BAB 30
TIBA di
depan hotel, kulihat Effa sudah berada di situ. Hendak ke mana pula dia waktu
petang begini? Seperti mahu keluar saja lagaknya. Aku sudah berubah wajah.
Yakin dan pasti dia akan nampak aku bersama Ryan. Jika aku mahu lari sekali pun,
sudah tidak sempat. Effa sudah betul-betul ada di luar pintu utama hotel, di
mana kereta Ryan terparkir tidak jauh dari situ.
Tepat
sangkaanku. Baru hendak keluar dari kereta, Effa sudah perasan akan kehadiranku.
Cuma, mungkin dia tidak perasan siapa yang ada bersamaku. Ryan mengenakan baseball cap dan wind breaker. Eh! Baru
aku perasan. Ryan dari subuh tadi tidak lekang dengan wind breakernya. Sejuk sangat, ke? Sudah itu pakai seluar slack warna putih. Tidak takut kotor ke?
Muskyil ni.
Pantas
saja Effa membuang langkah untuk mendapatkan aku. Di belakangnya kelihatan
seorang lelaki sedang mengekori. Siapa pula? Effa sudah buat laporan pada
pengurusan hotelkah? Mereka sedang mencari aku? Aku pandang Ryan. Ryan pandang
aku juga. Mengerti apa yang bersarang di mindaku pastinya. Lelaki itu hanya
berlagak biasa. Tenang sahaja.
“You,
Effa dah perasan kita tu. Macam mana?” tanyaku kalut, minta pendapatnya.
Dia
tersenyum. Boleh senyum melekit lagi tu. Ada yang melekat, susah nanti.
“Let it be, Nia.”
Eh!
Senang betul dia bercakap. Dia fikir ke tidak masalah yang akan timbul nanti?
“Apa I
nak cakap dengan dia nanti? Dia mesti banyak nak tahu pasal you dengan I.”
“Just relax, okay. I’ll handle it. Don’t worry.”
Hisy! Dia
ini memang selamba badak betullah. Langsung tiada resah. Aku yang bak cacing
kepanasan. Risau.
“Cik Nia!
You okey tak?” terjah Effa ketika sudah mendapatkan aku yang terkulat-kulat
keluar dari kereta.
“I
okeylah, Effa. Kenapa kalut sangat ni? Kan I dah janji nak balik petang ni. I
dah sampai, kan? Janganlah risau sangat.” Aku cuba tenangkan dia. Dalam masa
yang sama menenangkan diri sendiri.
“Macam
mana I tak kalut. Encik Zahen dah gertak I, kalau dia tak dapat cakap dengan
Cik Nia hari ni, esok pagi dia akan tiba. Cuaklah I.”
Aku
terkedu. Kalau bab yang ini, aku pun cuak juga. Abangku itu memang jenis yang begitu.
Risau memanjang. Tapi, silap aku juga. Langsung tiada khabar berita. Eh! Silap Ryan
sebenarnya. Siapa suruh dia halang aku untuk hubungi abangku semalam? Kan
keadaan sudah kalut.
“Sorry, Effa. I memang belum call dia lagi.”
“Laa... Patutlah
dia tak senang duduk. Cik Nia tahu tak yang dia call I setiap setengah jam?”
Ryan
sudah berdiri di sebelahku. Tetapi, capnya
pasti membataskan mata Effa untuk menilik siapakah dia yang sebenarnya.
“Effa...
Ni...”
Belum
sempat aku menerangkan, Ryan sudah buka capnya.
Bulat mata Effa memandang Ryan. Macam tidak percaya.
“Encik Ryan?”
“Hai,
Effa. Surprise!” Ryan boleh senyum
melekit lagi. Aku yang geram melihatnya kala itu. Dia ini memang begitu dengan
semua perempuankah? Senyum bajet gula ciput, tak ada ke? Asyik nak senyum
melekit saja. Melekat-lekat dah kat aku ni. Hisy!
“Ha’ah, surpiselah sangat... Encik Ryan dengan
Cik Nia ni, ada...”
“Effa!”
pintasku laju bila jari telunjuk Effa sudah berlari di antara aku dan Ryan.
Terkedu Effa mendengar suara tegasku. “Tak macam apa yang you sedang fikirkan,
ya. Nothing personel!” sambungku
lagi. Tegas. Aku tahu benar apa yang ingin ditebaknya.
Ryan
pandang aku agak lama. Tidak berpuas hati dengan jawapanku pastinya. Aku peduli
apa. Kenapa? Dia mahu bagi amaran pada aku? Buat mata stim macam tu ingat aku
takut? Kalau dia berani hendak senyapkan mulut aku di tengah orang ramai ni,
buatlah. Aku tembak berdas-das. Biar berlubang dada dia macam sundal bolong tu.
“Okey...”
jedanya meleret. “So, semalam tu Cik
Nia dengan Encik Ryanlah, ya?”
“Ya! Tapi
tetap tak seperti yang you fikirkan. Tolong jangan fikir yang bukan-bukan,
Effa. I tahu apa yang bermain di minda you. Hmm... I tolong dia selesaikan sedikit
masalah.”
Sekali
lagi Ryan pandang aku, tapi kali ini dengan senyum. Senyum perli tu. Ingat aku
tidak tahu.
“So, who is this handsome and adorable guy,
Effa?” soalku pula. Cuba mengubah tajuk. Makin banyak yang Effa tanya,
makin terbuka pula segala rahsia. Belum masanya. Kali ini Ryan pandang aku
dengan wajah sakit hati. Biar padan muka dia.
“Oh! Ini
I kenalkan tunang I, Haikal. Kebetulan dia ada kerja juga di sini. Tu yang dia
datang jumpa I. I pun ceritalah kerisauan I tentang Cik Nia pada dia. You, ni
Cik Nia dan Encik Ryan.”
Haikal
dan Ryan berjabat tangan. Dengan aku, dia sekadar menganggukkan kepala. Aku
lakukan yang sama. Senyum kutarik selebar mungkin.
“Macam
mana task kita hari ni? You boleh
buat?” tanyaku lagi.
“Settle, Cik Nia,” ucap Effa bersama
senyum yang mengiringi. Bangga kerana dia mampu lakukan tugas itu sendirian.
Dia memang sentiasa aku harapkan. Sangat komited dan ada daya saing untuk maju.
“Alhamdulillah...
sorry tau, I tak dapat ada sama.”
“Small matter aje tu, Cik Nia. I boleh
buat. Kalau tak boleh, I tunda macam yang Cik Nia cadangkan semalam.”
Makin
lebar senyumanku.
“Okay, enough about that. You all berdua dah makan?” celah Ryan.
Mesti dia bosan dengar aku dengan Effa asyik bercerita pasal kerja.
“Actually, kami memang nak keluar makan
pun. Haikal cakap ada tempat makan seafoad
yang best dekat-dekat sini. Nampak
Cik Nia tadi, terus I lupa apa tujuan kami.”
“That’s right! So, apa kata kita pergi sekali. I pun lapar ni. Everything
is on me.” Ryan dengan senang hati menawarkan diri untuk belanja kami.
“Encik Ryan
nak belanja, ke?” teruja Effa bertanya. Hisy! Kan Ryan bercakap sangat jelas
mahu belanja. Pekak ke apa? Bab makan boleh tahan. Tolak batu dengan kayu saja.
Tidak padan dengan badan sekeping.
Ryan
hanya mengangguk.
“Haikal,
okey ke kalau saya dan Ryan ada sekali?” Aku sekadar mahukan pendapat Haikal.
Manalah tahu dia mahu luangkan masa hanya berdua. Dengan adanya kami jadi kacau
daun pula. Tapi aku kalau mahu kacau bukan setakat daun. Dengan pokoknya sekali
aku gegar. Baru puas hati.
“Eh! Okey
aje. The more, the merrier. Serius, I
tak kisah.”
Ryan
sudah semakin senyum lebar. Terlebih melekit! Haikal juga. Effa, jangan
cakaplah. Sejak nampak aku ‘okey’ tadi, memang senyum sampai telinga.
“Kejap!
Effa pinjam telefon you.”
“You nak call siapa?” celah Ryan. Berminat mahu
tahu.
“Abang
I.”
Effa
serahkan telefon bimbitnya.
“Kenapa
tak nak guna phone I aje?” Ryan
bertanya kurang senang. Aku pandang dia sekilas dengan jelingan tajam.
“You
gila, ke? I nak call Zahen, bukan
Hadeef. Nak dia tahu you ada dengan I? You dengan Zahen bukan okey pun. Nanti
dia mengamuk, I jugak yang teruk,” bebelku pula sambil mencari nama abangku di
senarai contact telefon bimbit milik Effa.
Mudah saja aku temui.
“Apa
salahnya. Lebih baik dia tahu. Buat apa kita nak sembunyi-sembunyi. Lambat-laun
dia tahu jugak.” Ryan sedikit berbisik ketika mengatakan itu. Tidak mahu Effa
dan Haikal terdengar. Hmm... Sekurang-kurangnya dia masih menjaga rahsia kami.
Banyaklah
dia punya sembunyi. Siapa yang sembunyi? Dialah kot. Aku tidak. Cuma abangku
yang seorang itu tidak boleh tahu buat masa ini. Kecoh nanti. Aku juga yang
susah. Bukan itu saja. Ryan pun akan dapat susah sekali.
“Effa tak
akan beritahu. I percayakan dia. I tak nak abang I tahu. Kenapa you susah
sangat nak faham?”
“You tahu
sebabnya kenapa I tak nak faham,” balasnya datar. Saat itu aku perasan Ryan
juga sibuk dengan telefon bimbitnya. Telefon aku memang sudah kehabisan bateri.
Langsung aku tidak cas semalam. Itu sebab kena minta simpati, pinjam milik
Effa.
“Abang,
Nia ni...” Aku menegur setelah memberi salam. Zahen jawab salamku dengan
kelegaan. Selepas itu dia membebel sehingga aku rasa mahu matikan talian. “Ya,
Nia okey. Sakit kepala sikit. Tak payah risau. Effa ada dengan Nialah. Ya...
ya. Faham. Sorry! Tak payahlah datang
sini. Tak payah... Abang, Nia dah okey.”
Aku
pulangkan telefon Effa dengan muka ketat. Effa sudah faham kenapa sebabnya.
Tentulah aku kena marah dengan Zahen. Hisy! Mendidih tahi telingaku kalau Zahen
membebel.
“Kenapa
Cik Nia? Encik Zahen nak datang sini jugak, ke?”
“Tulah
pasal. Bila I tak kasi, dia letak phone
macam tu aje. Mana I tak sentap. Abang I tu selalu macam tu.”
Effa
senyum lebar. Faham benar keadaan bila aku dengan Zahen bertengkar. Inilah yang
akan jadi.
“Bergaduh
dah macam boyfriend dengan girlfriend,” komen Ryan pula. Jemari dan
mata sibuk bekerja di atas skrin telefon pintarnya. Telinga macam telinga
lintah. Mencuri dengar apa yang orang lain bualkan. Aku buat tidak dengar
sahaja. Malas mahu layan provokasinya. Saja cari gaduh dengan aku tu. Bukan aku
tidak tahu. Haikal kulihat hanya memerhati dan tersenyum. Dia mahu mencelah pun
belum faham keadaan kami agaknya. Berdiri diam-diam saja ya, Haikal. You tidak
kacau I, I tidak akan kacau you.
“Ya,
Deef? Kenapa?” suara Ryan kali ini berjaya tarik perhatianku. Aku pandang dia
dengan tunak. Dia pun ketika itu sedang pandang aku walaupun sedang berbual
dengan abangku ketika itu. Ah! Sudah! Kami ni sering saja bertentangan mata.
Galak. Cucuk biji mata tu karang.
“Kenapa
dengan dia? Oh ya? Dia demam. Ya. Tapi... nampak macam dah okey ni. Ya, dia ada
depan mata aku sekarang ni. Save and
sound! Hmm... Aku cadang nak ajak dia keluar makan sementara aku masih kat
sini. Kau juga yang pesan suruh aku tengok-tengokkan dia, kan? Ya, boleh aje kalau kau nak beritahu
Zahen...”
Aku terus
rampas telefon dari dia. Terkejut Ryan dengan tindakanku. Bukan Ryan sahaja.
Effa dan Haikal juga sudah pandang aku dengan tunak. Mana boleh jadi. Hendak
kata aku kurang ajar pun, apa aku peduli. Suka hati dia saja mahu cakap apa
dengan abangku. Dia tidak sedar jika Zahen tahu mengenai aku dengan dia, masak!
Jadi gulai tempoyak ikan patin nanti. Memang hingga menjilat jari.
“You dah
berpakat dengan abang I, ke?” soalku tegas sebelum aku bercakap dengan Hadeef.
“Mana
ada!” nafinya keras. Berdirinya juga sudah tegak macam askar mahu berkawad.
“Kebetulan I nampak you that day. Tu
yang I tanya Hadeef, you buat apa kat sini,” jelasnya lagi, cuba meyakinkan
aku.
Aku beri
dia jelingan tajam. Memang sengaja mahu bagi hati dia luka. Tapi, macam tak ada
apa saja pada dia. Dia tetap selamba gila. Tidak terkesan pun agaknya. Yalah,
kau siapa, Nia?
“Abang!
Nia ni... Nia okey. Don’t worry.
Tolong jangan beritahu Abang Zahen yang Ryan ada dengan Nia. Nanti dia bising.
Abang bukan tak tahu dia macam mana. Please,
ya. Kalau abang sayang Nia, jangan sampai Abang Zahen tahu. Teruk Nia kena
marah nanti. By the way, Nia baru aje
bercakap dengan Abang Zahen. Okey abang, thanks!”
Aku
pulangkan telefon bimbitnya. Masih marah lagi. Memang tiada senyum.
“Thank you,” sindirnya bila aku langsung
tidak senyum ketika memulangkan telefon bimbitnya. Mesti dia ingat aku ni jenis
yang tidak reti berterima kasih agaknya. Lantaklah...
“Most welcome!” Aku sengaja buat tidak
faham sindiran dia. “You bukan nak selesaikan masalah. Makin tambah lagi,
adalah. Please behave,” rungutku pula.
Ryan
merapat kepadaku. Dia tundukkan wajahnya dekat di telingaku.
“You buat
macam ni, marah-marah manja kat I, Haikal dengan Effa akan ingat kita ada
apa-apa, sayang. Lupa ke mereka ada dengan kita sekarang ni. Mata mereka dari
tadi asyik perhatikan kita, Nia. You suruh I behave, hmm? You are the one
who should do that, darling,” bisik Ryan di telingaku. Bagai baru tersedar,
mataku galak mencari wajah Effa dan Haikal. Memang ternyata benar yang mereka
sedang ralit memerhatikan kami. Aduh! Kenapalah aku boleh lupa bahawa mereka
ada dengan kami? Menutup kegugupan sendiri, aku carik juga senyum nipis. Aduh!
Rasa hendak kutepuk dahi berulang kali. Yena
dei!