Home Novel Cinta Jelmaan Rindu
Jelmaan Rindu
Aimi Sofia
10/7/2018 17:27:38
21,495
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

Tatkala sampai di asrama, Nurdini terus berbaring di atas tilam katil. Rakan biliknya hanya memandang, Nurdini lesu berbaring.

“Penat nampak?” tanya rakan biliknya.

“Mahunya tak penat, tayar kereta aku  pancit.Terpaksa patah balik rumah mak bapak aku” jawab, Nurdini pada teguran rakan biliknya, Amy.

“Habistu,ni siapa hantar kau balik?” tanya, Amy lagi

“Kereta aku dah okay” jawab, Nurdini ringkas.

Nurdini kini bangun dari perbaringan dan mengambil telefon bimbit di dalam beg galas. Mahu bangun mandi rasa seakan malas, memilih dahulu melihat laman sosial instagram.

“Oh…ni mamat tadi. Ridzal Iman. Peniaga nasi lemak secara tetap rupanya?” ngomel,Nurdini seorang diri tatkala melihat gambar-gambar, Ridzal Iman yang mempromosikan nasi lemak perniagaannya di kumpulan komuniti kampung mereka.

 

Pagi ini, seperti biasa, Nurdini masuk ke dalam bilik kuliah. Sedang sibuk dia membawa keluar segala bahan pengajian, ada seseorang yang duduk di sebalah kerusinya.

“Hai…dah sarapan?” tanya rakan sekelasnya, Zachry.

“Dah…”jawab, Nursdini ringkas.

Zachry memandang wajah putih gebu, Nurdini. “Sombong gila ya?” peril, Zachry.

“Akudatang kelas nak belajar. Bukan nak menyembang dengan kau!”. Zachry memperoleh jawapan balas agak berbisa dari, Nurdini.

“Amboi! Jawapan! Takde jawapan yang sejuk sikit ke, yang boleh I dengar?” usik, Zachry lagi pada, Nurdini. Nurdini malas untuk melayan kerenah, Zachry. Nurdini terus tidak mengendahkan lelaki yang bernama,Zachry.

 

“Mak?”panggil, Ridzal Iman.

Puan Rosmah memandang kearah, Ridzal Iman setelah mendengar sapaan itu.

“Kalau mak tunggu jualan ni… Iman ingat, nak ke pekan kejap” maklum, Ridzal Iman yang turut sama mahu berniaga dengan ibunya pagi ini.

“Nak buat apa ke pekan?” tanya, Puan Rosmah yang sedang menyusun kuih di dalam bekas.

“Nak cuba cari kerja” Puan Rosmah memandang wajah, Ridzal Iman. Ridzal Iaman segak apabila dipandang walaupun hanya mengenakan tshirt dan jeans murah.

“Pergilah,Iman” Puan Rosmah mengizinkan anak sulungnya, Ridzal Iman.

 

Ridzal Iman memandu kereta produa viva miliknya. Mula meyusur di bandar. Pantang sahaja ternampak poster jawatan kosong, pasti dia akan singgah dan bertanya.

“Assalamualaikum,abang” Ridzal Iman memasuki ke dalam kedai percetakan.

“Waalaikumussalam”jawab seorang lelaki yang sedang menyusun kertas di dalam kotak.

“tumpang tanya, abang. Saya nampak poster jawatan kosong. Ada jawatan kosong ke dekat kedai ni” tanya Ridzal Iman sambil tersenyum.

Lelaki tadi yang sedang melakukan tugas kerja menghentikan tugasannya. Dia membawa,Ridzal Iman untuk berjumpa dengan taukeh kedai tersebut.

“Mr.Lim, ni ada orang tanya jawatan kosong” beritahu lelaki tadi kepada majikannya.

“Ye,sila masuk”. Ridzal Iman melangkah masuk ke dalam bilik pejabat, Mr Lim.

“Nakkerja?” Tanya, Mr Lim ringkas.

“Ye,saya nak kerja kalau masih kosong” jawab, Ridzal Iman yang kini duduk di hadapan, Mr Lim.

“Adakosong. Tapi awak tahu ke guna komputer?” tanya, Mr Lim ketika ini.

“Ye,saya tahu guna komputer” jawab, Ridzal Iman akan pertanyaan tersebut.

