Home Novel Cinta Jelmaan Rindu
Jelmaan Rindu
Aimi Sofia
10/7/2018 17:27:38
21,501
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

“Assalamualaikum” Hajjah Sofiah memandang wajah yang memberikan salam.

“Waalaikumussalam.Ada apa, Timah?” tegur, Hajjah Sofiah kembali kepada teguran jirannya, Timah.

Timah memandang, Hajjah Sofiah yang baru selesai menjemur kain di ampaian luar. “Jomlah duduk dekat sana. Panas ni” ajak, Timah kepada, Hajjah Sofiah. Mereka kini berjalan seiring duduk di kerusi batu di halaman rumah, Haji Saari dengan,Hajjah Sofiah.

“Ada apa kau ni?” tanya, Hajjah Sofiah seakan pelik dengan kelakuan, Timah ketikaini.

“Anak kau mana?” tanya, Timah yang hendak memulakan bicara.

“Anak aku yang mana satu? Anak aku tiga orang. Yang lain tak balik. Yang ada dekat dalam tu, Dini je” maklum akan, Hajjah Sofiah kepada pertanyaan Timah,jirannya.

“Aku tanya, Dini, lah!” beritahu, Timah semula.

“dah kenapa dengan, Dini? Kau nak jumpa dia ke?” tanya Hajjah Sofiah sambil kening dikerutkannya.

“Taklah! Aku datang ni nak jumpa kau, hajjah!” Hajjah Saadia hanya memandang wajah,Timah sekarang ini.

“Malam tadi… aku nampak anak,  Rosmah… Iman, datang hantar anak kau balik rumah!” maklum akan,Timah dengan mimik muka menghasut.

“Kau biar betul, Timah?  Rasanya anak aku takkeluar pergi mana-mana pun. Sebab kereta dia ada di bengkel” Hajjah Sofiah cuba menidakkan.

Timah,kini menggarukan kepala yang memakai tudung berwarna merah. “Aku ni belum buta lagi, Sofiah! Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri yang budak, Iman tu datang dengan kereta dia… dan hantar, Dini balik. Aku tak buta lagi tau! Kalau kau tak percaya kata aku ni, cuba kau tanya, Salleh. Salleh pun ada malam tadi.Dia pun tengok!”.

“Kau nampak, Iman ke dalam kereta tu?” tanya, Hajjah Sofiah lagi inginkan kepastian.

“Memang aku tak nampaklah muka, Iman tu. Tapi akau tahulah… itu kereta dia! Viva warna hijau” maklum akan, Timah lagi.

“Entak-entah kawan, Dini tak yang hantar? Kereta viva hijau… banyak Timah!” Hajjah Sofiah cuba menidakkan.

“Aku ni siap hafal lagilah nombor-nombor kereta orang dalam kampung ni. Kalau kau tak percaya cakap aku, cubalah kau tanya anak kau, Dini!” Timah tidak kalah.Timah mahu juga menyatakan apa yang dibicarakkanya itu adalah betul. “

Takpelah,Timah.Aku nak masuk ke dalam, nak masak. Dah tengahari ni. Kejap lagi, Haji saari balik” Hajjah Sofiah mahu lekas masuk ke dalam rumah.

Timah juga melangkah pulang ke rumahnya ketika ini.

 

“Dini? Dini?! “ panggil, Hajjah Sofiah akan nama anaknya, Nurdini.

Nurdini yang sedang menyiapkan assigmennt, melangkah keluar dari bilik. “Kenapa, ibu?”.

“Mari sini kejap!” arah, Hajjah Sofiah kepada, Nurdini untuk duduk dengan dia diruang tamu.

Nurdini tidak membantah dan hanya turutkan kemahuan ibunya. Nurdini merebahkan pinggul di atas sofa, berhadapan dengan ibunya, Hajjah Sofiah.

“kenapa ibu?” tanya, Nurdini lagi kepada ibunya.

Hajjah Sofiah memandang wajah, Nurdini geram. Nurdini nampak akan wajah marah ibunya ketika ini.

