Home Novelet Komedi/Romantik Komedi AKU BUKAN PLAYBOY
AKU BUKAN PLAYBOY
masterzaki
23/6/2018 07:27:15
49,293
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 9

Aku bukan ‘Playboy’

Bab 9

Ye. Betul. Saya bukan‘Playboy’

________________________________________

Aku berjalan menuju ke parkir keretadi level 2 KLIA ini. Sedang aku menuruni ‘escalator ‘ tiba-tiba aku terperasanseorang gadis berkulit putih, bercermin mata dan bertudung biru. Sedang menaiki‘escalator’. Kami bertentangan arah. Sebab itu aku dapat melihat dengan jelaswajahnya.

 

Nani. Kawan lama ku sewaktu belajardulu. Eh lawa pulak dia sekarang. Kena tegur ni.

 

Sampai je ke bawah hujung ‘escalator’arah turun ini, aku pergi ke ‘escalator’ naik semula. Aku mempercepatkanlangkah ku mengejar Nani yang sedang berjalan 20 langkah di depan ku.

 

Walaupun dia memakai baju kurungmoden, dapat ku lihat bentuk badannya. Tidak kurus sangat dan tidaklah gemuk.Sedang-sedang saja badannya. Memang kelihatan sopan dia dengan baju kurungwarna biru gelap bercorak bunga kecil dan bertudung.

 

Aku berjalan seiringan dan memandangmukanya, lalu menegur, “Assalamualaikum.”

 

Nani berhenti melangkah. Memandangmuka ku. “Eh, Zul.” Terkejut melihat aku.

 

Aku tersenyum dan membalas, “Nani buatapa sini. Saya nampak awak naik escalator sebelah saya tadi. Tu saya tegur awakni.”

 

“Oh ye ke. Sori tak perasan. Saya barulepas hantar kawan saya tadi. Dia pegi oversea. Ni saje nak cari tempat makan.Zul dah makan? Jom sekali.” Nani mempelawa.

 

“Eh, elok sangat lah tu. Saya memangbelum makan lagi ni. Jom.” Balas ku.

 

Sambil berjalan mencari restoranmakanan segera di dalam KLIA itu, kami berbual.

 

Nani bertanya, “Zul buat apa kat sini?Hantar kawan jugak ke?”

 

Alamak, kantoi aku nanti kalau citerhal sebenar. Kang nak ngorat tak dapat lak. Pantas akal ku mencari jawapan.

 

Spontan aku menjawab, “Oh, saya tadihantar makcik saya. Dia balik Sarawak. Jumpa sedara dia.”

 

“Eh. Zul orang Sarawak ke? Tak taupulak?”

 

“Saya orang Kajang. Selangor. Makciksaya yang Sarawak.”

 

“Kalau makcik awak Sarawak. Mesti awakpun ada darah Sarawak kan?” Nani mengangkat kening kanan sedikit. Keliru denganjawapan aku.

 

Aku pun ‘confuse’. Betul jugak kataNani ni. Nak ‘gebang’ pun biarlah logik kan. Jap, akal aku membetulkan cerita.

 

“Makcik saya punya suami orangSarawak. So dia balik jumpa sedara suami dia la.” Hehehe. Bijak tak akumencipta ‘cover story’. Tersenyum Nani. Puas dengan jawapan aku.

 

Nani mencari meja makan di suatu sudutdalam restoran segera ini. Aku pula memesan makanan di kaunter. 10 minitkemudian aku membawa 2 set makanan segera ke meja makan yang dipilih Nani.Hanya burger dan kentang goreng sahaja. Bersama 2 gelas minuman.

 

Setelah menghirup sedikit minumanbergas tersebut, aku mula bicara.

 

“Lama dah kita tak jumpa ye?”

 

“Ahah. Lepas abis diploma kat UiTM tu.Terus tak penah jumpa kan? 5 tahun ada kot”. Kata Nani.

 

“Awak lepas abis diploma buat apa?Terus keje ke sambung balaja?” Tanya ku.

 

“Saya sambung buat Pentadbirankorporat. Dah habis dah. Sekarang keje dengan satu private company di KualaLumpur.”

 

Sambil berborak berdepan ni, akumelihat dengan teliti wajah Nani. Makin ayu. Berkulit putih. Kanta cermin matayang dipakai jenis ‘transition’. Bibirnya mungil. Sesekali dia tesenyum,kelihatan dua lesung pipit manis dihujung bibir itu.

 

Nani perasan aku merenungnya dengandalam. Lalu dia menegur, “Awak tengok saya semacam je. Nape ye? Hehehe. Sayamakin gemuk ke?” Tanya Nani sambil tersenyum. Nampak lesung pipitnya itu.

 

“Eh tak. Makin gemuk? Tak lah. Makinlawa ada la.” Jawab ku jujur.

 

Aku menambah, “Awak nak tahu saturahsia tak?”

 

“Apa dia?”

 

“Saya suka tengok perempuan bertudung.Manis. Ayu”

 

Lantas Nani mengerutkan dahi memandangku dengan dalam. Lalu dia tersenyum. “Oh sebab tu awak tengok saya semacamtadi?” Hehehe. Nani tergelak kecil.

 

Aku menjelaskan.

“Sebenarnya. Ustazah saya masa sekolahdulu penah pesan. Nama dia Ustazah Anoryah. Dia kata. Kalau buah nangka tu,kita nak makan yang elok. Mestilah buah nangka yang berbungkus cantik sejakkecil. Bila buah tu membesar, takde lah lalat atau ulat yang boleh hinggap danmerosakkan buah itu. Jadi kita yang makan buah nangka tu pasti dapat buah elokdan sedap. Perempuan pun macam tu jugak. Bila dia bertudung. Perangai cantik.Badan pun cantik. Tiada cacat cela. Lelaki pun suka. Betul tak?”

 

Nani tertunduk. Malu agaknya. Kemudianmengangkat mukanya dan berkata, “Tapi saya tak sebulat buah nangka kan?”Hehehe. Kami tergelak bersama.

 

Air di gelas ku dah semakin sikit.Lalu aku sedut sikit-sikit agar dapat menarik masa berbual kami menjadi lebihlama.

 

Aku bertanya, “Sebenarnya, saya taktau pun pasal diri awak. Family awak dan sebagainya. Yelah masa belajar dulukan kita kurang bertegur sangat. Cuba citer sikit pasal diri awak?”

 

“Em ok. Saya asal dari Hulu Langat.Family pun asal Hulu Langat. Saya sekolah menengah di Sekolah Agama MenengahBt. 10, Cheras. Orang panggil SAM10. Sebab tu saya dah biasa pakai tudung. Dulutudung bulat. Tudung labuh. Sekarang ni pendek sikit kot.” Nani tergelak malu.Menghirup sedikit ‘ais lemon tea’ dalam gelasnya.

 

Lalu menyambung, “Adik beradik saya 3orang. Saya yang sulung. Dulu saya pernah bertunang. Tapi takde jodoh. Kamiputus selepas setahun bertunang. Keluarga dia pilih gadis lain. Tak apa lah.Saya redha.” Nani menutup kisahnya dengan nada yang agak sedih.

 

Aku rasa bersalah sebab bertanya kisahlama. Untuk menceriakan balik suasana, aku berkata, “Saya pun. Nak bertunang.Nak kahwin. Tapi takde orang nak kat saya. Hehehehe.” Tergelak kecil.

 

Nani kembali tersenyum. “Mustahil awaktakde makwe. Atau bersepah-sepah makwe awak. Orang handsome dan berharta macamawak ni. Tak percaya saya kalau kata takde makwe.” Nani cuba menyiasat agaknyadalam pujian ini.

 

“Makwe? Ish mana saya ade makwe. Awaktengok saya jalan tadi pun sorang-sorang kan?” Jawab ku.

 

Memang la aku takde makwe tadi. Sebabmakwe aku dah terbang pergi Sarawak. Yang Sue pulak kat Hospital PPUM. Somemang la takde makwe. Sekarang. Waktu kini – ‘Real Time’. Hehehe. Aku jujurkan?

 

“Ye ke ni.” Tanya Nani untukkepastian.

 

“Ye. Betul. Saya bukan ‘Playboy’.”Jawab ku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.