Home Novel Cinta Jelmaan Rindu
Jelmaan Rindu
Aimi Sofia
10/7/2018 17:27:38
21,536
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 9

Genap sebulan, Ridzal Iman berkerja di premis Mr Lim. Hari ni, Ridzal Iman menerima gaji pertamanya.

Ridzal Iman membeli makanan kegemaran ibunya, iaitu mee rebus udang galah. Membawanya pulang ke rumah.

 

“Ala,beli mee udang je ke? Kotlah nak belikan, Nani kambimng golek” usik, Rosnani sewaktu mengambil makanan itu dari abang sulungnya, Ridzal Iman.

“Nasib baik abang beli mee udang galah, kalau abang beli nasi lemak?”. Rosnani membuat aksi muak untuk makan nasi lemak. Ridzal Iman bersama, Puan Rosmah memandang keletah, Rosnani dan tersenyum. Rosnani bercuti semester 1 bulan.

“Esok sabtu. Kamu cuti kan minggu ni?” tanya, Puan Rosmah kepada, Ridzal Iman yang kini sedang makan mee udang galah bersamanya dan Rosnani.

“Cuti.Kenapa, nak ajak, Iman niaga ke? Ni, ajak anak dara ni, lagi laris nasi lemak,mak” mereka ketawa bersama setelah mendengar apa yang dicakapkan oleh, Ridzal Iman.

“Bukan…esok mak tak niaga. Orang surau datang tadi, tempah nasi putih dengan lauk.Lepastu, ada minta mak sediakan kuih jugak” maklum, Puan Rosmah.

“Alhamdulillah.kalau macamtu, Iman tolonglah” Puan Rosmah hanya tersenyum memandang anak-anaknya yang duduk di meja makan bersama dia.

 

“Nani,cepatlah bawak bekas-bekas tu. Slowlah buat kerja” bebel, Ridzal Iman kepada, Rosnani yang terkial-kial mahu membawa bekas-bekas makanan hendak menuju ke surau.

“Nak cepat sangat, marilah tolong angkat! Abang tolong angkat tong nasi tu je ke?Marilah sini tolong, Nani. Tercegat tunggu dekat situ buat apa?!” balas Rosnani kepada bebelan abangnya.

“Dah…Sudah!  Jangan gaduh. Cepat, Nani” kata,Puan Rosmah kini yang telah siap untuk pergi bersama anak-anaknya ke surau.

 

Selepas solat berjemaah maghrib di surau, Puan Rosmah serta anaknya, Rosnani menyusun atur makanan ke dalam bekas hidangan. Jemaah yang lainnya, termasuk, Ridzal Iman meneruskan solat isyak.

“Mak cik, bagi saya pinggan tu, saya tolong masukkan dalam pinggan kuih-kuih ni” “Eh,Dini? Tak usahlah. Takpe…mak cik dapat upah untuk buat semua ni. Dini naiklah solat isyak dengan dia orang” kata, Puan Rosmah yang masih belum menghulurkan pinggan hidangan kepada, Nurdini.

Nurdini tersenyum memandang, Puan Rosmah yang berdiri di samping anak perempuannya, Roslina.“saya tak boleh solat, mak cik. Saja ikut datang surau sebab dengar ada jamuan,kan? Boleh tolong apoa yang patut”.

Puan Rosmah tidak menghalang niat baik, Nurdini dan hanya menurutkan sahaja permintaan, Nurdini.

“Nani,cuti?” soalan itu dialihkan pula kepada, Rosnani yang sedang menyediakanhidangan nasi putih berseta lauk pauk.

“Ye,cuti. Kak Dini, pun cuti sebulan ke?” panggilan mesra, Kak Dini oleh kerana Nurdini yang lebih tua 2 tahun dari usia, Rosnani.

“Ye,sebulan juga akak cuti” Nurdini menjawab mesra pertanyaan dar, Rosnani.

 

“Lekas bawak makanan ni ke meja depan. Jemaah pun dah rakaat akhir tu” kata, Puan Rosmah kepada, Rosnani dan Nurdini.

“Mak cik, air dah sediakan ke?” tanya, Nurdini selepas melihat jag air yang masih kosong.

“Ya Allah… mak cik terlupa” mahu sahaja, Puan Rosmah melangkah pergi ke meja yang diletakkan air serta bahan untuk membancuh minuman.

