Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
18 - 1

Saudara sedaging sedarah seharusnyamengasihi.

Bukan saling membenci.

 

“FADLI!”

            TeguranDatin Zaryn menyentakkan lamunan Fadli. Dia yang tengah WhatsApps dengankekasih di alam maya lekas menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar.     

            DatinZaryn melabuhkan duduk di sebelah Fadli.

            “Adikkamu yang tak berguna tu dah rampas tunang Fad. Fad masih boleh berdiam diribegini? Fad tak rasa terjejas dengan perbuatan Hilman ke hah? Fad tak nak ambiltindakan? Fad tak nak porak-perandakan rumah tangga mereka?” Datin Zarynmenghasut Fadli supaya menentang Hilman. Sebolehnya dia tidak mahu melihatHilman bahagia di samping Asha. Hilman sepatutnya hidup menderita untuk setiapperbuatan yang pernah dialakukan suatu masa dahulu. Jika bukan kerana Hilman,perniagaannya tidak akan gulung tikar! Hilman perlu membayar ganti rugi!

            Fadliberdecit.

            “Mamanak Fad buat apa?” bentak Fadli.

            “Mamanak Fad musnahkan rumah tangga mereka! Sehingga mereka berpecah-belah danmemilih penceraian sebagai jalan penyelasaiannya. Fad pula boleh mula menawanhati Asha semula. Asha pernah mencintai Fad. Tak mustahil perasaan itu akansubur di hatinya semula!” cadang Datin Zaryn bersungguh-sungguh.

            Fadlimerenung tajam segenap wajah Datin Zaryn.

            “Cubamama beri beberapa cara yang berkesan untuk memisahkan mereka berdua. Buat masaini, Fad masih lagi buntu. Ya, Fad mahukan Asha sebagai seorang isteri. Tapiitu dahulu. Sekarang Fad cuma nak balas dendam kepada Hilman. Dia dah buatmaruah Fad jatuh. Fad takkan berdiam diri begitu sahaja, mama!”

            Sebagaiseorang lelaki homoseksual, kehadiran Asha tidak membawa apa-apa maknakepadanya. Asha hanya dijadikan tempat sandaran untuk melindungi sikapsebenarnya pada pandangan masyarakat dan keluarga. Andai kata rahsianya itupecah, dia mungkin akan dibuang kerja. Netizen pula akan memandang serongkepadanya. Maka, rahsia itu haruslah disimpan serapinya.

            DatinZaryn tersenyum penuh makna.

            “Kitaakan buat mereka membenci antara satu sama lain. Dalam berumah tangga,kepercayaan merupakan tonggak utama yang mengikat hubungan suami isteri. Bilaunsur tu terhakis, maka musnahlah segala-galanya. Bab tu Fad serahkan sajakepada mama. Mama akan rancang dan Fad akan laksanakan tindakan yangseterusnya. Bagaimana? Fad bersetujukah dengan rancangan mama ni?” balas DatinZaryn.

            “Fadikut saja, mama,” balas Fadli.

            Fadlimengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya.

            “Mamatengok sejak dua menjak ni, Fad selalu sibuk dengan telefon bimbit Fad tu.Kadang-kala kamu ketawa sendiri.” Datin Zaryn mengecilkan bola matanya. “Mamanak Fad bercakap jujur dengan mama. Fad dah jumpa pengganti Asha ke?”

            “Manaada, mama!” Lekas Fadli menyembunyikan telefonnya.

            DatinZaryn menuding jari ke muka Fadli.

            “Fadjangan tipu mama. Kalau mama dapat tahu Fad lakukan sesuatu yang bukan-bukan diluar pengetahuan mama, mama takkan lepaskan Fad. Mama akan hukum Fad! Fadsendiri kenal dengan sikap mama,” ugut Datin Zaryn.

            Fadliberdecit.

            “Apamasalah mama ni?” lenting Fadli.

            DatinZaryn mendengus.

            “EhFad, kenapa kamu nak marah mama? Kamu tak rasa tercabar bila adik kamu sendirirampas tunang kamu? Mama ni ibu kandung kamu! Salah ke kalau mama nak tahu apayang telah kamu lakukan di belakang mama?” bidas Datin Zaryn.

            Fadliterdiam. Lebih baik dia menguncikan bibirnya daripada bersuara untuk menentangkata-kata mama.

            “Jika bukan kerana Hilman, Asha sudahsah bergelar isteri kamu! Oleh sebab adik kamu yang tidak berguna itu, impianmama untuk melihat kamu berdua bersanding di pelamin telah musnah!” sambungDatin Zaryn.

            “Mama,Fad takkan berdiam diri melihat kebahagiaan yang mereka bina di atas penderitaandan kesakitan di hati Fad. Asha dan Hilman akan terima padah untuk penderitaanFad. Jangan sangka mereka akan hidup gembira kerana Fad akan pastikan merekabercerai-berai,” tekad Fadli. Dia melakukan perkara ibu bukan kerana cintaterhadap Asha, sebaliknya kerana benci kepada adiknya itu.

            DatinZaryn tersenyum penuh makna.

            “Bagus.Ini barulah anak mama,” puji Datin Zaryn.

            Fadlihanya diam. Asha, Hilman, aku takkan mengalah begitu sahaja.

 

Previous: 17 - 3
Next: 18 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.