Mesti ramai yang rindu kisah mereka...meh la baca....diorang je yang ada ni...kita letak yang sweettttt je.....hihihi
Putra Huzaiman merenung wajah isterinya. Rindu. Seharian di
pejabat membuatkan dia berusaha menghabiskan kerja dengan cepat. Motif sebab
mahu berada di sisi Wafa Natasha.
“Kenapa tengok Sha macam tu?” Wafa Natasha mengusap pipi
Putra Huzaiman. Suaminya memegang tangan yang mengusap itu lalu menciumnya.
“Rindu…”
“Sikit ke banyak?” Soal Wafa Natasha yang baru sahaja siap
menyediakan Maggie perisa kari.
“Banyak. Sebanyak gila kuasa abang di tempat kerja.” Putra
Huzaiman tersenyum.
“Tak ada ayat lain ke? Dah basi la ayat tu, abang.” Wafa
Natasha meniup magi yang baru sahaja masak itu. Masih panas. Lalu terus disedut
masuk ke dalam mulutnya.
“Kenapa tak bagi abang rasmi dulu!” marah Putra Huzaiman.
Magi adalah makanan larangan bagi Putra Huzaiman. Boleh
makan tapi bersyarat. Dia akan merasmikan magi itu dulu. Syarat yang pelik. Kedengaran
syarat orang gila kuasa. Macam tu la syaratnya. Hmmmm
Wafa Natasha tersengih.
“Apa sengih-sengih? Cium kang!”
“Ciumlah! Tak luak pun.” Wafa Natasha sudah biasa dengan
ugutan Putra Huzaiman. Tak masuk dalam pun. Bak kata budak muda-muda, tak koyak
pun!
“Sha dah berani sekarang ni?”
“Berani apa?”
“Dahlah! Lupakan je. Sha ingat tak Safa. Pekerja abang yang
bentang iklan projek Sha tu?” tiba-tiba Putra Huzaiman tukar topic.
“Safa! Ya masih ingat. Kenapa abang?” Ketika itu sedap
sahaja dia menghirup mee magi masuk ke dalam mulut.
“Dia dah meninggal dunia!” Putra Huzaiman berkata selamba.
“Apa?” Wafa Natasha terkejut. Dia tersedak. Rakus dia mencapai
air berhampirannya. Dia terkaku. Hampir sahaja air matanya mengalir.
“Kenapa abang?” Wafa Natasha merenung wajah suaminya. Menanti
jawapan dari mulut itu.
“Abang tak tahu. Tapi ketua arwah tu rupa-rupanya pak cik
kepada arwah.”
“Pak cik dia okey tak?”
Wafa Natasha menanyakan tentang lelaki yang pernah memarahi Safa.
“Dia jadi gila, Sha.” Selamba suaminya berkata
“Allah!” Wafa Natasha menutup mulutnya. Dia tak lalu nak
makan magi lagi.
Putra Huzaiman tersenyum. Pantas tangannya merampas mangkuk
di tangan isterinya dan menghabiskannya dalam sekelip mata. Hal ini kerana
mulutnya yang besar. Mudah sahaja nak ngam segala benda.
“Kasihannya…”
“Dahlah sayang… kita doakan untuk mereka. Jangan risau ye?
Alhamdulillah!” Putra Huzaiman berdiri.
“Abang!” geram Wafa Natasha. Keningnya di naikkan.
“Kenapa? Sayang nak minta dukung ke? Boleh je?” sekalip mata
sahaja isterinya berada dalam dukungannya. Comel sekali melihat wajah yang
kemerahan itu.
“Abang, bukan Sha. Itu! Mangkuk tu! Siapa nak masuk!”
“Ala, orang gajikan ramai…”
“Abang…”
“Yelah!” Putra Huzaiman menurunkan isterinya lalu dia ambik
mangkuk dan gelas. Dia membasuhnya dengan cermat dan bersih.
Wafa Natasha memerhati dengan senyuman.
“Sekarang abang nak upah dari sayang!” pantas tangan Putra
Huzaiman memeluk Wafa Natasha.
“Upah apa?”
“Nak 12 orang anak dari sayang.”
“Gila apa?” Selamba sahaja Wafa Natasha berkata begitu pada
suaminya. Memang anak tu rezeki tapi kalau sampai 12 anak dimintanya, tak mampu
juga aku nak beranak.
“Ya gila! Gila kuasa!” Putra Huzaiman senyum nakal kepada
isterinya.