Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,551
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20

Hari ini merupakan hari terakhir Camelia dan Raiq berada di Batu Pahat.Kalau diikutkan mereka berdua ingin stay lebih lama,tetapi disebabkan Raiq sudah beberapa kali dipanggil untuk kembali ke syarikatnya,dia terpaksa untuk pulang ke Kuala Lumpur.


Camelia pula sudah dikaut kembali sebagai pembantu Raiq.


"Opah,Iq gerak dulu ye.Doakan Iq selamat sampai."Kata Camelia.Tangan tua Nek Ila dicium."Ha,kamu pesan dekat angah kamu tu,bawak kereta jangan macam pelesit sangat.Bawak kereta elok elok."Pesan Nek Ila.


Camelia menganggukkan kepalanya.Nampaknya opah tau habit abangnya yang suka bawak kereta macam nak racing.


Giliran Raiq pulak menyalami tangan Nek Ila."Kamu Irsyad,step tu jangan slow sangat.Kalau boleh,cepat cepat pergi ke langkah seterusnya.Opah bagi restu."Kata Nek Ila.


Camelia yang terdengar pesanan penaja dari opahnya hanya mengerutkan dahi.


Next step?What next step?


"Baik opah,doakan Chadd tau.Chadd dah tak sabar ni,HAHAHAHA."Jawab Irsyad.


Dia kemudiannya mendapatkan Camelia.Beg baju gadis itu diambil lalu dibawa sekali.


"Eh,takpayahlah.Saya laratlah nak angkat beg ni."Kata Camelia sambil cuba merampas kembali beg bajunya.


Raiq pula tidak menunjukkan tanda tanda ingin melepaskan beg baju Camelia.Camelia menjulingkan matanya.


Faham sangat dengan perangai bossnya yang suka ikut kepala sendiri.


Akhirnya,dia hanya membiarkan Raiq mengangkat begnya.Lantaklah dia yang nak angkat sangat.Aku okay je.


Dalam 5 minit mereka menunggu,akhirnya Audi R8 Danish sudah tiba.Kedua mereka terus masuk kedalam perut kereta.


"Soooo how's your two days feeling,lil sis?"Soal Danish sambil melihat pantulan wajah adiknya dari cermin pandang belakang.Keningnya diangkat beberapa kali.


"Angah jangan tanya apa apa ea,Iq taknak cakap dengan angah."Kata Camelia lalu memejam matanya rapat rapat.


Taknak tengok wajah abangnya.Geram.Marah.Semua ada.


Danish memandang Raiq dan Raiq membalas pandangan itu.Kedua duanya tersenyum penuh makna.Tau yang rancangan mereka akan berjaya.


Sebenarnya,Danish tidak mempunyai apa apa hal pun di KL.Tapi dia sengaja memberi ruang untuk Raiq dan Camelia untuk...you know?Macam kenal hati budi masing masinglah.


Mula mula dia risau jika plan itu tidak berjaya,tapi bila Raiq memaklumkan tentang perkara yang berlaku semalam,dia sudah mengukir senyum.


Mission two,check!


Tinggal satu mission sahaja lagi dan Raiq akan berjaya.Dia mengeluarkan iPhone x nya.Apps camera ditekan lalu dihalakan kearah wajah Camelia yang sudah nyenyak dibelakang.


Masuk kali ini,dah dua kali gambar camelia yang sedang tidur itu ditangkap dan gambar itu tersimpan didalam galerinya.


Comel!


Getus Raiq didalam hati.


"Tak payah tenung sangat,nanti lama lama jadi milik kau jugak."Perli Danish dan disambut sengihan bak kerang busuk oleh Raiq.


Ya,one day.You'll be mine.


Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey