Home Novel Fantasi HEITUS
HEITUS
Nurlina Syahiirah
24/2/2018 22:21:07
37,324
Kategori: Novel
Genre: Fantasi
BAB 5

          “Salwa, Sarah ayah akan tukarkan sekolah kamu. Kamu berdua akan masuk ke Sekolah Menengah Heitus awal bulan depan. Kamu buatlah persiapan untuk meninggalkan sekolah kamu yang sekarang. Sekolah baru itu nanti adalah sekolah kaum Heitus, kamu kena berusaha untuk jadi pelajar yang terbaik kat sana nanti. Di sana nanti, kamu tidak perlu selindungkan kebolehan kamu masing – masing.”

          Pak Yok kemudian memberi anak kembarnya beberapa buku manual jurus Kaum Heitus warisan keluarga mereka untuk persediaan memasuki sekolah baru mereka. Salwa dan Sarah sangat gembira dengan pemberian Pak Yok kerana walaupun mereka sudah belajar banyak jurus kaum Heitus, tapi kebanyakkannya hanyalah jurus tahap rendah atau pertengahan. Inilah kali pertama Pak Yok memberi manual jurus tahap tinggi kepada mereka berdua.

           “Kamu takkan mampu belajar dengan manual ini sahaja, ayah sudah panggil Chen Hong untuk ajar kamu selok belok jurus – jurus ni. Pastikan kamu mahirkan diri kamu dengan jurus–jurus ini sebelum masuk ke Sekolah Menengah Heitus.”

          “Chen.. Chen Hong?” tergagap Sarah meminta kepastian Pak Yok. 

          “Yalah, Chen Hong. Dia bakal senior kamu di Sekolah Menengah Heitus nanti. Dia lebih berbakat dari sebahagian besar guru di sana. Ayah nak kamu berdua manfaatkan semua yang bakal Chen Hong ajar nanti.”

           Chen Hong merupakan anak Ketua Kaum Heitus di Kuala Lumpur. Chen Hong sudah menjadi sebutan dalam masyarakat Heitus kerana sewaktu umurnya 3 tahun, dia sudah mampu membaca dan mempraktikkan jurus tahap tinggi. Penguasaannya dalam jurus – jurus Kaum Heitus yang lain juga sangat hebat. Tanpa guru dan dengan hanya sekali membaca manual sesuatu jurus. Dia sudah dapat mempraktikkan jurus tersebut. Tidak hairanlah kalau Pak Yok meminta Chen Hong untuk mengajar kedua puteri kesayangannya itu.

          Sarah sangat gembira mendengar berita itu. Dia sudah lama meminati Chen Hong. Chen Hong sangat tampan berdarah campuran Cina-Amerika. Jika kumpulan BTS berdiri sebelah Chen Hong pasti mereka tidak akan berani untuk membuat comeback lagi. Poster BTS yang penuh bertampal di seluruh bilik Sarah juga sudah diganti dengan poster Chen Hong sejak dia terserempak dengan Chen Hong.

          Sebelum ini dia tidak ambil peduli mengenai Chen Hong kerana tanpa Chen Hong pun sudah ramai jejaka -jejaka kacak dan kaya datang mengejar cintanya. Jadi kehenseman Chen Hong langsung tidak memberi kesan pada Sarah. Tapi semuanya berubah selepas dia terserempak dengan Chen Hong sewaktu membeli – belah di Mid Valley pada setahun yang lalu.

          "Hai adik manis?" lelaki gelap berbadan gempal tiba - tiba berdiri di hadapan Sarah dan Salwa sewaktu mereka baru sahaja keluar dari tandas untuk men'touch-up' make-up mereka.

          Mereka tidak mempedulikan lelaki itu dan mahu berlalu pergi sebelum beberapa lagi teman lelaki itu turut serta mengelilingi mereka. Tidak ramai yang berada di kawasan itu. Tapi mereka semua tidak berani untuk ikut campur kerana sekumpulan lelaki itu kelihatan sangat bengis dan berpakaian seperti gangster. Mereka sendiri risau tentang keselamatan mereka. Inikan pula mahu memikirkan nasib Salwa danSarah, jauh sekali.

