Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,524
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

"Morning,cik Camelia."Ucap Nafis apabila mereka bertembung di pantri office.Senyuman dihadiahkan kepada lelaki itu."Nafis,actually awak takperlu panggil saya cik pun.Panggil saya Camy je dah cukup."Kata Camelia.


Nafis menganggukkan kepalanya."So Camy,you secara rasminya dah kerja kat sini lah ye?"Soal Danish.


"Yup."


"As what?"


"PA saya.Btw,kerja awak dekat bahagian HR tu dah siap ke sampai boleh jadi ulat bulu dekat sini?Ha Encik Nafis?"Celah Raiq dengan nada sinis apabila tiba tiba muncul di pantri.Wajahnya yang serius tanpa secalit senyuman sudah pastinya menaikkan bulu roma orang yang ditenungnya.


Camelia dan Nafis serentak memandang kearah boss besar mereka.Kedua dua mereka terkaku.Naga pagi pagi dah berasap.


"Tunggu apa lagi?Go to your department now or i will give you a heavy punishment."Kata Raiq,dingin.Nafis menggigit bibir bawahnya menahan geram.Kau malukan aku depan Camelia,huh?Tak apa,kau tunggu.


"Baik Encik Raiq,saya pergi sambung kerja."Jawab Nafis lalu berjalan menuju kearah lif untuk pergi ke deparmetnya yang terletak di tingkat 10."You,Camelia.In my office now!Late a second and I'll teach you defination of discipline."Kata Raiq sebelum berjalan meninggalkan Camelia.


"Apalah si pakcik gila ni nak?Kalau taksebab angah,memang aku dah berhenti dah jadi PA dia ni.Baru first day kerja dah macam ni."


Rungut Camelia sebelum menapak ke bilik Raiq.Dengan hati yang berdebar dia berjalan kearah Raiq yang sedang berpeluk tubuh dikerusinya.


"Jadual saya harini macam mana?Pack tak?"Soal Raiq dalam riak bersahaja.Intonasinya tidak seperti di pantri tadi.


"Err,harini Encik Raiq ada meeting kat Shah Alam dengan Tan Sri Rafizal.Pukul 4."Jawab Camelia tergagap gagap.Bimbang jika tersalah akan mengubah mood bossnya.


Sekarang ni pun dia masih terkejut dengan perubahan drastik lelaki dihadapannya.


Tadi dekat pantri kemain marah macam leopard,ni dekat sini baik pulak.Sah dia ni ada sakit jiwa!


"Cursing me again huh?"Soal Raiq sambil menunjukkan senyuman sinisnya.Camelia tersenyum seperti kerang busuk."Tak adalah,Encik Raiq.Saya cuma cakap Encik Raiq haaaaandsome sangat harini.Sekali imbas macam Ji Chang Wook."Balas Camelia.


Eh chup chup,sejak bila aku boleh bual dengan dia ni?Tapi memang dia nampak smart pun harini.Baju kemeja biru muda,tie dark blue,Kot hitam.Not badlah.Style rambut dia pun smart jugak harini.


"Macam macamlah awak ni,dahlah go and continue your work."Camelia menganggukkan kepalanya lalu berjalan keluar dari pejabat Raiq.


Raiq sudah menguntum senyum.

Camelia,why you're so cute?Takkanlah aku dah jatuh cinta dekat kau?Aku dah bertekad takkan bukak hati aku untuk sesiapa lagi selepas Anne.


Senyuman Raiq terus mati apabila nama Anne terluncur dibibirnya.


Satu keluhan berat terbit di mulutnya.Kenapalah bayangan Anne masih lagi bermain dimindanya.Cubalah pergi main dekat minda orang lain.


Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey