Home Novel Cinta Lelaki Itu Jodohku
6 - 1

Cinta itu fitrah. Jangan jadikanfitnah.

Sesungguhnya mencari yang halal itujihad…

Carilah cinta yang halal supaya dapatmemandu kita ke arahnya…

 

SELESAIbancuhHorlicks 3 in 1, Asha ambil muk lalu bawa ke meja makan. Kerusi ditarik laludiaduduk. Dihirup sedikit minuman panas itu. Muk diletak semula. Asha tenungmuk itu, sambil jari telunjuknya dipusingkan ke sekitar muk. Dia termenungjauh. Teringat akan lamaran Hilman. Perbualan bersama Hilman sebentar tadimenerjah ingatannya semula.

            “Jadiselama ini awak memang menaruh perasaan terhadap saya ke, Hilman?” Ashamemerlukan penjelasan daripada Hilman. Rupa-rupanya dalam diam, Hilman mencintainya.Mengapa dia tidak pernah menyedarinya? Mungkinkah matanya sudah rabun sehinggatidak sedar akan cinta Hilman?

            Hilmantersenyum.

            “Sayajatuh cinta kepada awak sejak kali pertama awak datang ke rumah. Tapi semasa tuawak bercinta dengan abang saya. Mahu tidak mahu, saya terpaksa simpan perasaansaya di lubuk hati saya yang paling dalam. Saya tidak mahu merosakkan hubunganawak dan Fadli,” balas Hilman dengan riak tenang.

            Ashamelepaskan keluhan.

            “Sayamohon maaf, Hilman. Saya tak pernah tahu tentang perkara ni. Saya…” Diatertunduk ke tanah. “Saya terlalu taksub dengan cinta terhadap Fadli. Saya…”

            “Asha?”celah Hilman.

            Sepi.

            “Peristiwayang berlaku boleh dijadikan sebagai suatu pengajaran, Asha. Kita perlu bijakmenilai baik dan buruk sebelum memilih sesuatu. Sudahlah tu, tidak baikmengeluh. Kita kena positifkan minda kita supaya sabar dan tabah menghadapiujian ALLAH,” nasihat Hilman.

            Ashaterkedu. Dia berasa amat kagum dengan keperibadian Hilman. Hilman merupakanseorang yang tidak mudah melatah jika ditimpa musibah. Dia sangat berterimakasih kepada Hilman. Hilman telah membuka matanya.

            “Hilman,boleh saya tanya?”

            Hilmanangguk.

            “Awaktidak takut dituduh perosak hubungan saya dan Fadli? Jika jodoh terbukti milikkita berdua, Auntie Zaryn dan Fadli akan mencemuh awak, Hilman. Mereka…”

            Ashaagak serba salah hendak meneruskan kata. Bimbang jika kata-katanya akanmengguris hati Hilman. Dia tidak mengerti mengapa Datin Zaryn terlalu bencipada Hilman. Bagi Asha, Hilman seorang anak yang taat kepada ibu bapa. Hilmanpasti mengutamakan ibu bapanya terlebih dahulu.

            “Cintaitu fitrah, Asha. Sesungguhnya mencari cinta yang halal itu adalah jihad yangdapat memandu kita ke arah ALLAH. Penawar untuk setiap tuduhan dan fitnahadalah sebuah ketabahan. Saya redha dengan takdir saya. Mungkin mama tidakboleh menerima kewujudan saya sebagai seorang anak. Tetapi saya yakin, jauh disudut hati mama, mama amat menyayangi saya,” balas Hilman.

            Ashatenung Hilman.

            “Restuibu bapa sangat penting untuk sebuah perkahwinan, Hilman,” kias Asha.

            “Asha,kita nak bina rumah tangga. Kita kena ada keyakinan diri. Saya memang tidakakan mengetepikan orang tua saya. Walaupun saya tak dapat restu mama, namunsaya masih ada restu papa. Itu sudah memadai bagi saya. Lambat-laun mama akanterima keputusan saya, Asha,” balas Hilman.

            Ashaberasa terharu kerana Hilman kelihatan ikhlas hendak memperisterikannya. Tetapidia masih berat hati untuk menerima lamaran Hilman. Kekecewaan yangditinggalkan oleh Fadli memberi tusukan yang begitu mendalam. Maka dengan itu,dia berasa takut jika pisang berbuah dua kali. Lebih baik ambil pendekatanberjaga-jaga sebelum terkena untuk kali yang kedua.

            “Hilman,tolong beri masa untuk saya fikir tentang ni. Saya baru putus tunang dengan Fadli.Dalam sekelip mata, awak pula meluahkan cinta pada saya. Semua ni berlakuterlalu pantas. Saya amat berharap agar awak boleh faham dan menerimapermintaan saya ni,” pinta Asha. Bukan niat dia mahu menolak, tetapi perisitwalampau mendewasakan pemikirannya. Memilih pasangan hidup bukanlah perkara yangmudah.

            Hilmanmengukirkan senyuman.

            “Asha,saya tidak memaksa awak. Jika kita berjodoh, insya-ALLAH DIA akan permudahkanurusan kita. But if you’re not mydestiny, I will accept it. Cuma usahlah disebabkan ini, persahabatan kitatergugat,” balas Hilman.

            Ashamembalas senyuman Hilman. Dianggukkan kepalanya sebagai jawapan.

            “Terimakasih, Asha.”

            “Sama-sama.”

            Ashakembali semula ke alam nyata. Air Horlicks yang sudah suam itu dihirup sehinggahabis. Diangkat cawan itu lalu dibawa ke sinki. Setelah itu, dia beredar keruang tamu. Dia mahu meminta pendapat mama dan papa untuk tindakan yang bakaldiapilih kelak.

Previous: 5 - 3
Next: 6 - 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.