Tetapi,Nurdini lekas menghalang, Puan Rosmah. “Takpe, mak cik. Biar, Dini je yang bancuh airnya. Mak cik pergi tolong, Nani”.

“Terima kasih” Puan rosmah melafaz lega dan senang akan perilaku, Nurdini.

 

Kini,semua jemaah masjid turun ke bawah dan mula menuju ke khemah hidangan. Majlis makan pun kini bermula.

“Prank!!!”kedengaran jag kaca yang mengandungi air sirap habis jatuh dan pecah.Kelihatan, Nurdini habis basah disirami air sirap. Entah bagaimana, Nurdini boleh terjatuh di situ.

Ridzal Iman, memerhati pada arah tempat berbunyi dan kelihatan akan, Nurdini di situ.Mahu sahaja, Ridzal Iman melangkah pergi ke situ. Tetapi, kenangan dulu menerjah kembali. Dia mematahkan niatnya itu.

“Ya Allah… apa kamu buat ni, Dini” Haji Saari menuju ke arah, Nurdini dan membantu untuk bangun dari tempat tersungkur.

“Abah….Dini terpijak batu tadi” jawab manja akan, Nurdini.

“Sudah,pergi balik. Tukar baju” suruh, Haji Saari.

 

Nurdini melangkah laju untuk ke tempat parkir kereta. Tetapi kelihatan, banyak kereta yang memarkir di belakang keretanya pula.

“Aduh,macamana aku nak keluar ni” rungut, Nurdini sambil melihat para jemaah surau yang sedang enak menikmati jamuan.

Haji Saari sedar keadaan, Nurdini di situ. Haji Saari melihat kereta, Ridzal Iman yang tidak dihalang oleh kenderaan sesiapa. Haji Saari melangkah ke tempat duduk,Ridzal Iman.

“Iman?”panggil, Haji Saari.

“Ye,pak cik” jawab, Ridzal Iman.

“Pak cik nak minta tolong kamu, tolong hantarkan, Dini balik rumah, pak cik. Habis lencun baju dia tu. Kereta dia pulak kena blok” pinta, Haji Saari.

Ridzal Iman tidak menolak permintaan, Haji saari.

 

“Jom”ajak, Ridzal Iman pada, Nurdini.

“Emmm,tapi…” Nurdini seakan serik untuk membenarkan, Ridzal Iman menghantarnya pulang.

“Ayah awak yang suruh saya hantar. Dah jom” Nurdini hanya menurutkan sahaja.

 

Dalam perjalanan yang memakan masa 15 minit, mereka hanya diam. Hanya kedengaran bunyian tayar kereta yang beputar di atas jalanraya.

“saya minta maaf dengan awak lagi sekali, Iman. Sebab menyusahkan awak lagi” Nurdini memulakan bicara antara mereka.

Ridzal Iman hanya memilih untuk mengukir senyuman pada kata-kata, Nurdini.

 

Kini,telah sampai di hadapan pagar rumah, Haji Saari dengan Hajjah Sofiah.

Ridzal Iman hanya menghentikan kereta dan sedikitpun tidak memandang kearah, Nurdini.Malah, Nurdini tidak memilih untuk keluar dari perut kereta ketika ini.

“Kita dah sampai, Dini” beritahu Ridzal Iman kepada, Nurdini yang masih membatu dalamkereta.

“Awak,boleh saya dapatkan nombor telefon awak?” entah bagaimana ayat itu boleh terkeluar dari mulut, Nurdini.

Lantas,Nurdini merasa malu dengan reaksi, Ridzal Iman yang hanya mengangkat kening kepadanya menggantikan jawapan.

“Dini?”panggil pula, Ridzal Iman yang menghalang tindakan, Nurdini yang mahu keluar dari perut kereta.

Nurdini memandang wajah, Ridzal Iman.

“Bagi saya handphone awak” pinta, RidzalIman dengan selamba.

Phone saya? Nak buat apa?” tanya,Nurdini yang merasa ragu.

“Bak sini phone awak” pinta, Ridzal Iman lagi dengan serius.

Nurdini tidak membantah. Mencarinya telefon bimbit di dalam tas tangan yang dibawa bersama ketika pergi ke surau. Lalu, dihulurkan telefon bimbit miliknya kepda,Ridzal Iman.

Nurdini hanya memandang jari jemari, Ridzal Iman yang sedang tangkas menekan nombor.

“ni number saya” beritahu, Ridzal Imansetelah selesai mendail nombor telefon bimbit miliknya.