“Kamu pergi kemana malam tadi?” tanya, Hajjah Sofiah.

“Kan,Dini dah bagitahu abah… yang, Dini nak keluar ke pecan. Dini, nak prin outt kertas kerja, Dini” maklum,Nurdini dengan jujur.

“Ibu tanya kemana kamu pergi semalam!” tengking, Hajjah Sofiah.

Nurdini terkejut dengan lontaran suara ibunya ketika ini. “Ibu… Dini dah bagitahu kan,Dini ke pekan saja. Lepastu, Dini balik. Ibu dengan abah pun nampak kan, Dini ada dekkat rumah masa ibu dengan abah sampai balik sini”.

“Beritahu ibu… yang, Dini nak keluar dengan teksi, kan??” tegas, Hajjah Sofiah lagi.

“Ye.Dini pergi dengan teksi. Kenapa, ibu?” Nurdini pelik dengan situasi sekarang.Wajahnya tampak gusar ketika ini bila berhadapan dengan reaksi ibunya seumpa kini.

“Kamu bohong ibu ye?! Ibu tak pernah ajar anak-anak ibu bohong, Dini!” tengking,Hajjah Sofiah sambil memandang wajah anak bongsunya, Nurdini.

“Dini tak tipu, ibu. Memang, Dini pergi ke pekan dengan teksi”. “Habistu, Mak Cik Timah kamu bagitahu ibu, Iman yang hantar kamu balik rumah tu apa??”.

Nurdini terkejut dengan kenyataan ibunya ketika ini. “ibu, malam tadi memang, Imanhantar, Dini balik. Dini tengah tunggu teksi. Tapi teksi tak juga datang-datang.Kebetulan, Iman kerja dekat pekan, dan dia ajak, Dini tumpang balik dengan kereta dia. Tak salah kan ibu? Cuma hantar balik” Nurdini bercerita denganjujur dan berharap supaya ibunya faham.

“Dengar sini, Dini! Ibu tak suka kamu rapat dengan iman! Budak tu tak belajar tinggi.Takde masa depan yang cerah!! Ibu tak berkenan!” hajjah Sofia, bingkas bangun meninggalkan, Nurdini di situ. Nurdini mendengus kecil dan merasa hairan dengan kenyataan ibunya.

 

Haji Saari melangkah masuk ke dalam rumah. Menghulurkan botol minyak masak kepada isterinya, Hajjah Sofiah. Hajjah sofiah mengambil botol minyak masak itu dengan wajah mencuka. Botol minyak masak itu diletakkan dengan kuat di atas mejamakan.

“Dah kenapa dengan kamu ni, Sofiah” tanya, Haji Saari dengan wajah yang hairan akan sikap amarah isterinya

“Takde apalah. Lambat sangat awak bawak balik minyak ni. Saya nak masak pun susah”Hajjah Sofiah tidak pula menceritakan hal sebetulnya kepada suami.

 Seperti biasa, pagi itu, Nurdini mahu mengambil kunci kereta abahnya, untuk pergi membeli nasi lemak, Puan Rosmah.

“Kemana kamu nak pergi?” tegur, Hajjah Sofiah kepada anak bongsunya, Nurdini yang cantik memakai kain labuh berserta blaus.

“Dini nak pergi beli nasi lemak.” Jawab, Nurdini dengan kunci kereta digenggamannya.

“Bagi dekat ibu kunci kereta tu” pinta, Hajjah Sofiah.

“Kejaplah.Dini nak pergi beli nasi lemak dulu. Abah pun suruh, Dini pergi beli. Lepas,Dini balik, ibu gunah kereta ye?” Nurdini menyatakan hasrat dan menolak permintaan ibunya.

“Bagi ibu kunci tu, ibu cakap!” Nurdini, tidak membantah kini dan turutkan sahaja permintaan ibunya ketika ini. Hajjah Sofiah, mengambil kunci itu dan memandang wajah mulus anaknya.

“Dengar sini! Mulai sekarang… ibu tak benarkan, Dini pergi beli lagi nasi lemak dekat mak, Iman, Rosmah!” Nurdini memandang pelik akan perubahan sikap ibunya.

