Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
3 - 3

“BARU jumpa jalan pulang ke rumah ke,Fadli?”

Sindiran Datuk Halimmenyentakkan Fadli. Langkahnya mati. Dia mendengus lantas berpaling kebelakang. Wajah papanya itu ditenung dengan pandangan tajam. Datuk Halim meluruke arah Fadli. Satu tamparan hinggap di wajah anak sulungnya itu. Tertelengmuka Fadli dek tindakan Datuk Halim.

“Apa sebenarnya masalahpapa ni hah?” tengking Fadli.

“Fad yang bermasalah!Papa dah bosan dengan sikap Fad! Satu demi satu musibah yang Fad bawa kepadakami! Kenapa Fad tidak mahu membiarkan kami semua hidup tenang? Papa maludengan keluarga Asha, Fad. Apa yang telah Fad lakukan kepada Asha?”

Datuk Halim berasabersalah kepada Asha. Dia hairan. Bagaimana Asha boleh jatuh cinta pada lelakiseperti Fadli? Fadli langsung tidak layak memiliki gadis sebaik Asha. Ashalebih berhak mendapat lelaki yang lebih sempurna.

“Err… Fad tak buatapa-apa, papa.”

Fadli yang keresahansegera melarikan pandangan. Dia bimbang jika rahsianya terbongkar. Papa pastitidak akan melepaskan dirinya. Silap hari bulan, dia akan dihumban ke dalampenjara kerana telah mencederakan Asha.

Datuk Halim ketawa sinis.

“Janganlah terus menipupapa, Fad. Kalau dengan mama Fad, bolehlah Fad nak bercakap bohong. Papa takbodoh! Papa masih ada akal untuk membuat tafsiran sendiri. Asha amat mencintaiFad. Bukan mudah untuk dia mengambil keputusan memutuskan pertunangan kamuberdua. Sebolehnya dia akan terus mempertahankannya. Jawab dengan jujur, ZulFadli! Janganlah berselindung dengan topeng kepura-puraan Fad!” tegas DatukHalim.

Fadli tertawa. Riakwajahnya tampak ego.

“Papa percaya yang Ashaakan meneruskan tindakannya itu? Fad kenal Ashalah, papa. Dia tidak akansesekali meninggalkan Fad!” sindir Fadli.

Kelihatan Datuk Halimbangun lalu melangkah ke meja. Laci meja ditarik lalu sebentuk cincinbertatahkan permata di dalam kotak baldu berwarna merah diambil. Dia kembali ketempatnya semula. Cincin itu diletakkan di hadapan Fadli.

“Fad kenal cincin tu?”tanya Datuk Halim sambil tersenyum sinis.

Fadli tergamam.

“Ci… cincin pertunangankami,” balas Fadli gugup.

“Ya! Semalam keluargaAsha datang ke rumah kita. Mereka dah pulangkan semua hantaran yang kitaberikan kepada mereka,” jawab Datuk Halim.

Fadli terdiam. Adakah Ashatelah membuka mulut mengenai kejahatannya selama ini?

“Kamu terkejut ke, Fad?”perli Datuk Halim.

Fadli mengukirkansenyuman lebar. Lagi dia suka adalah! Dapatlah dia bersama dengan Toffee dankekasih gelap di alam maya setelah Asha mengundur diri. Asha tidak bermaknaapa-apa kepada dirinya.

“Tak. Rasa bersyukur,”balas Fadli dengan riak wajah tidak bersalah.

Datuk Halim menjongketsebelah keningnya ke atas.

“Kalau begitu baguslah.Bolehlah papa meneruskan hasrat papa untuk menyatukan Hilman dan Asha,” balasDatuk Halim.

Fadli terkesima.

“Fad tak setuju, papa!Mengapa Asha pula yang akan menjadi isteri Hilman? Asha tu bekas tunang Fad!Tiada wanita lain di muka bumi ni lagi ke hah?” protes Fadli.

Fadli tidak akanmembenarkan perkara itu berlaku! Dia lebih suka melihat Hilman membujangsehingga ke tua. Dia sahaja yang berhak untuk mengecapi kebahagiaan hidup.Hilman pula lebih layak menjadi bayang-bayangnya!

“Kenapa Fad hendakmempersoalkan tindakan papa?” bidas Datuk Halim dengan nada kasar.

Fadli menumbuk dinding.

“Jangan cabar Fad, papa!”jerit Fadli.

“Adakah Fad rasatercabar?” Datuk Halim cuba mematikan kata Fadli.

Fadli mendengus.

“Jika ditakdirkan Ashaberjodoh dengan Hilman, Fad tidak akan berdiam diri, papa! Selagi nyawadikandung badan, selagi itulah Fad akan memporak-perandakan rumah tanggamereka! Fad terlalu benci pada Hilman!” Fadli meluru pergi meninggalkan papa.Tangga didaki untuk ke tingkat atas.

Previous: 3 - 2
Next: 4 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.