Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Finale

9 bulan kemudian


“ED..sebagai penulis bebas dalam ruangan ‘Bagaikan mimpi‘ apa komen anda bila ada orang lain yang memuatkan cerita cinta anda di dada majalah untuk tatapan ribuan peminat anda di luar sana??,“ 


ED menoleh ke arah isterinya yang baru dinikahinya lalu tersenyum. 


“Sebenarnya..cerita cinta saya tidak begitu menarik, kamu harus memuatkan cerita cinta adik kembar saya Erhan..cerita cintanya benar-benar ‘Bagaikan mimpi‘ saya pasti peminat saya akan benar-benar terhibur membaca kisah percintaannya,“ ujar ED lalu tersenyum.


“Jadi adik kembar kamu ada di sini??,“ tanya Ann.


“Itu dia bersama dengan tunangnya..,“ ujar ED lalu menunjukkan ke arah dimana Erhan dan Marsha berada. 


Mereka berdua berada di atas pentas. Erhan pula duduk di bangku bersama sebuah guitar manakala tunangnya Marsha sedang memegang mikrofon.


Journalist majalah yang bernama Ann itu menoleh ke arah pentas di mana kembar Elias dan tunangnya berada. Semua mata tertumpu ke arah pentas ingin mengetahui lagu yang bakal di dendangkan oleh mereka.


“Assalamualaikum semua...saya tidak pandai bernyanyi hanya menjadi peneman tunang saya, katanya saya perlu berada di sisinya ketika dia mendendangkan sebuah lagu untuk semua,“ ujarku lalu menoleh ke arah Erhan. 


Apa yang Erhan ingin buat kali ini. Ini majlis perkahwinan abangnya, bukan majlis kami. Seboleh-boleh dia mahu aku berada di pentas. Aku meletak microfon di hadapan Erhan. Erhan hanya tersenyum meleret. 


“Aku tahu ini majlis pernikahan kakakku Elias dan Salena..tapi di atas permintaan pelik pasangan pengantin itu, dia meminta aku menceritakan tentang kisah percintaan aku dengan Marsha,“ ujar Erhan di microfon. 


Dia tidak tahu kenapa Elias mahu dia menceritakan kisah percintaannya kepada tetamunya sedangkan ini majlis perkahwinannya. Namun dia tidak mahu menghampakan permintaan Elias dan Salena dia turutkan. 


Ok...ceritakan tentang percintaan kami! Is he serious?? Aku menoleh ke arah Dias pengantin dimana teman rapatku Salena dan ED berada. Mereka berdua membuahkan senyuman padaku. 


Mesti kau orang pelik bagaimana Salena boleh bernikah dahulu sebelum aku kan?? Hehe. 


Sebagai adik, Erhan memberi peluang kepada Elias untuk mendirikan rumah tangga kerana dia tahu Elias sudah lama menduda. Dan juga kerana keluarga Salena juga bersetuju mereka bernikah segera kerana kata mereka perkara yang baik tidak elok di tangguhkan. 


Aku pula bukan tidak mahu segera bernikah dengan jejaka ganteng di sebelah aku ini. Aku memilih tarikh istimewa kami, iaitu tarikh pertama kali aku membalas surat Erhan 13.3. Kami memilih tahun depan. Insha Allah jika tidak ada aral melintang. Aamiin.


Aku menoleh ke arah Erhan bila dia mula memetik gitar. Aku tersenyum meleret lalu mengelengkan kepalaku perlahan bila dia memainkan irama lagu..cuba tekalah kalau anda tahu ‘Sayang Apa khabar Dengarmu‘.




Tamat.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.