MrLim memberikan borang jawatan kosong kepada, Ridzal Iman. Lantas, Ridzal mengisi boring tersebut dan kembali menyerahkan kepada, Mr Lim.

“Baiklah,kerja dekat sini, gaji yang saya boleh bayar dekat awak, rm800 dahulu. Tengok performance awak macamana. Tempohlatihan pula tiga bulan. Kalau youpunya performance baik, saya naikkan gaji awak rm1000 setiap bulan. Ada la tambahan overtime kalau awak kerja lebih masa. Kedai saya buka setiap hari.Cuti routate. Setuju ke?” Mr Lim memberi penerangan kepada, Ridzal Iman yang tampak bersungguh ingin bekerja dipremisnya.

“Saya setuju, bos. Bila saya boleh mula kerja?” tanya, Ridzal Iman sambil tersenyum.

You datang lah lusa. Kedai buka pukul 9pagi sampai 9 malam” jawab Mr Lim kepada pertanyaan, Ridzal Iman.

Ridzal Iman menghulurkan tangan kepada, Mr Lim dan terus melangkah keluar dengan perasaan syuykur.

 

“Dapat kerja ke?” tanya, Puan Rosmah yang kini sedang memasak makanan tengahari.

Ridzal Iman, menarik kerusi di meja makan di ruang dapur. Ridzal Iman, menghadiahkan senyuman kepada ibunya, Puan Rosmah. “Alhamdulillah, mak. Dapat. Kerja kedai percetakan di Pekan Teluk Intan.

PuanRosmah memberikan minuman sejuk kepada anak lelakinya ketika ini. Lantas, Puan Rosmah turut duduk di kerusi meja makan tersebut.

“Mak kesian dekat kamu, Iman” luah, Puan Rosmah. Perasaan sedih menerjah ke sudut hatinya ketika ini.

“Kenapa pulak? Sepatutnya mak happy tengok,Iman happy macam sekarang ni” Kata,Ridzal Iman kepada ibunya.

“Mak tak bagi pendidikan sempurna macam, Nani dapat. Keputusan spm kamu elok…cemerlang. Tapi mak tak bagi kamu masuk universiti” keluh, Puan Rosmah dengan nada sedih.

“Sudahlah mak. Benda dah lepas. Lagipun, bukan kehendak mak nak biar, Iman jadi macamni.Iman ingat lagi kesusahan kita masa ayah baru meninggal. Mak mengasuh anak orang. Dengan pendapatan ayah sebagai buruh kasar, mana cukup masa tu. Tapi apapun, Iman tak pernah menyesal dengan keadaan sekarang. InsyaAllah, mak. Andai ada peluang dan rezeki, Iman nak sambung belajar satu masa nanti” Ridzal Iman memujuk ibunya ketika ini.

 

Nurdini memandang, Zachry yang turut duduk di kerusi hadapan mereka di meja kafe. Amy, juga turut memandang wajah, Zachry yang sedang tersenyum kambing.

“Punya banyak lagi tempat duduk dekat sini. Apasal kau suka kacau aku? Kau ni memang takde kawan lelaki ke apa?” Nurdini, menegur sinis, Zachry.

“Memang aku ramai kawan lelaki, tapi kawan perempuan belum aku ada. Tempat duduk dekat kafe ni memang banyak. Tapi tempat duduk kau ni, kau tak sewa atau beli kan? So, suka hati aku lah kalau nak duduk sini” jawab, Zachry kepada teguran sinis, Nurdini.

Nurdini dan Amy saling berpandangan ketika ini. Tampak sekali wajah, Nurdini yang kurang senang dengan keadaan sekarang.

“Dini,jom keluar dinner dengan aku malam ni?” ajak, Zachry sambil memandang wajah, Nurdini yang cantik mengenakan tudung berwarna kuning lembut.

Sorry lah. I’m bussy. I have a lots assignments. Aku nak siapkan kerja-kerja aku secepat mungkin. Jadi… akutakkan buang masa untuk keluar dengan lelaki yang macam kau ni! ”tolak, Nurdini kepada ajakan, Zachry.

“Akuajak kau, kau tak pernah sudi, kan? sombong!” Nurdini, hanya tersenyum nakal kepada penyampaian kata-kata, Zachry. Zachry bangun dan terus meninggalkan mereka di situ.

 

 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia