Home Novel Cinta Jelmaan Rindu
Jelmaan Rindu
Aimi Sofia
10/7/2018 17:27:38
21,492
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

Sudah seminggu, Ridzal Iman berkerja di kedai percetakan milik, Mr Lim. Kacak juga apabila memandang, Ridzal Iman yang memakai baju uniform kedai percetakan itu. Uniform kemeja berlengan pendek berwarna putih dan bercampur merah serta mengenakan seluar berwarna hitam adalah uniform semua pekerja yang berkerja di sini.

Tugas,Ridzal Iman adalah mencetak seperti, kad kahwin, mencetak banner, mencetak poster dan juga mencetak kertas-kertas kerja pelanggan. Apa sahaja urusan percetakan, pasti, Ridzal Iman akan melaksanakan.

 

“Abang,saya nak minta tolong print out assignment saya” Ridzal Iman, mengalihkan pandangan ke arah suara itu yang berada di belakang badannya.

“Eh,Dini?” tegur, Ridzal Iman setelah melihat, Nurdini sebagai pelanggannya hariini.

“Lah…awak, Iman? Awak memang kerja dekat sini ke? Bukan ke… awak berniaga nasi lemak? Hari tu saya nampak awak jual nasi lemak” mesra sahaja teguran, Nurdini kepada, Ridzal Iman sewaktu kini.

“Apa pulak tak jual… tapi, mak saya yang jual nasi lemak tu. Saya dulu cuma bantuje. Sekarang, saya kerja dekat sini. Baru lagi. Baru seminggu kerja dekat sini”jawab, Ridzal Iman dengan mesra akan pertanyaan, Nurdini yang berdiri dihadapannya.

Nurdini hanya tersenyum mendengar jawapan, Ridzal Iman. Nurdini menyerahkan pen drive kepada, Ridzal Iman. Beberapa minit kemudian, Ridzal Iman menyerahkan kertas yang selesai  dicetaknya kepada, Nurdini.

“Terima kasih. Berapa ringgit semua?” tanya, Nurdini setelah mengambil kertas yang diberikan oleh teman sekampungnya, Ridzal Iman.

“Semua sekali, rm15” maklum, Ridzal Iman.

 

 

Setelah selesai segala urusannya di kedai percetakan tadi, Nurdini melangkah keluar.Ridzal Iman, serta yang lain sedang mengemas kedai yang sudah mahu ditutup.Ridzal iman mencapai beg galasnya dan menarik pintu kedai serta menguncinya.

Melangkah kaki menuju ke kereta dan mula menghidupkan enjin kereta. Sambil menunggu enjin kereta panas, Ridzal Iman terlihat kelibat, Nurdini yang kini sedang duduk dikerusi memunggu seperti sedang menanti kedatangan seseorang.

Tanpa menunggu masa yang lebih lama, Ridzal Iman melangkah menuju ke tempat penantian, Nurdini.

“Dini? Apa awak buat dekat sini? Bahaya ni tunggu sorang malam-malam macamni” tegur,Ridzal Iman.

Nurdini memandang, Ridzal Iman sambil tersenyum manis. “Saya tunggu teksi”.

“Tungguteksi? Kereta awak mana?” tanya, Ridzal Iman yang masih berdiri di situ.

“Kereta saya masuk bengkel. Rosak sikit. Susah nak hiduppkan enjin. Abah saya dengan ibu saya takde dekat rumah. Pergi Ipoh. Ada kenduri kahwin”  maklum, Nurdini kepada pertanyaan lelaki yangberdiri berhampiran kerusi duduknya.

“Bahaya ni tunggu sorang-sorang time macamni.Sekarang pun dah dekat pukul 10 malam. Teksi lambat. Jomlah saya hantar kan”ajak, Ridzal Iman.

“Tak susahkan awak ke?” tanya, Nurdini akan perlawaan, Ridzal iman sebentar tadi.

“Apapulak nak susah? Saya tinggal sekampung dengan awak. dah, jom saya hantar awak balik” ajak, Ridzal Iman lagi.