 

Hajjah Sofiah memandu kereta suaminya dan memberhentikan kereta di hadapan jualan nasi lemak, Puan Rosmah.

Hajjah Sofiah memandang wajah, Puan Rosmah yang kini senang menghadiahkan senyuman manis kepadanya.

“Hajjah? Selalunya, Dini yang datang beli kalau dia balik rumah, Hajjah. Kalau dia tak datang beli, mesti, Haji saari yang datang beli” mesra sahaja, Puan Rosmah menegur, Hajjah Sofiah.

Sebaliknya lain pula, Hajjah Sofiah, yang terus memandang mencari kereta, Ridzal Iman.“Iman tak datang tolong kamu, ke?”.

“Iman dan tak tolong saya niaga dekat sini. Dia sekarang dah kerja di pekan” maklum akan, Puan Rosmah sambil menghulurkan beg plastik kepada, Hajjah Sofiah agar,Hajjah Sofiah boleh mengambil apa yang mahu dibeli.

“Aku datang… bukan nak beli nasi lemak atau kuih dengan kau!” maklum, Hajjah Sofiah dengan nada amarah dan wajah yang mencuka.

Puan Rosmah seakan pelik apabila memandang wajah amarah, Hajjah Sofiah, yang berdiridi hadapnnya.

“Ada apa hajjah datang jumpa saya?” soal, Puan rosmah dengan perasaan pelik.

“Aku datang, nak kau bagitahu anak kau, iman, supaya jangan nak rapat-rapat dengan anak aku, Dini!”. Puan Rosmah memandang pelik dan muncul perasaan terkejut kepada amaran, Hajjah Sofiah kepada anak lelaki sulungnya, Ridzal Iman.

“Kenapa hajjah cakap macamni? Iman ada buat benda yang tak baik ke dengan anak hajjah?”tanya, Puan Salmah dengan getar di dada.

“Takkan nak tunggu jadi benda tak elok dulu… baru aku nak cakap dengan kau pasal anak kau?!! Macamni lah…. kau tanyalah dengan anak kau sendiri. Dan… lagi sekali aku pesan dekat kau, jangan cuba biarkan, Iman rapat dengan anak aku, Dini! Aku takkan setujulah kalau dia ada cita-cita nak kahwin dengan anak aku, Dini! Anakkau tak layak dengan anak aku! Bagaikan enggang dengan pipit!!”.

Hajjah Sofiah, tidak mahu lagi berdiri di situ. Hajjah sofiah, kini kembali ke keretanya,dan terus memandu pergi meninggalkan, Puan Salmah di situ.

Puan Rosmah, terduduk dan bersandar di kerusi. Merasa pelik dan terkejut atas amaran yang diterimanya dari, Hajjah Sofiah. Sekarang ini muncul perasaan geramnya kepada anak sulungnya, Ridzal Iman.

 

Selalunya,ketika ini, Puan Rosmah sedang memasak sambal di dapur untuk diniagakan esok harinya  bersama nasi lemak. Tetapi sekarang ini tidak seperti kebiasaan. Dia hanya menunggu kepulangan anaknya,Ridzal Iman.

Kedengaran pintu kereta, Ridzal Iman ditutup. Ridzal Iman masuk ke dalam rumah dan memandang wajah ibunya, yang sedang berdiri di hadapan pintu utama rumah mereka. Ridzal Iman melihat kelakuan ibunya yang sedang memeluk tubuh ketikaini.

“Kenapa mak? Berdiri tercegat macamni… macam nak sambut penyamun masuk rumah” tegur,Ridzal Iman sambil menyangkut kunci keretanya di tempat kuci yang disediakan didinding rumah itu.

“Mak nak tanya kamu ni, Iman!” tanpa melengahkan lagi, Puan Rosmah terus melontarkan suara kepada, Ridzal Iman.

Ridzal iman yang masih berdiri di situ memandang hairan akan sikap ibunya ketika ini.“Nak tanya? Mak nak tanya apa? Tanyalah,”.

“Kamu ada apa-apa ke dengan anak ketua kampung, Dini?!” tanya, Puan Rosmah dengan tegas.

“Dini?”soal kembali, Ridzal Iman, dengan hairan.

“Ye.Dini!” jawab, Puan Rosmah sambil menahan rasa geram di benak hati.

“Apa soalan pelik yang mak tanya ni? Apa yang mak tanya tadi? Iman ada apa-apa kedengan, Dini? Apasal mak tanya, Iman dengan soalan yang macamni ha?” tanya,Ridzal Iman dengan reaksi wajah terkejut.

Puan Rosmah kini melangkah kaki duduk di sofa. Ridzal iman turut ikut langkah ibunya.

“Tadi…Hajjah Sofiah datang jumpa mak, dan pesan dekat kamu, jangan sesekali dekat dengan anak dia!”. Kata-kata, Puan Rosmah membuatkan, Ridzal Iman terkejut.Seakan mahu terlopong mulutnya. Tak tercapai akalnya setelah mendengar apa yang diberitahu ibunya, Puan Salmah.

Ridzal Iman, teringat sesuatu yang menerjah masuk ke dalam fikirannya ketika ini.Sememangnya dia ada menghantar, Nurdini pulang ke rumah pada malam sebelumnya.“Ini pasal, Iman hantar dini balik rumah dia ke malam haritu?” tanya, Ridzal Iman kepada ibunya dengan suara yang perlahan.

“Kamu hantar dini balik? Malam-malam kamu hantar anak dara orang balik? Untuk apa,iman??” tanya Puan Rosmah setelah mendengar kenyataan anaknya, Ridzal Iman.

“Malam tu, Dini ada ke kedai, Iman. Masa, Iman nak balik, Iman nampak dia tengah tunggu teksi. Dalam gelap pulak tu dia tunggu. Sebab itulah, Iman ajak dia balik tumpang dengan, Iman. Lagipun kita duduk sekampung. Takde niat lain, mak. Iman hanya niat nak tolong dia hantar balik rumah. Tu je” terang, Ridzal Iman.

“Apa saja niat kamu, orang takkan dengar, Iman. Apa saja niat baik kamu, orang takkan nampak, Iman. Malah orang takkan endah apa saja niat baik kamu, nak! Sebab kamu tak layak dengan, Dini. Andai kamu ada perasaan dengan, Dini… cepat-cepat kamu padamkan, Iman!!” air mata, Puan Rosmah mahu tumpah di hadapan anaknya,ridzal iman. Puan rosmah bingkas bangun dan melangkah pergi ke dapur.

Ridzal Iman, merasa sangat hairan dengan apa yang diperkatakan oleh ibunya. Dia merasa hairan kenapa, Hajjah Sofiah datang bercakap seperti demikian kepada ibunya atas niat baiknya pada  malam itu.

Ridzal Iman bangun meninggalkan sofa di situ. Melangkah kaki masuk ke dalam bilik. Duduk dirinya atas kerusi yang terdapat di dalam bilik itu.

Ridzal Iman mecapai telefon bimbit di dalam  beggalas. Melihat di instagram, akan nama Nurdini Haji Saari di kumpulan komuniti kampungmereka.

Terus,Ridzal iman menghantar mesej kepada, Nurdini di mesej intagram.

Ridzal Iman: Dini… kenapa, Hajjah Sofiah datang jumpa mak saya? Mak saya cakap bukan-bukan pada saya disebabkan ibu awak datang jumpa dengan mak saya. Ada apayang saya tak tahu ke? Dan ada perkara yang saya perlu tahu ke?.

 

Nurdini ketika menekan papan kekunci komputer berhenti dari terus menaip, setelah terdengar bunyi deringan di telefon bimbit. Lantas mengambilnya dan terlihatakan seseorang yang menghantar pesanan ringkas di ruang mesej di dalam aplikasi instagram

Melihatnya akan nama, Ridzal Iman. Ada sedikit senyuman di bibir dan munculnya perasaan asing dibenak sanubari. Tetapi senyuman itu terhenti setelah selesai membacanya.Nurdini meletakkan telefon bimbitnya di meja komputer, dan melangkah keluar dari dalam bilik.

Berjalanmenuju ke tempat ibunya, yang sedang leka menonton drama di televisyen.

“Ibu?”pangil, Nurdini kepada, Hajjah Sofiah.

HajjahSofiah, hanya memandang kearah anaknya menggantikan jawapan pada teguran.

“Kenapa ibu pergi jumpa mak, Iman? Untuk apa ibu? Atas alasan apa ibu pergi jumpa, Mak CikRosmah?” tanpa berlengah, Nurdini terus mengajukan soalan itu kepada ibunya, HajjahSofiah.

Hajjah Sofiah, yang leka menonoton televisyen, terus bangun dari duduknya lalu memandang wajah anak bongsunya, Nurdiuni.

“Kenapa? Iman, ke yang bagitahu kamu? Ha?! Wah… dah pandai jumpa dia senyap-senyap ke?”tanya, Hajjah Sofiah dengan suara yang lantang.

“Ya Allah ibu…. Iman dengan, Dini takde apa-apa ibu. Kami memang takde apa-apa hubungan istimewa pun.  Ini ke… cara membalas jasa niat baik orang? Macam ni ke ibu? Sepatutnya ibu pergi jumpa, Mak Cik Rosmah untuk ucap terima kasih sebab hantar anak ibu pulang rumah dengan selamat. Malam tu… kalau, Iman takde dan teksi tak sampai-sampai… apa nasib,Dini pun kita tak tahu, ibu. Tapi kenapa ibu pergi cakap sebaliknya?”.

“Sudah, Dini! Cukup! Jangan nak ajar ibu pulak. Dah besar panjang sekarang ni, cakap ibu pun kamu membantah!” marah, Hajjah Sofiah atas apa yang diungkapkan oleh, Nurdini.

Pertelingkahan antara dua beranak itu tidak pula didengari oleh, Haji Salleh yang keluar ke kedai untuk membeli barang dapur.

Nurdini melangkah kaki masuk ke dalam bilik meninggalkan ibunya di situ.

 

Pintu kamar, Ridzal Iman diketuk. Ridzal iman yang baru selesai solat bangun dan  pergi membuka pintu bilik. Di hadapannyasekarang ini adalah ibunya, Puan Rosmah.

“Jom makan malam” ajak, Puan Rosmah yang kini tiada lagi nada marah.

RidzalIman turutkan sahaja perlawaan ibunya. Mereka kini hanya duduk berdua di kerusi meja makan yang terdapat di dapur reumah sederhana mereka.

“Mak marah kamu sebab mak nak tegur. Mak tegur sebab mak sayang. Mak tak suka orang cakap bukan-bukan pasal anak mak” luah, Puan Rosmah sambil menghulurkan pinggan nasi kepada, Ridzal Iman.

Ridzal Iman memangambil pinggan diisi nasi putih yang dihulurkan oleh ibunya. “Mak kenal anak mak, kan? Mak tahu sikap, Iman macamana. Dan mak tahu apa yang, Iman nak dan taknak dalam hidup ni” cakap, Ridzal Iman kepada ibunya. Ibunya hanya memandang kosong wajah, Ridzal Iman.

“Ye,mak kenal anak mak. Tapi mungkin mak tak kenal siapa anak mak dekat luar sana tu. Sebab mak takde dengan anak-anak mak 24 jam” jawab, Puan Rosmah pada soalan anaknya.

“Kalau mak kenal anak mak, mak tak sepatutnya marah, Iman. Sepatutnya, bila mak dengar kisah yang tak elok tentang anak-anak mak…. mak dengar telinga kanan dan keluar telinga kiri. Kami dididik dengan sempurna dah mak. Dalam rumah dan luar rumah,kemana pun kami, kami tetap orang yang sama. Tetap anak-anak mak dan ayah”.

“Maafkan mak” jari jemari, Ridzal Iman digenggam, Puan Rosmah.

 

 

 

 

 

 

 


Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Aimi Sofia