           "Nak apa?!!! Jangan kacaulah!!! Jangan sampai korang menyesal!!!" Salwa yang memang hot-temper sudah tidak mampu bersabar dengan kerenah mereka. Sarah pula hanya menjeling tajam kepada mereka.

           Tapi jelingan tajam Sarah dan jeritan Salwa hanya membuat hati lelaki berbadan gempal itu semakin berkobar - kobar untuk membawa dua wanita cantik di hadapannya itu pulang ke rumahnya untuk dijadikan wanita simpanan. Teman - teman lelaki itu juga hanya tergelak dan senyuman jahat terukir di bibir mereka.

          Salwa dan Sarah berasa jijik melihat pandangan mereka yang bernafsu. Pasti mereka mempunyai fikiran jahat waktu ini.

           'Sarah, kau settlekan 2 orang ni, aku settlekan lagi 2 orang.' Salwa bertelepati dengan Sarah.

           'Okay, SEKARANG!' 

          Sarah berkata sambil memandang Salwa. Pastinya, sekumpulan lelaki itu tidak dapat mendengar rancangan Salwa dan Sarah, begitu juga orang sekeliling yang tidak mahu membantu mereka walaupun masih tidak berganjak dari situ.

          'Cis, tak guna!' dengusSalwa apabila melihat mereka.

          "Jangan takut~ Jangan takut~ hehe ikut abang balik ye~ Abang janji abang tak buat apa - apa pun kat adik. Abang cuma nak kawan je" lelaki berbadan gempal itu berkata sebelum tangannya cuba untuk merangkul tubuh Sarah. 

          Siapa yang mahu percaya kata - kata lelaki itudengan perilakunya waktu itu.

           "Siapa adik kau giler?!!" Sarah menepis tangan lelaki itu tapi tidak berjaya. Malah jurus yang dia cuba untuk lakukan pada lelaki itu juga gagal. Pasti lelaki ini mempunyai sesuatu yang menghalang jurus mereka daripada berjaya.

           "Wauuu.. garangnya! Abang suka yang garang - garang ni~ hehehe" lelaki berbadan gempal ketawa besar melihat Sarah yang masih cuba untuk melepaskan diri dari pelukannya.

          'Salwa! Tolong aku!'

          Sarah hebat dalam jurus kaum heitus tetapi dia tidak mahir dalam ilmu mempertahankan diri yang tidak menggunakan jurus kaum heitus. Lain pula dengan Salwa yang tahu dia tidak sehebat Sarah, jadi dia berusaha memahirkan diri dalam ilmu- ilmu mempertahankan diri. Taekwondo, Silat, Kungfu apa yang ada semua dia belajar. Tapi itulah, dia suka belajar separuh jalan, jadi kemahirannya hanya biasa -biasa sahaja.

          'Sarah! Kau kan lagi power dari aku?! Kau tunggu sekejap la, aku pun tak settekan lagi budak dua orang ni.' Salwa pun masih bertarung dengan dua orang teman lelaki berbadan gempal itu, macam mana dia mahu bantu Sarah sedangkan dirinya sendiri belum tentu terbantu.

           Salwa faham yang Sarah tidak dapat menggunakan jurusnya kerana dia juga tidak berjaya menggunakan jurusnya pada mereka berdua. Pasti mereka ini kaum Heitus juga, dan mempunyai sesuatu yg dapat menghalang jurus mereka.

           Sarah sudah mula menangis kerana tidak rela terus berada dalam pelukan lelaki itu yang tangannya meliar di tubuh Sarah. Salwa pula masih dihalang dengan teman lelaki itu. Dia masih struggle untuk melepaskan diri.

          'Salwa!!! Salwa!!! Cepatlah Salwa!!! huuuuwaaaaa tak nak!!!' mereka berkomunikasi tanpa mengeluarkan suara.

           "Alaaaa, kenapa nangis ni dik. Abang tak buat apa pun." lelaki itu acah - acah memujuk Sarah tapi dia kemudian dia ketawa. Lelaki itu kemudian mara ke arah Salwa. Dia mahu mereka berdua berada dalam pelukannya.

          'Masaklah aku! Sarah, ini salah kau la ni, time aku suruh kau ikut aku belajar ilmu mempertahankan diri, kau tak nak. Tengok apa jadi sekarang ni!!!' Salwa complain dalam hati apabila melihat kini dia terpaksa berhadapan dengan empat orang pula.

          Chen Hong yang waktu itu baru sahaja selesai operasi membuang air besar di tandas tiba - tiba disambut dengan drama sedih Sarah yang sedang menangis tersedu-sedu dan Salwa yang sedang bertarung bagai nak rak tapi masih tidak dapat mengalahkan sekumpulan lelaki yang memang jelas kelihatan tidak mempunyai niat yang baik.

           Oleh kerana mereka semua menghalang laluan dia untuk keluar dari kawasan itu. Chen Hong kemudian terus melakukan Jurus Ilusi pada mereka berempat. Mereka terus terkaku di situ. Chen Hong kemudian melepaskan Sarah dari pelukan lelaki berbadan gempal itu sebelum dia terus berlalu pergi. Salwa terkejut kerana Chen Hong boleh pula menggunakan jurus kaum Heitus tapi kenapa mereka tidak. Mestilah! sebab tahap Chen Hong dan mereka bagaikan langit dengan bumi. Tidak layak langsung untuk dibuat perbandingan. 

          "Terima kasih!!!" Sarah yang sudah berhenti menangis tapi masih tersedu - sedu berkata kepada Chen Hong dalam keadaan terjerit kerana kelibat Chen Hong sudah jauh di hadapan. Chen Hong memandang sekilas ke belakang dan menunjukkan signal 'okay' sambil tersenyum. Kemudian,dia terus berlalu pergi.

          Salwa memandang Chen Hong dengan kagum. Sarah pula mula berasa hatinya sudah diketuk cinta. Cinta pada Chen Hong. Orang ramai yang berada di kawasan itu juga terkejut melihat kejadian di hadapan mereka. Melihatkan mereka yang masih terkaku di situ, Sarah dan Salwa yang berasa sangat marah terus menyepak dan menumbuk mereka berempat sehingga mereka berasa puas.

          Salwa pula menangkap gambar mereka berempat untuk diserahkan pada Pak Yok sebagai bukti. Habislah mereka dikerjakan dengan Pak Yok apabila dia mendengar kejadian yang menimpa anak gadisnya.

          Sejak kejadian di Mid Valley itu, nama Chen Hong sudah terpahat di hati Sarah. Tapi Sarah tahu bukan mudah untuk keluarganya menerima Chen Hong menjadi sebahagian dalam keluarga mereka kerana perbezaan agama. Keluarga Chen Hong merupakan penganut agama Kristian, manakala Keluarga Pak Yok tentunya beragama Islam. Sarah ingin memanfaatkan peluang yang ada untuk menambat hati Chen Hong. Sarah yakin, Chen Hong pasti akan suka pada dia seperti mana peminat - peminatnya sebelum ini.

          “Sebelum ayah lupa, Firdaus akan daftar sekali dengan kamu. Ayah nak kamu berdua pastikan dia tidak malukan keluarga kita di sekolah itu nanti. Ayah tak kisah kamu nak buat apa pada dia yang penting,jangan sampai maruah keluarga kita tercalar.” Tersentak lamunan Sarah apabila mendengar kata – kata Pak Yok.

          “Kenapa dia nak kena ikut sekali? Selama ni dia bukan sekolah pun. Malulah kitorg kalau satu sekolah tahu pasal dia. Biarlah dia duduk di rumah saja Ayah!” Salwa membantah.

          Sarah pula tidak kisah dengan Firdaus. Fikiran dia sedang penuh dengan Chen Hong, tiada ruang untuk memikirkan nasib Firdaus. 

          “Ayah tak boleh nak buat apa. Datuk kamu dah tetapkan begitu. Ayah terpaksa ikut. Apa pun, ingat pesan Ayah” Pesan Pak Yok lagi. Salwa yang masih tidak berpuas hati, mendengus.

          ‘Atuk ni, dah kenapa dia tetiba bagi perhatian pada Aus? Budak terencat macam tu tak payah sekolahlah.’ 

          Tapi hanya keluhan di hati sajalah kerana Salwa tidak berani membuat hal di depan datuknya yang tegas tidak ubah seperti seorang komando perang.

Previous: BAB 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nurlina Syahiirah