Home Novel Cinta Saranghae Bosskurr!
Saranghae Bosskurr!
Liya Waniey
10/8/2019 23:13:06
45,641
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

Weekend.


Hari bebas dari kerja dengan lelaki yang bernama Raiq Irsyad.Camelia melihat dada skrin telefonnya.


8.45 pagi!


Nilah dia kalau lepas subuh membuta balik,habislah rezeki tak masuk huhuu.


Camelia mengguling gulingkan badannya diatas tilam empuknya.Gaya seperti tidak mahu berpisah.Camelia ingin sambung aktiviti tidurnya sebelum mendengar ketukan pintu.


"Iq,bangun!Anak dara apa ni matahari dah muncul pun belum bangun?!Dah,bangun!"Jerit Datin Hanina dari luar bilik Camelia.Camelia merengek.


"Ya,ma.Iq dah bangun."Balas Camelia dalam nada malas.Satu,malas nak bangun.Dua,malas nak dengar mamanya sambung bebel.


Kaki digagahkan juga untuk ke bilik mandi.Dia mengenakan T-shirt berlengan pendek dan seluar track separas peha.Rambut diikat tinggi.


Dia turun ke tingkat bawah.Dia nampak ada makanan yang sudah tersedia di atas meja.


"Hai anak dara,baru bangun?"Perli Danish yang baru muncul dari dapur.Minumannya disisip sedikit.Camelia menjeling abangnya tajam.Malas nak layan.


Meehun goreng yang sudah kurang panas dicedok ke pinggannya.Doa dibaca lalu sesudu meehun disua kemulutnya.


Kepala diangguk menandakan meehun itu sedap.Air tangan mamanya,mana boleh ada orang lawan.Kalau chef wan rasa masakan mamanya,chef wan pun boleh surrender tau.


"So,dah seminggu kerja dengan Raiq ni.Okay tak?"Soal Raiq.Dia memilih untuk duduk ditempat duduk bertentangan dengan adiknya.


"Okay je.Cuma kadang kadang geram jugaklah dengan perangai pakcik tu.Mood dia tu kejap ok kejap ko."Adu Camelia.


Danish tersenyum.Mungkin Camelia masih baru,sebab itulah sahabatnya itu asyik menunjukkan mood yang berbeza.Untuk menguji mental adiknya.


"Iq nak tau tak,Raiq tu actually a type of badboy."Bisik Danish.Camelia sedikit terkejut.Bossnya itu?Badboy?Tak mungkin,tak mungkin.


"Nonsense lah angah ni,Iq tengok Encik Raiq tu typical boss boss kat Malaysia ni je."Dalih Camelia.Mana mungkin bossnya itu seorang badboy.


"Takpercaya sudah.Nak tau tak,Raiq ni dulu top students tau dekat kolej kitorang.Akademik dia tiptop,sukan dia gempak.Tapi dia berubah lepas dia bertunang dengan sorang perempuan ni.Dia tiba tiba jadi sweet type of man.Tapi si perempuan tu bengong pergi tinggalkan Raiq tu macam tu je."Danish menghentikan ceritanya untuk minum.


Camelia pula masih tekun mendengar cerita abangnya sehingga tidak terluak meehunnya.


"Sebab broken sangat,Raiq tu start merokok,pergi club.Akademik dia pun merosot,so dia kena tangguh study dia untuk satu sem.Angah dengan kawan kawan angah semua risau pasal Raiq.Banyak gila alternatif kitorang guna untuk sedarkan balik Raiq.Alhamdulillah,kitorang berjaya kembalikan Raiq yang lama."Camelia terkedu mendengar cerita abangnya.


Rupanya,Raiq Irsyad yang dikenalinya mempunyai kisah hitam.Kesiannya dia.Tabahlah hati disana.Hati disini sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda.


Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Liya Waniey