Home Novel Cinta Jelmaan Rindu
Jelmaan Rindu
Aimi Sofia
10/7/2018 17:27:38
21,537
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

Ridzal Iman menyusun kertas-kertas di dalam stor tempatnya berkerja. Rajin sekali, Ridzal Iman melaksanakan tugas. Sikap, ridzal iman yang rajin berkerja amat disenangi oleh taukehnya, Mr Lim.

“Iman?”panggil seorang rakan kerjanya di daun pintu.

“Ada apa?” tanya, Ridzal Iman kepada rakannya yang masih berdiri di situ.

“Ada awek cun cari kau dekat depan” maklum rakannya ketika ini.

“Awek cun? Awek cun mana pulak kau ni? Ada-ada je lah kau ni. janganlah ganggu aku,kang bos marah, tak pasal-pasal aku kena pecat” jawab, Ridzal Iman kepada rakannya itu serta tangan dan jari jemarinya masih ligat melakukan kerja.

“Lah betullah apa aku cakap. Pergi lah lekas jumpa dia. Dah marilah aku tolong sambung kerja kau. Pergi dulu jumpa perempuan tu. Dia ada dekat kaunter” suruh rakannya itu lagi.

Ridzal Iman, akur. Dia keluar dari bilik stor dan pergi kearah kaunter. Melihat akan dirinya seorang gadis yang memakai seluar putih bersama blaus hitam.

“Dini?Ada apa awak datang jumpa saya? Nanti tak pasal-pasal mak awak pergi serang mak saya lagi” Ridzal Iman, menyapa Nurdini yang sedang menunggu akan dirinya.

Nurdini memerhati kedatangan, Ridzal Iman.

“Boleh kita keluar kejap?” ajak, Nurdini.

“Untuk apa? Jumpa dekat sini tak boleh ke?” balas, Ridzal Iman yang masih lagi berdiri di situ.

“Saya nak cakap dengan awak pasal kes ibu saya tu. Kejap je. Boleh kan?” ajak, Nurdini lagi.

“Em…kejap. Saya nak maklum dekat kawan saya dulu” pinta, Ridzal Iman yang bersetuju dengan ajakan, Nurdini.

 

Mereka kini duduk berdua di dalam restoran makanan segera. Makanan ringan sudah terhidang di meja makan. Ridzal Iman membayar makanan yang terhidang.

Makanan di meja mereka tidak lagi berusik. Hanya minuman yang disedut mereka.

“Saya nak minta maaf atas apa yang ibu saya buat. Saya nak pergi jumpa, Mak Cik Rosmah, tapi dia tak berniaga pulak hari ni” luah, Nurdini sambil memerhati raut wajah, Ridzal Iman.

“Dahlah, Dini. Benda dah lepas pun. Bagi saya, mungkin ini salah faham. Asalkan kita di pihak yang betul. Dan jangan jumpa mak saya cakap tentang perkara ni lagi. Saya taknak dia tertekan” kata, Ridzal Iman yang memerhati juga lukisan wajah, Nurdini.

“Ini,awak keluar datang jumpa saya… tak pasal-pasal awak kena marah lagi dan mak awak tuduh saya macam-macam pulak” sambung, Ridzal Iman dan seterusnya meneguk air yang terhidang.

“Tak.Sebab saya nak balik ke universit. Ibu dengan abah saya tak tahu yang saya singgah ke pekan” beritahu, Nurdini yang mula meratah isi ayam di dalam pinggan.

Ridzal Iman hanya mendengar jawapan bicara, Nurdini. Ridzal Iman memberhenti bicara seterusnya. Seakan tiada apa lagi yang harus dibualkan dengan gadis yang duduk makan bersama dirinya kini.

 

Setelah selesai berjumpa dengan, Ridzal Iman, Nurdini kembali memandu pulang ke universiti.Dalam perjalanan itu, dia tak habis-habis memikir soal, Ridzal Iman. Fikiran dia kini berkecamuk. Merasa perasaan asing yang menerjah ke dalam lubuk katinya ketika ini.

Nurdini memarkir kereta di zon yang disediakan oleh pihak asrama. Dia melangkah keluar dari perut kerta dan menuju naik ke tingkat asrama.

 

Ridzal iman menyambung tugasan kerja untuk mencetak kad kahwin pelanggan. Tiba-tiba, Nurdini muncul di benak fikirannya.Ridzal Iman sedar akan nama yang muncul dalam kotak fikiran.Ridzal Iman lekas bangun dan mengambil air untuk diminum. Dia tak mahu memikirkan benda mengarut baginya.


“Assalamkualaikum,anak mak… Apa khabar?” mesra sahaja, Puan Rosmah berbual di telefon  dengan Rosnani, anak keduanya.

“Bila,Nani nak balik? Mak ni… rindu sangat dah dengan anak mak ni?” tanya, Puan Rosmah sambil tersenyum manis.

“InyaAllah, Nani balik hujung minggu ni. Nanti kita jumpa ye?” jawab, Rosnani yang kini sedang menyambung pengajian di maktab perguruan di Kedah.

 

Setelah tiba di asrama, Nurdini terus membuka laptop miliknya. Mahu mengulangkaji pelajaran memandangkan minggu hadapan akan bermulanya peperiksaan sebelum cuti semester bermula.

Sedang menunggu laptop dibuka, entah kenapa, Nurdini asyik terkenangkan sang lelaki yang berkulit sawo matang, ada sedikit kumis, tinggi, dan badannya sedikit tegap yang ditemuinya tadi.

“Entah kenapa dengan aku ni? Asyik terfikir dia je?” Nurdini menggaru dahi yang tidak gatal. Nurdini tidak mahu melayan perasaanya, dan kini dia sedang mula mengulangkaji pelajaran.

 

Timah menjengah lagi di perkarangan rumah, Hajjah sofiah. Dilihat akan Timah, Hajjah Sofiah yang sedang mengangkat kain yang sudah kering di jemuran.

“Hajjah,mari kita makan garam belacan. Ni ha, aku ada bawak mangga muda jugak ni” ajak,Timah yang sedang melangkah duduk di kerusi batu di perkarangan rumah, Haji saaridan Hajjah Sofiah.

Hajjah Sofiah memasukkan baju-baju yang diangkat dari jemuran ke dalam bakul. Bakul baju tersebut diangkat dan diletakkan di dalam rumah. Lantas, Hajjah Sofiah keluar kembali untuk menikmati garam belacan bersama mangga muda yang dibawa Timah,jirannya.

“Sedap garam belacan kaun ni, Timah” puji, Hajjah Sofiah semasa menikmati garam belacan itu.

Timah hanya tersenyum tatkala mendengar pujian, Hajjah Sofiah.

“Boleh berniaga ni” kata, Hajjah Sofiah lagi.

“Sebut kata berniaga, aku tengok dah lama si… Rosmah tu tak berniaga nasi lemak”maklum, Timah kepada, Hajjah Sofiah yang masih mengunyah mangga muda.

“Em,dah senang kot. Sekarang ni, Iman kerja di pekan katanya”  maklum, Hajjah Sofiah kepada, Timah yang turut mengunyah mangga muda dari tadi.

“Kerja apa, Iman tu? Kelulusan setakat spm je. Lainlah anak-anak kita yang masuk universiti” Timah, seakan memperlekeh anak, Puan Rosmah iaitu Ridzal Iman.

“Katanya kerja di kedai cetak” beritahu, Hajjah sofiah yang sudah berhenti dari menikmati mangga muda. Tidak tahan masa katanya kepada, Timah.

“Ala…setakat kerja kedai berapa sen sangatlah gaji nya” Timah merendahkan lagi pekerjaan, Ridzal Iman.

“Aku tak kisahlah dia orang anak beranak tu nak buat apa… yang aku kisah jangan kacau anak dara aku! Kalau dikacaunya lagi, mahu aku pancung kepala budak, Iman  tu!” benci sungguh, Hajjah Sofiah kepada,Ridzal Iman yang hanya dipandang sebelah mata.

 

“Ramlah,bagi aku santan 3kg, beras 10kg, minyak 3kg”, pinta, Puan Rosmah pada taukeh kedai runcit di kampung mereka.

Setelah beberapa minit, ramlah membawa semua barang yang diminta Puan Rosmah kekaunter. Sambil mengira harga barang di mesin kira-kira, ramlah turut memasukkan barang-barang yang dibeli, Puan Rosmah ke dalam beg plastik berwarna merah jambu. Puan Rosmah membayar harga barang-barang tersebut.

 Hendak sahaja, Puan Rosmah mengambil barangan yang dibelinya kini dia terhenti setelah mendengar apa yang dibicarakan oleh, Ramlah.

“Satu kampung menjaja cerita anak kau dengan anak ketua kampung, Dini”.

“Aku tahu, Ramlah. Aku belum pekak lagi. Biarlah orang nak cakap apa pun, yang penting aku tahu macamana perangai anak aku, Iman tu. Lagi satu… Hajjah Sofiah tu dah pun pergi umrah dan haji. Umrahnya dah tak tahu berapa kali sebelum dapatnya haji. Kalau perangai buruk, dia tak boleh nak ubah… biar Allah je yang merubah dia” kata, Puan Rosmah kepada taukeh kedai yang bernama, Ramlah. Puan Rosmah bersahabat baik dengan, ramlah. Hanya ramlah yang tidak bermulut jahat bagi,Puan Rosmah.

“Aku pun kenal, Iman tu macamana orangnya. Rajin kerja, ada tanggungjawab… pandai cari duit.” Puji, Ramlah kepada sahabatnya, Puan Rosmah.

Puan rosmah mengambil air didalam peti ais yang terdapat di kedai, Ramlah. Lantas meneguk air sejuk itu. “Aku kadang kesian dengan anak aku tu, Ramlah. Nasibdia. Spm dia dulu elok. Elok pada adik dia Nani. Tapi kami takde duit nakhantar dia masuk universiti masa tu. Kau pun tahu masalah aku, Ramlah”

“Aku tahu, Rosmah. Apa yang aku harap, Iman tu akan berjaya kemudia hari. Biarlah orang hina dia, orang cakap bukan-bukan pasal dia. Satu hari nanti… allah akan buka mata orang kampung ni”. Puan Rosmah memberikan senyuman manis kepada, Ramlah setgelah mendengarnya.

 

 

 

 

 

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia