuk tanpa mempunyai kekuatan dari segi akademik mahupun sukan.

          Tapi siapa sangka, sebenarnya kriteria yang perlu ada hanya satu iaitu pelajar tersebut mestilah berasal daripada Kaum Heitus. Lemah atau kuat bukanlah satu persoalan. Jadi, sudah tentu mereka yang bukan Kaum Heitus tidak berpeluang sama sekali untuk menjadi pelajar di sekolah yang dianggap terbaik di Malaysia ini.

          Pak Yok sebenarnya tidak risau untuk anak kembarnya memasuki sekolah itu, tapi apa yang dia risaukan ialah Firdaus. Pak Nok sudah memberikan dia peringatan keras supaya Pak Yok mendaftarkan Firdaus masuk ke sekolah itu bersama dengan kakak – kakaknya tanpa memberi alasan apa pun.

          Pak Nok percaya dengan kebolehan guru – guru dari kalangan Kaum Heitus, yang diketuai oleh pengetua sekolah itu Steven King yang terkenal dengan kebolehannya dalam Jurus Perubatan Kaum Heitus, insyaAllah, Firdaus ada peluang untuk sembuh.

           Sekurang – kurangnya dia boleh berdikari apabila dia sudah dewasa nanti. Hanya itu harapan Pak Nok untuk cucunya yang malang itu. Lagipun, Steven sudah berjanji dengan Pak Nok untuk cuba mencari ikhtiar bagi menyembuhkan Firdaus bagi membalas jasa Pak Nok yang menyelamatkan nyawa dia suatu ketika dahulu. Tetapi, untuk itu, Steven King perlu memerhatikan keadaan Firdaus secara lebih dekat. Pak Yok pula tiada pilihan selain menurut kata – kata bapanya kerana menjadi adat dan kewajipan Kaum Heitus, segala arahan bapa perlu dituruti selagi tidak bertentangan dengan kepercayaan mereka.

           Salwa yang sedang leka bermain gasing apabila melihat riak muka Pak Yok yang serius ketika duduk diberanda rumah kampung itu, berasa hairan.

           ‘Dah kenapa dengan ayah ni? Aus buat hal lagi lah ni, memang lah Aus ni menyusahkan ayah je!!!’ Salwa pun berhenti sebentar dari bermain dan bergerak ke arah Pak Yok.

           “Ayah, tengok Salwa dah berjaya kalahkan mereka. Ini baru Salwa guna jurus pusingan objek tahap dua belum tahap tiga lagi tau ayah!!!” Salwa berkata pada Pak Yok sambil tersenyum bangga dengan kebolehannya.

          Pak Yok bangga dengan Salwa dan Sarah. Mereka mampu belajar jurus – jurus kaum Heitus dengan mudah dan mereka sudah jauh meninggalkan anak – anak yang sebaya dengan mereka. Pak Yok hanya mengangguk tapi jelas dari pandangan matanya kebanggaan yang tinggi terhadap Salwa. Walaupun, Salwa hanya menang dalam permainan gasing yang tak memberi impak apa pun sebenarnya.

           “Salwa, panggilkan Sarah, ayah mahu beri kamu berdua sesuatu. Penting! ayah tunggu di bilik bacaan ayah ya?”

          Rumah kampung milik keluarga mereka tidak sama dengan dengan rumah kampung biasa walaupun luarannya sama. Rumah kampung ini mempunyai dimensi yang berbeza untuk Kaum Heitus. Jadi dalamannya sangat luas dan mempunyai banyak bilik. Tidak keterlaluan untuk cakap bahawa rumah ini dapat menempat lebih 50 keluarga dalam sesuatu masa.

          “Baik ayah, ayah tunggu sekejap ye, sepantas kilat kami menyusul.” Salwa memberi signal kepada Sarah untuk masuk ke rumah dan pergi ke bilik bacaan.

          Mereka kembar, jadi tanpa perlu berkata apa, Sarah sudah dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh Salwa walaupun ketika itu jarak mereka agak jauh. Hubungan mereka sangat istimewa kerana mereka memahami satu sama lain dan lebih mengejutkan adalah mereka masing – masing dapat mengesan kedudukan masing – masing walaupun mereka berada di dua tempat yang berbeza tidak ubah seperti GPS dalam konteks masyarakat Malaysia zaman sekarang.

          Hati mereka berdebar ketika mereka melangkah masuk ke bilik bacaan Pak Yok. Pak Yok hanya memanggil mereka ke bilik bacaannya untuk perkara yang penting sahaja. Jadi mereka tertanya – tanya ape sebabnya.

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurlina Syahiirah