Nurdini tersenyum manis setelah memandang gelagat, Ridzal Iman semasa memberikan nombor telefon kepadanya . Kini melangkah keluar untuk menuju masuk ke dalam rumah.

 

“Hajjah,kau nampak tak tadi?” tanya, Timah kepada Hajjah Sofiah yang turut sama menjamah makanan  bersama jemaah lain di surau.

“Nampak!Nanti aku nak cereita dekat, haji” beritahu, Hajjah Sofiah yang tidak senangakan perilaku suaminya yang menyuruh, Nurdini pulang dengan, Ridzal Iman.

 

Puan Rosmah hanya melihat akan tindakan, Ridzal Iman. Tetapi tidak akan memarahi,Ridzal Iman, kerana memandangkan, Haji Saari yang meminta bantuan dari anakbujangnya.

Selepas semua jemaah surau beransur pulang, Puan rosmah bersama anak-anaknya mengemas bekas-bekas makanan untuk dibersihkan.

Ridzal iman, ketika ini turut selesai mengemas dan mencuci segala bekas-bekas makanan yang digunakan utk dibawa pulang. Dia kini telah siap mengangkat bekas-bekas makananyang dicuci untuk dibawa masuk dalam kereta.

 

“Mak…aduh, Nani sakitt perut lah, mak. Jomlah teman, Nani pergi tandas kejap” ajak,Rosnani yang tiba-tiba sakit pertut.

“Ala,balik buang dekat rumah jelah, Nani. Dekat je rumah kita. Bukannya jauh” Puan Rosmah yang sudah berdiri berhampiran kereta seakan malas untuk menemani, Rosnani ke tandas.

“Ala…lekaslah,mak. Kang tercicir dekat sini kang…” rengek lagi akan, Rosnani

“Yelah.Jom! Iman, tunggu kejap. Nani ni macam-macamlah” maklum, Puan Rosmah kepada anak bujangnya yang kini telah menghidupkan enjin kereta.

Ridzal Iman hanya tersenyum melihat gelagat ibu bersama adik perempuannya, Rosnani.

Sambil Ridzal Iman menunggu ibu serta adik perempuannya pergi ke tandas, dia hanya melayan lagu-lagu yang diputarkan di radio oleh penyampai yang bertugas.

Sedang asyik, Ridzal Iman melayan lagu, dia mencapai telefon bimbit yang berada dalam kocek seluar setelah mendengar deringan mesej.

Dibukanya pada skrin dan terlihat ada seseorang yang menghantar mesej di whatsapp.

Nurdini:Awak di surau lagi? Maaf tak dapat bantu family awak hingga majlis selesai”.

Ridzal Iman, mengerutkan dahi, merasa pelik akan perbuatan, Nurdini ketika ini. Merasa hairan juga dengan tindakan, Nurdini untuk menghantar mesej kepada dia.

 

“Dah,jom balik. Macam-macam hal, Nani ni” Puan Rosmah bersama, Rosnani kembali menaiki kereta yang akan dipandu, Ridzal Iman. Ridzal Iman memilih untuk terus memandu kereta malah tidak pula membalas mesej yang dikirimkan oleh, Nurdini.

 

Setelah selesai mandi dan solat, Ridzal Iman menuju ke katil di biliknya. Mengambil telefon bimbit dan kembali membaca mesej kiriman yang dihantar, Nurdini.

Sesekali dia menaip satu huruf, lalu dipadamkan. Bergerak lagi jari jemarinya untuk menaip, tetapi kaku di situ.

 

“Dia online tapi kenapa tak balas mesejaku? Dia tak sudi ke?” kata, Nurdini yang berdiri di muka jendela di dalam kamarnya.

Nurdini:Iman? Awak dah baca kan mesej saya? Kenapa tak balas mesej saya?

Nurdini menghantar lagi kiriman mesej kepada, Ridzal Iman.

 

Ridzal Iman, berfikir dari tadi dan kemudian terbaca kiriman mesej yang dihantar,Nurdini lagi ketika ini. Ridzal Iman tidak merenung lagi. Ridzal Iman kini menaip setiap perkataan di telefon bimbitnya.

Ridzal iman: Untuk apa, Dini? Kenapa awak buat semua ni? Terang-terang, ibu dan abah awak tak suka dengan saya.

 

Nurdini tersenyum di situ. Sekarang dia berjalan menuju ke katil, dan merebah badan diatas katil tersebut. Wajahnya terukir dengan senyuman manis tatkala membaca kirimana balas mesej dari, Ridzal Iman.

Nurdini:Salah ke untuk saya bersahabat dengan awak?


Ridzal Iman menggaru kening yang tidak gatal. Membaca mesej kiriman, Nurdini.

Ridzal Iman: Apabila orang tak suka, berbuat baik sejuta kali pun, tetap orang takkansuka. Apatah lagi nak bersdahabat, kan?

 

Nurdini membaca mesej itu. Lantas berfikir akan ia beberapa kali.

Nurdini:Bagi saya, hendak bersahabat dengan awak, takde salahnya. Asalkan betul niatnya.Bukan perkara jahat yang kita buat. Dan saya tak pernah membenci awak, Iman.

 

Selepas sama-sama membalas mesej pada malam itu, hari ni, Nurdini dan Ridzal Iman membuat keputusan untuk berjumnpa di pekan. Mereka bergerak secara berasingan.Mereka berjanji agar bertemu di salah senbuah restoran yang ada di pekan, TelukIntan

Ridzal Iman melangkah masuk dahulu di dalam sebuah restoran yang telah dijanjikan.Setelah minuman sampai di meja, dia memandang akan susuk tubuh yang melangkah kearahnya kini. Melihat, Nurdini kini di depan mata. Memakai seluar jeans bersama kemeja merah dan bertudung hitam. Sungguh cantik pada mata, Ridzal Imanketika ini.

Langsung,Nurdini menarik kerusi di hadapan, Ridzal Iman dan merebahkan pinggul di ataskerusi itu.

Mata,Nurdini memandang kearah, Ridzal Iman di hadapannya. Melihat, Ridzal Iman segak memakai baju kemeja putih bersama jeans berwarna biru gelap. Tatkala memandang gaya tubuh serta wajah, Ridzal Iman, siapa sangka dia hanyalah seorang budak kampung yang tiada kelulusan tinggi, malah pekerjaannya pula bukan dalam kumpulan professional.

“Terima kasih, Iman sebab sudi keluar dengan saya” Nurdini, memulakan dialog diantara mereka.

It’s okay” jawab, Ridzal Iman sambil menghadiahkan senyuman kepada, Nurdini.

Nurdini,hanya menunduk senyum, seperti tersipu malu apabila duduk berhadapan sepertiitu. Minuman yang dipesan, Nurdini kini diminum.

“Ajak saya jumpa, diam je?” kata, Ridzal Iman, ketika ini.

Nurdini melihat wajah, Ridzal Iman lantas turut tersenyum. “Iman…?”

“Ye?”Jawab, Ridzal Iman, ringkas.

“Saya tahu ibu saya tak suka dengan awak. Tapi…” Nurdini mematahkan perkataannnya ketika ini. Tidak terus menyambung ke ayat seterusnya.

“Tapi apa, Dini?” soal, Ridzal Iman apabila mendengar penyampaian, Nurdini yang tergantung sepi.

Nurdini,memejamkan mata seketika, lantas melihat wajah, Ridzal Iman. “Saya mula sukakan awak”.

“Ha?”terlopong mulut, Ridzal Iman setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh, Nurdini.

“Ye,saya sukakan awak. Saya nak cuba berkawan dengan awak. Saya nak kenal denganawak” kata, Nurdini lagi.

“Secepat ini? Tapi, awak tak kenal saya. Macamana sikap saya, dan… yang mesti awak tahu,saya tak punya apa-apa, Dini” kata, Ridzal Iman merendah diri.

“Bukan saya tak kenal siapa awak. Kita satu kampung. Mustahil saya tak kenal awak. Awak budak lelaki yang sangat baik. Awak rajin. Awak bijak. Bukan saya tak pernah dengar mulut-mulut orang kampung yang memuji awak” kata, Nurdini jujur sambil memandang tepat ke anak mata, Ridzal Iman.

“Macamana pula dengan mulut-mulut jahat yang mengata saya? Yang menghina saya pula? Awak tak dengar?” tanya, Ridzal iman sambil membalas renungan mata, Nurdini.

“Saya tak peduli, Iman” tegas, Nurdini ketika ini.

“Awak tak ambil peduli, tapi awak kena tahu yang jurang antara kita sangat berbeza.Awak boleh je dapat lelaki lain yang lebih baik dan lebih sempurna dari saya, Dini”kata, Ridzal Iman lagi.

 

 

 

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia