Berkahwin dengan bekas tunang yang tidak pernah tunjuk batang
hidungnya? Hmm… Bukankah seperti sudah ludah jilat balik? Entah kenapa, Dian
tidak mampu berkata tidak kepada ayah dan ibunya.
Zamil pula mengamuk sampai demam tiga hari kerana dipaksa berkahwin.
Tetapi, setelah berjumpa dengan Dian, dia pula yang bagai tidak sabar-sabar
menuju gerbang perkahwinan. Kalut sangat apabila jatuh cinta, hampir terlupa membeli cincin kahwin!
Baru sahaja bergelar suami isteri, mereka telah menjadi pasangan
yang romantik dan serasi bersama. Namun, tatkala bahagia menyulam cinta,
tiba-tiba jarum pengaitnya hilang entah ke mana. Zamil jadi sasau apabila Dian
menghilang tanpa sepatah kata.
Ida pula terpaksa mengupah Asmidar untuk mengurat abangnya yang
hidup dalam dunianya sendiri. Semangat Asmidar sudah berkobar-kobar, tetapi
syarat Ida memang potong stim betul! Ada ke suruh mengurat abangnya yang handsome,
tetapi tidak boleh jatuh cinta kepadanya?
Apakah tujuan sebenar Ida dan apakah sudahnya cinta ekspres Dian
dan Zamil?
Andai ada benci, mengapa sempat merindu?