Salahkah aku,
Memilih jalan hidupku,
Meniti perih keringatku,
Demi pegangan diriku.
Bukan aku memijak kamu,
Meludah di hati kamu,
Menconteng maruahmu,
Jauh sekali membencimu.
Mengapa engkau jadi begini,
Semua ceritamu tentangku,
Buruk benar aku,
Seperti aku mimpi ngerimu.
Aku lali dengan ceritamu,
Siang malam mampu ku simpan,
Namun kamu menitikkan gelap dihati ahliku,
Mencatas hormatku padamu
Walau aku bertegur denganmu,
Walau senyum lebar di pipiku,
Namun hatiku mula tertutup buatmu.
Menyampah dengan alkisah mu.
Wahai insan yang pernah ku kenali,
Simpanlah mimpimu di laci,
Jangan pernah kau bukanya kembali,
Kerana benciku tersimpan sekali.