Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
14 - 2

“APAlagi yang awak mahukan daripada saya, Fad? Saya tak ada masa untuk layankerenah awak. Saya kena pulang ke pejabat semula. Masih bertimbun kerja di ofisyang perlukan perhatian saya.”

            Nadasuara Asha kedengaran begitu dingin. Dia berpeluk tubuh sambil melontarkanpandangan ke arah lain. Melihat wajah Fadli, seolah-olah membuka kedukaan yangpernah ditinggalkan oleh lelaki itu suatu masa dahulu. Cukuplah, dia tidak mahumengingati kisah lama itu lagi. Kini, dia telah memiliki cinta daripada seoranglelaki yang amat ikhlas mencintainya. Dia tidak memerlukan cinta palsu Fadlilagi!

            Fadlicuba meraih tangan Asha.

Asha lekas menepis.Ditenung tajam segenap wajah kacak lelaki itu.

            “Awaknak pukul saya lagi ke? Kalau awak berniat untuk cederakan saya lagi, lebihbaik awak lupakan hasrat awak tu! Dulu saya memang bodoh kerana biarkan awakbertindak kejam terhadap saya. Saya seolah-olah buta kerana terlalu mencintaiawak! Saya dah sedar sekarang. Awak bukanlah lelaki yang terbaik untuk saya!”tengking Asha.

            Fadlimenggenggam buku lima. Dadanya berapi-api bila mendengar kata Asha. Asha sudahberani melawan. Sekali lagi nafas ditarik dalam-dalam. Dia tidak mahu bertindakbodoh. Keganasan bukanlah cara yang sesuai untuk memujuk Asha.

            “Ashadah salah faham pada abang,” balas Fadli lembut.

            Ashamengukirkan senyuman sinis.

            “Habistu, apa yang awak nak?” herdik Asha.

            “Abangmahu tebus dosa abang kepada Asha. Abang tahu, abang telah lukakan hati Asha.Abang mohon maaf, Asha. Abang tidak pernah bersyukur kerana telah dikurniakanseorang bidadari sebaik dan secantik Asha. Abang terlalu pentingkan dirisendiri. Abang juga tidak pernah fikirkan perasaan Asha. Abang…”

            Ashatergelak sinis.

            “Semuanyadah terlambat, Fad. Cinta saya kepada awak sudah lama terhakis. Saya hanyamencintai Hilman. Pujuklah bagaimana sekalipun, hati saya tetap dimiliki olehHilman. Terimalah kenyataan ini. Saya ialah bakal isteri kepada adik kandungawak. Awak adalah bakal abang ipar saya, bukan tunang saya lagi.”

            Ashatidak mengerti apa sebenarnya permainan Fadli. Bukankah Fadli tidak pernahmenghargai kewujudannya sebelum ini? Bahkan, Fadli sudah mempunyai kekasihgelap di alam maya. Mengapa terus mengganggu hidupnya lagi?

            “Abangtak boleh terima keadaan kita. Asha sepatutnya berkahwin dengan abang, bukandengan Hilman. Hilman sanggup rampas Asha daripada abang. Katakan kepada abang,Asha. Asha dah termakan dengan segala hasutan dia ke? Siapa yang mengenali Ashadulu? Abang atau Hilman? Asha lebih mempercayai dia berbanding dengan abang!”bidas Fadli.

            Ashamelepaskan keluhan.

            “Sayadah lama kenal awak. Selama ini saya tahan dengan sikap baran awak, denganharapan bahawa awak akan berubah suatu hari nanti. Tetapi saya silap. Awaktidak pernah mahu baiki kelemahan diri,” balas Asha.

            “Ashaperlu beri sedikit masa lagi kepada abang. Abang janji akan berubah,” janjiFadli beria-ia.

            Ashamenggeleng.

            “Sudahlah.Saya dah tawar hati. Hati saya yang selama ini kosong sudah terisi dengankebaikan dan sikap bertanggungjawab yang dimiliki oleh Hilman, bakal suamisaya,” tegas Asha.

            Fadlitergamam.

            “Apahebat Hilman sehingga Asha sanggup menolak abang?” marah Fadli.

            Ashamendengus.

            “Awaksepatutnya fikirkan kesilapan yang telah awak lakukan,” balas Asha.