Nurdini tanpa berlengah lagi turut berjalan sama dengan, Ridzal Iman. Mereka mulakan perjalanan yang hampir 20 ,mimit untuk sampai di kampung mereka.

“Awak study di Universiti Malaya?”. Ridzal Iman memulakan bicara pada suasana sunyi antara  mereka.

“Ye,saya study di UM. Dah semester 4” jawab, Nurdini yang kadangkala mengalihkan pandangan melihat wajah, Ridzal Iman yang senang memandu.

“Ambil kursus apa?” tanya, Ridzal Iman yang kadangkala turut juga memandang wajah,Nurdini di sebelah tempat duduk penumpang di bahagian hadapan.

“Saya ambil kursus perakaunan” jawab, Nurdini yang kian selesa dengan, Ridzal Iman.

“Dulusaya pun dapat tawaran Universiti Malaya. Diploma Kejuruteraan” beritahu,Ridzal Iman kepada, Nurdini.

Nurdini seakan terpana setelah mendengar makluman itu dari lelaki disebelahnya kini.“Oh, dulu awak belajar di UM?”.

Ridzal Iman, hanya menggeleng kepala perlahan dan turut tersenyum manis.

“Habistu?”tanya, Nurdini yang ingin tahu akan jawapan, Ridzal Iman.

”Takde rezeki saya, Dini…” jawab, Ridzal Iman ringkas.

“Sayangnye…tapi kenapa?” tanya, Nurdini yang berminat ingin tahu.

“Saya takde duit. Masa tu ibu saya belum niaga nasi lemak. Dan, masa tu ayah saya baru je meninggal” maklum akan, Ridzal Iman yang kini memberhentikan kereta dilampu isyarat.

“Sayangnye.Bukan senang nak dapat tawaran belajar. Tapi, kita kan ditawarkan pinjaman pendidikan. Kenapa tak mohon je?” Nurdini memandang wajah, Ridzal Iman kini.

“Memanglah,ada pinjaman dan kemudahan belajar. Tapi banyak juga nak pakai duit kan? Nak bayar yuran masuk belajar, nak bergerak ke universiti, dan nak beli perkakas masuk universiti, semuanya perlukan duit. Tapi saya tak menyesal pun. Bagi saya, rezeki saya sekarang, saya dapat tinggal sepenuh masa dengan mak saya”beritahu, Ridzal Iman sambil memberikan senyuman kepada, Nurdini di sebelahnya.

 

Ridzal Iman memberikan lampu isyarat  kanan, danmembelok kereta dan berhenti di hadapan pagar rumah, Nurdini.

“Terima kasih sebab tolong hantar saya balik rumah” ucap, Nurdini sebelum melangkah turun keluar dari kereta.

It’s okay, Dini. Perkara senang je”balas, Ridzal Iman kepada ucapan, Nurdini.

 

“Apa awak buat tu,  Timah? Tak henti-henti menghendap” tegur, Salleh kepada isterinya.

“Tak…saya cuma tengok si, Dini tu. Tu kan kereta Iman, anak Rosmah?” Salleh turut melihat akan kenderaan, Ridzal Iman yang kini sedang bergerak meninggalkan,Nurdini.

“Yelah.Kereta dia. Kenapa?” tanya, Salleh kepada isterinya, Timah.

“Saya kali ni… dah dua kali nampak budak, Iman tu hantar, Dini. Sofiah dengan HajiSaari tak marah ke?” sungut, Timah yang kini duduk sama di sofa dengan suaminya.

Timah dan Salleh merupakan jiran kepada ibu bapa Nurdini. Mereka agak rapat dengan keluarga, Nurdini.

“Nak marah buat apa? Bukannya dia orang buat apa pun. Cuma, Iman tu hantar, Dini balik rumah. Bukan dia orang buat salah apa-apa” kata, Salleh yang tidak bersetuju dengan kata-kata isterinya.

“Apa pulak tak buat salah? Berhantar malam-malam macamni. Entah apa dia orang buat dekat luar kita tak tahu. Entah-entah bercinta!” kata, Timah seakan menuduh.

 

 

 

 

 

 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia