Aku tulis agar ia menjadi saham untuk ku diakhirat
bila berdiri dihadapannya nanti , semoga ALLAH SWT tumpahkan manfaat kepadaKU
yang menulis , dan kepada pembaca yang membacanya , semoga perolehi ibrah dan
mauizah darinya , moga ALLAH redha atas Usaha kecil ini.
CINTA. Ya. AKU focus pada cinta . Dan
inilah yang pertama nya aku untuk aku Cuba berkongsi. Aku melihat Hakikat cinta
itu dikotori pelbagai pandangan. Dengan Pandangan ORANG BARAT maka jadilah
Cinta itu diantara ruang lelaki dan perempuan semata-mata, tanpa sedar dosa
makin bertambah tanpa ada ditengahnya cinta hakiki.
Sejauh mana kita mengetahui cinta itu?
Dan apakah asas cinta, bagaimana hakikat cinta itu?
Persoalan demi persoalan dilontarkan , tiada
kata dikeluarkan , cinta itu terlalu mendalam
sehingga saat nanti aku menjadi malu akan keterangan ku .
Cinta
seluas maknanya
lakaran tulisan aku mengambilnya sebagai manfaat untuk diri dan kamu .
Syed Qutb berkata:
“Kemenangan berupa syurga itu disimpan untuk mereka
yang wajar menerimanya dan tidak wajar menerimanya melainkan orang-orang yang
sanggup berdiri teguh sehingga ke akhirnya. Mereka teguh menghadapi kesusahan
dan penderitaan, sanggup menghadapi goncangan-goncangan dan mereka sanggup
menghadapi rempuhan ribut badai”
Subhanallah…subhanallah…
Ringkasan coretan,
"Tarbiyah cinta Allah adalah tarbiyah yg cukup indah...Tarbiyah cintaNya hanya akan dirasai oleh jiwa yang juga mencintaiNya
dengan setulusnya…
Buat mereka yang sentiasa berusaha mencari dan mencari cinta Allah, kuatkan
langkah kaki pasti akan ketemu jua cinta Ilahi...pabila sudah bertemu, buktikan
cintamu padaNya dengan sentiasa tabah dan pasrah, sabar dan redha menghadapi
apa jua tarbiyah ujian yg diberikan oleh Pencipta... Sedarilah, tarbiyah
cintaNya sebenarnya adalah bukti cinta Allah kepada kita"
Pada
bab ini, aku lebih kan mengenal cinta itu bagaimana ? Prokasinya? Untuk siapa
cinta itu dibagian? Aku tidak Akan menyentuh mengenal cinta pada manusia. Hanya
Cinta itu ALLAH SWT.
Prof Hamka
“Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada setiap diri manusia, ia
laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnya
yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah
kedurjanaan, dusta, penipu dan lain-lain perkara tercela. Tetapi jika ia jatuh
kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, budi
pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji.”
Sekarang faham kan, kenapa kita perlukan cinta ,
Cinta untuk siapa ?
Sebenarnya cinta itu adalah fitrah yang ada pada diri setiap manusia itu.
Jika tiadanya cinta maka kita tidak akan mengenal Pencipta, tanpa cinta kita
tidak akan mencintai Baginda Rasulullah dan tanpa cinta mungkin kini manusia
akan saling melakukan pemberontakan antara satu sama lain.
Jadi cinta itu adalah anugerah daripada Allah SWT kepada setiap hambaNya
sebagai wadah dalam mendekatkan diri dan mengabdikan diri kepadaNya.
Kerap kali kita bicarakan berkenaan dengan cinta kepada Allah SWT tetapi
apakah buktinya kita benar-benar mencintai Allah SWT? Ayuh kita lakukan kaji
selidik semula diri kita, adakah benar kita mencintai Allah SWT!
Tatkala laungan azan yang
berkumandang yang menandakan telah masuk waktu solat. Adakah kita dengan kadar
segera menyahut panggilanNya? Ataupun kita masih statik dan tidak berganjak
daripada menonton television mahupun melayan komik-komik dan sebagainya.
Realiti kehidupan kini ialah, tatkala nada dering telefon bimbit berbunyi, tika
itu pula kekasih hati yang menghubungi, lantas cepat digapai telefon bimbitnya
walaupun saat itu dia sedang mengulangkaji pelajaran untuk semester akhir.
Dimanakah kita meletakkan Allah SWT sebagai prioriti dalam kehidupan kita?
Apabila laungan azan berkumandang, segeralah menyahutnya dengan rasa tawaduk
dan khusyuk untuk menyembahNya.
Hakikat kehidupan hari ini,
kita tidak lagi membaca kalam indah yang membawa seribu makna yang tersurat dan
tersirat di dalamnya. Alangkah ruginya kita kerana kita tidak membaca ayat-ayat
cinta daripada Allah SWT sendiri untuk tatapan hambaNya. Kenapa perkara ini
berlaku? Ini kerana, kadangkala kita lebih suka membaca SMS dan e-mel daripada
manusia sahaja dan kini kita lebih gemar menatap status yang berada di facebook
berbanding menatap kalam Allah SWT iaitu al-Quran.
Rasulullah SAW pernah meminta
Ibn Abbas membacakan al-Quran untuknya, sabda Baginda yang bermaksud: “Bacakan
al-Quran kepadaku.” Ibn Abbas lalu membaca sehingga surah al-Nisa’ ayat 41.
Rasululllah SAW minta dicukupkan kerana tidak tahan menanggung sebak. (Riwayat
Bukhari dan Muslim) Lihatlah, bagaimana Rasulullah SAW sendiri tidak sanggup
menahan sebak apabila dibacakan al-Quran oleh Ibn Abbas.
Sesungguhnya al-Quran yang
diwahyukan kepada Rasulullah SAW mengandungi seribu satu makna dan pengajaran
yang boleh kita jadikan iktibar dalam kehidupan seharian hari ini
.
Acapkali kita menatap MMS
mahupun gambar seseorang yang kita sayangi sehinggakan kadangkala diletakkan
dalam pelukan tidur. Kenapa kita tidak menatap pesona alam yang menghijau,
gumpalan awan yang memukau, gelora laut yang membiru dan kehidupan yang penuh
ranjau.
Semuanya ini membuktikan
bahawa Allah SWT, Yang Maha Agung, Maha Pencipta, Maha Bijaksana, Maha Pengasih
dan Maha Penyayang. Kita tidak dapat memandang zat Allah yang Maha Tinggi di
dunia tetapi kita masih boleh menatap ‘kebesaranNya’. Inilah yang perlu kita
jadikan tatapan mata kita setiap hari agar kita menjadi seorang hamba yang
benar-benar bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada
kita. Tika inilah kita merasakan bahawa diri kita yang kerdil, dan memerlukan
pergantungan kepada yang Maha Besar iaitu Allah SWT.
Hari ini budaya ‘dating’ tidak
asing lagi dalam kalangan pasangan yang bercinta. Kadangkala tanpa ada secebis rasa malu dalam diri,
mereka dengan berani melakukan pelbagai aksi yang telah dilarang dan
bertentangan dalam Islam.
Ada juga yang berasa malu
tatkala mata bertemu mata dengan seorang yang baik akhlaknya dan agamanya.
Kenapa perkara seumpama ini berlaku? Ini kerana, tiadanya rasa malu dalam diri
mereka, berbanding dengan situasi yang kedua iaitu tatkala mata bertemu mata
dengan seseorang yang baik akhlak dan agamanya, dia hanya mampu memandang
sebentar atau sepintas lalu sahaja dek kerana dorongan rasa malu atas kemuliaan
dan kedudukan dirinya.
Allah SWT pernah memuji
kesempurnaan adab kekasihNya, Nabi Muhammad SAW pada malam Israk dan Mikraj di
dalam firmanNya yang bermaksud, “Penglihatannya (Muhammad) tidak berpaling
(fokus) dari yang dilihatnya itu dan tidak pula melampauinya (tidak memandang
tajam).” (Surah al-Najm 53:17). Saat kita mendirikan solat itulah sebenarnya
kita sedang berdating dengan Allah SWT. Sekiranya kita benar mencintai Allah
SWT, buktikan dengan menjaga pandangan ketika solat.
Tatkala berdiri di hadapan
Allah SWT, kita berdiri tegak, menundukkan kepala dan memfokuskan pandangan ke
tempat sujud. Hakikatnya bukan ketika waktu solat sahaja Allah SWT memandang
kita tetapi setiap saat Allah SWT selalu memerhati hambaNya. Semailah rasa malu
kepada Allah SWT dalam membuktikan rasa cinta kita kepadaNya.
Jika kita benar-benar
mencintai Allah SWT dan meletakkan Allah SWT sebagai cinta agung, maka Dialah
yang sepatutnya untuk kita rindui dan diingati dalam diri kita. Bagaimana untuk
kita merindui suatu yang kita tidak tahu zat-Nya? Bersabar dan berharaplah
saat-saat indah dapat menatap wajahNya. Firman Allah SWT yang mafhumnya,
“Sesiapa yang berharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang
dijanjikan) Allah pasti datang.” (Surah al-Ankabut 29:5). Rindu kepada Allah
SWT
juga akan terubat apabila kita
sering menghadiri majlis ilmu yang mentauhidkan Allah SWT dan akan terbias
tatkala kita membaca al-Quran, bertahajud kepadaNya dan pelbagai lagi amalan
soleh yang lain.
Perbanyakkan kehidupan kita
dengan menyebut namaNya. Malah jadikan Allah SWT sebagai yang utama dan tidak
lekang daripada bibir kita menyebut namaNya. Tatkala kita ingin berbicara
sesuatu topik, pastikan kita kaitkan Allah SWT dalam perbualan kita, contohnya:
“Alhamdulillah, Allah izinkan aku dapat juga A dalam subjek ini.” ataupun “Dia
sedang mengumpat saya? Tidak mengapalah, Allah ada. Allah ada akan bela saya.”
Jadikan perkara ini sebagai suatu yang praktikal dalam kehidupan seharian kita,
tika kita senang mahupun susah kita sering mengingati Allah dan kembali
kepadaNya. Ketahuilah beruntunglah orang yang sering mengingati Allah SWT pada
waktu senang, nescaya Allah SWT akan mengingatinya ketika dia berada dalam
kesusahan.
Lumrah dalam menggapai sesuatu
itu pasti akan ada ujian yang akan kita lalui. Begitu juga dengan cinta. Ujian
itu bagi mengenal pasti setakat mana dalamnya cinta kita kepada Allah SWT.
Kadangkala apabila kita melalui beratnya ujian, tidak tertanggung rasanya.
Ketahuilah, seberat mana ujian yang terpaksa kita lalui, itu semua merupakan
tarbiyah kepada kita dalam menjadi seorang hamba Allah SWT yang soleh dan
solehah. Kita sebagai hambaNya yang kerdil, maka sentiasalah berdoa memohon
kekuatan, kesabaran dan ketenangan daripadaNya dalam mengharungi ujian dalam
kehidupan ini. Apa yang perlu diingatkan ialah, Allah SWT sengaja menguji kita
untuk mengenal dan membuktikan siapa yang lebih mencintai Dia.
Apabila kita berada dalam
lamunan dan khayalan cinta maka kita seringkali berasa berdebar di dada.
Begitulah lumrah cinta. Apakah pula bukti kita terpikat pada cinta Allah SWT?
Sudah tentu apabila kita mencintai sesuatu yang ada kaitan denganNya, itu bukti
kita ingin lebih akrab denganNya. Contohnya, kerinduan seorang Muslim kepada
Kaabah kerana Kaabah adalah Baitullah (rumah Allah). Jika masih belum mampu
untuk memanifestasikan cinta dan rindu di Kaabah, maka manfaatkanlah
rumah-rumah Allah yang ada berhampiran dengan kita seperti masjid dan surau.
Allah SWT berfirman yang
mafhumnya, “Sungguh, orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah, akan
gementar hati mereka, apabila dibacakan ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka
keranaNya, dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal.” (Surah
al-Anfal 8:2). Untuk memperoleh khusyuk amat sukar. Namun kita masih mampu
berusaha mendapatkanNya. Semoga amalan kita tika ini lebih baik daripada yang
tadi. Sentiasa lakukan yang lebih baik untuk mencapai yang terbaik.
Perasaan cemburu dan cinta
tidak dapat dipisahkan. Tanda cinta kepada Allah SWT ialah kita akan cemburu
apabila ada orang yang lebih mencintai Kekasih kita iaitu Allah SWT sehingga
Kekasih kita juga lebih cinta kepadaNya. Ia cemburu yang positif, bukan cemburu
yang menjadi fitnah. Maka semailah sifat cemburu kepada orang yang lebih
berilmu, ulama dan orang yang lebih banyak beramal. Bukan sekadar cemburu
kosong tetapi dalam proses untuk mencontohi mereka. Dalam solat misalnya,
cemburulah kepada orang yang solatnya lebih awal waktu, secara berjemaah dan
lebih khusyuk kerana dia lebih mendapat perhatian Allah SWT berbanding diri
kita.
Bukti kita mencintai Allah SWT
ialah apabila kita sanggup melakukan apa-apa sahaja demi menggapai reda Allah
SWT. Ada tiga kondisi pencinta menurut Ibn Qayyim al-Jawziyah iaitu: Berat hati untuk mencintai, namun dia
memaksakan diri.
Cinta makin menguat dan dia patuh. Cinta menetap di hati dan dia sanggup
mengorbankan apa sahaja.
Cinta kita kepada Allah berada
di tahap yang mana? Apa pun tahapnya, mulai saat ini, buktikan kepada Allah
SWT, kita sangat cinta padaNya.
Binalah ‘Istana Cinta’ kepada
Allah SWT terlebih dahulu dengan mencintaiNya sepenuh hati, dan barulah mencari
seseorang yang lain untuk kita saling mencintai dan dicintai. Pasangan yang
ingin kita cari kelak biarlah seseorang yang cintanya turut sama ditujukan
kepada Allah SWT agar terbina sebuah mahligai cinta yang abadi, bukan sahaja di
dunia tetapi berkekalan hingga ke akhirat kelak atas nama cinta yang suci yang
mana kedua-duanya melayari bahtera cinta dengan berpaksikan kepada Allah SWT
semata-mata.
-adlin ilhami-