            “Apayang aku dah buat hah?” tengking Fadli.

            Perkataan‘abang’ yang meniti di bibir Fadli automatik hilang. Nada lembut yang digunakanoleh lelaki itu digantikan dengan nada yang kedengaran amat kasar.

            “Adakahini perubahan diri awak? Manusia mudah lafazkan janji, tetapi amat senang pulauntuk memungkiri. Saya berasa hairan. Awak tidak ingat dengan kata-kata yangawak ucapkan sebentar tadi ke?” sindir Asha.

            Fadliterdiam.

            “Sayabukanlah anak patung yang awak boleh buang lalu kutip bila awak mahu. Tubuh sayajuga bukanlah seperti punch bag yangawak boleh pukul sepuas hati. Hati saya bukan hati yang awak bolehperkotak-katikkan. Saya masih ada perasaan, Fad. Saya dah lama menderita dengansemua perbuatan awak. Tetapi saya buat tidak nampak. Saya seorang sahaja yangmenyayangi awak. Awak pula bagaimana?”

            Bukanniat Asha mahu mengungkit kisah lama. Cuma dia mahu membuka mata Fadli supayamenyedari kesilapannya.

            “Ah,kata-kata kau itu hanyalah dusta!” herdik Fadli.

            “Dusta?Ok, listen here, saya tidak akan kembalike pangkuan awak! Saya hanya mencintai Hilman Adrian seorang! Awak hanyasayaanggap sebagai seorang abang,” balas Asha.

            Serentakitu, Asha memusingkan tubuhnya. Dia mahu segera beredar. Namun langkahnyaterhenti bila Fadli tiba-tiba mencengkam kuat lengan kanannya. Asha tersentak.Dia menoleh memandang Fadli.

            “Lepaskantangan saya! Sakitlah!”

            Ashacuba menarik tangannya daripada pegangan Fadli, tetapi gagal. Semakin ditarik,semakin kuat cengkaman Fadli.

            “Jangancabar aku, perempuan! Kau belum kenal siapa aku yang sebenar!” ugut Fadlilantang.

            Dalampada masa yang sama, dari arah escalator,kelihatan Afidah sedang meliar-liarkan pandangan matanya untuk mengesansusuk tubuh Asha dan Fadli. Matanya menangkap tangan Fadli yang melekat dilengan Asha. Buntang mata Afidah. Tiba di tingkat itu, dia segera menerpa kearah mereka. Ditepis keras tangan Fadli sehingga pegangan di tangan Ashaterlepas. Afidah serta-merta menapak ke hadapan Fadli dan membelakangi Asha.

            “Akutak benarkan kau usik Asha, dasar lelaki ga…”

            “Fida!”celah Asha. Tidak mahu air muka Fadli jatuh jika perkara sebenar terbongkar.

            Afidahmematikan kata.

            “Lebihbaik kau berambus sebelum aku menjerit! Kau mesti tidak mahu dibelasah olehorang awam di pasar raya ini kan?” sergah Afidah.

            Turunnaik nafas Fadli. Raut wajahnya tampak tegang.

            “Akubelum habis dengan kau lagi, Asha!”

            “Blahlah!”bentak Afidah.

            Fadliberedar apabila perasan dua orang anggota Polis yang baru sahaja keluardaripada sebuah kedai serbaneka.

            “Jomaku bawa kau pergi jumpa Polis tu,” ajak Afidah sambil menarik tangan Asha.

            Ashamengeraskan tubuhnya.

            “Akunak balik! Aku mahu uruskan majlis perkahwinan aku dan Hilman yang akanberlangsung beberapa hari lagi,” balas Asha.

            Afidahberdecit. Dia melepaskan tangan Asha.

            “Habisitu, kau mahu biarkan dia terus ganggu hidup kau ke?” marah Afidah.

            “Akutak nak fikir tentang dia lagi. Hari bahagia aku dan Hilman semakin hampir. Akutidak mahu emosi aku terjejas disebabkan dia. Aku harap kau faham,” rintih Ashasekali gus memulakan langkah meninggalkan Afidah di belakang.

            Afidahmengeluh. Terpaksa dituruti kemahuan Asha meskipun hatinya membantah.

 

          

 

Previous: 14 - 1
Next: 15 - 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.