Amsya merebahkan diri dikatil. Keletihan berjalan jauhmasih lagi dirasainya walaupun dia sudah membersihkan badannya. Jam sudahmenunjukkan pukul sebelas malam, Amsya masih menunggu panggilan dari Alia.Tersenyum sendirian mengingati memori bersama Alia walaupun hanya tiga haricukup bermakna buatnya. Hatinya begitu gembira dan tenang apabila Alia Nasuhaberada disisinya.
Alia siap mandi, apabila dia mahu merebahkan dirinyadikatil teringat akan surat yang diberikan oleh Amsya. Alia membuka bagtangannya lalu mengambil surat itu dan membaca isi kandungannya.
“Bila tirai malamberlabuh,
rindu pun datangmengetuk pintu hatiku ini,
Melawat ruang-ruangkosong dan sepi,
Yang telah lamakehilangan sinar cahaya.
Kilauan matamubagaikan permata
Bahang cintamu terasacintamu suci,
Sejernih embung pagi,
Hadirlah engkaudisisiku.
Kaulah segalanya,cintaku ini bergelora
Kaulah lambang cinta,
Kau lemparkan rindukuditengah lautan asmara,
Cintaku bagaikan apimembara
Abadikan cintaku disudut hatimu,
Cintaku hanyalahuntukmu.
Dari suamimu DanialAmsya Zulkarnain Love u forever…
Alia menarik nafas sedalam-dalamnya selepas membacanukilan itu. Dia memejamkan matanya seketika sambil menghempus nafasnyaperlahan-lahan. Alia monolog dalaman “Adakah Amsya mencintai aku?” Alia Nasuhamengimbas kembali saat-saat manis dan indah bersama Amsya sepanjangperkahwinannya terutama menunggang motor dan percutiannya. Dia tersenyumsendirian mengingati semua peristiwa bersama Amsya. Tiba-tiba perasaannyaberubah apabila teringat perbualan Amsya dan kekasihnya semalam denganpanggilan sayang, ada rasa cemburu dihati Alia Nasuha.
Alia Nasuha berbicara sendirian. “Kalau dia cinta akukenapa dia masih panggil kekasihnya sayang? Dia sengaja nak uji aku atau nakpermainkan cinta aku?” Alia menggeleng kepala beberapa kali. Tiba-tibalamunannya terhenti apabila pintu biliknya diketuk. Alia bangun membukanya.Shasha terus melulu masuk ke kamar Alia kemudian merebahkan dirinya di katil.Alia sekadar memerhati, Shasha memusingkan tubuhnya sambil membalas pandanganAlia.
“Awak nak apa Sha?” Tanya Alia. Dengan muka selambadan mengejek Shasha menjawab.
“Eh! Lia. Kau kenapa bagi muka pada Amsya keluardengan kekasih dia? Aku tahulah kau tidak pergi Terengganu dengan Amsya pun.”
Alia berkerut muka tidak faham dengan apa yangdiperkatakan oleh Shasha.
“Kau cakap apa ni Sha? Aku tak fahamlah.” Balas Alia.
“Aku sendiri telefon Amsya, dia bagitahu yang diatidur dengan kekasih hatinya di hotel. Pandai ya kau Lia berpakat dengan Amsyatuh. Aku suruh kau pujuk dia kahwin dengan aku.”
Alia terdiam memikirkan sesuatu, desis hatinya. “Amsyatidak bagitahu Shasha ke yang aku bersama dia. Kenapa ya?”
“Eh Lia, malam ni aku tidur kat sini.” Kata Shashadengan megahnya. Alia sekali lagi berkerut muka.
“Kalau macamtu, Lia tidur dengan ummi.” Balas Aliaselamba. Dengan pantas Shasha membalasnya dengan marah.
Hoi! Kau jangan jadi bodohlah. Kalau aku tidur sinisorang-sorang nanti mak ngah marah aku. Kita tidur berdua kat sini.” ArahShasha.
“Tapi Sha…Lia tidak berani, nanti Amsya marah saya.”
“Argh! kau jangan risaulah. Kalau kau nak tahu, inilahbilik tempat aku dan Amsya bermadu kasih dulu. Bilik ini menjadi saksipercintaan kami. Kau tahu tak yang Amsya tuh masih sayangkan aku. Aku ni cintapertama dia. Dia kahwin dengan kau pun untuk sakitkan hati aku je sebab diamasih cintakan aku. Kau tahukan dia kahwin dengan kau sehari selepas aku balikke sini.” Cerita Shasha sengaja mahu mengungkit kisah percintaannya.
Alia diam, terasa sakit juga hati mendengarnya. Denganperlahan menjawab
“Kenapa tidak awak saja pujuk Amsya?”
“Dia masih marah pada aku. Yang aku tidak puashatisiapa yang Amsya cinta? Aku tahu kau mesti tahu siapa kekasih diakan? Kausengaja tidak mahu bagitahu akukan Lia?” Balas Shasha.
Alia merenung Shasha didepannya kemudian menjawab.“Betul Lia tidak tahu siapa kekasih Amsya.”
“Tapi kau ni kan bodoh Lia. Kau sanggup terima Amsyawalaupun kau tahu Amsya ada kekasih dan tidak cintakan kau.”
Alia terdiam, terasa sebak. Hanya hatinya bersuara. “Jikatidak kerana Faris aku tidak terima Amsya.” Mahu saja Alia menumpahkanairmatanya.
“Lia, kalau kau nak tahu aku dan Amsya pernah adaanak.” Kata Shasha sengaja mahu sakitkan hati Alia. Alia terdiam sejenak tidakfaham dengan kata-kata Shasha.
“Anak?” balas Alia berkerut kening.
“Hum. Aku pernah mengandungkan anak Amsya. Tapi orang laintak tahu pun. Kalau aku bagitahu makngah rasanya boleh jatuh pengsan ataumati.” Kata Shasha lagi.
Alia memejamkanmatanya seketika mendengar cerita Shasha. Bengang juga Alia mendengar ceritaShasha, dia semakin keliru.
Amsya bersarapan pagibersama Irfan di café tempat kerja mereka. Irfan memerhati Amsya yang termenungjauh entah ke mana, roti bakar di depannya tidak dijamah. Irfan menepuk bahuAmsya dengan kuat.
“Hoi! Kau kenapatermenung je. Roti tuh tak masuk mulut kau. Makanlah.” kata Irfan. Amsyaberpaling pada Irfan disebelahnya.
“Fan, kau bolehtolong aku tak?” Tanya Amsya sambil mereka berpandangan. Irfan mengangkatkepala tanda bertanya.
“Kau teman aku jumpaTengku Umairah.” Kata Amsya.
“Kenapa pulatiba-tiba aku kena teman kau jumpa Umairah? Ini mesti ada yang tak kena.” JawabIrfan.
“Sebenarnya aku nakputuskan hubungan dengan Umairah, tapi aku tak tahu macam mana nak bagitahudia. Mesti mengamuk.” Kata Amsya.
Irfan tersenyumsambil mengeleng kepala. “Mengamuk gila lah si gedik tuh. Itu lah kau…” Belumsempat Irfan menghabiskan ayatnya Amsya terus menyampuk.
“Itulah kau apa? kaujuga yang kenalkan aku dengan Tengku Umairah tu.” Jawab Amsya.
“Memanglah, tapi akutak suruh pun kau bercinta dengan dia sampai dah melekat macam lintah nak buangdah tak boleh. Kau manja sangat dia tuh, aku pun menyampah.” Balas Irfan.
“Kau nak tolong akuke tak?” Soal Amsya dengan nada marah.
“Iya aku teman, kalau tak apa guna kita bersahabat.Bila?”
“Nanti aku bagitahu.” Kata Amsya.
Terdengar pintu bilik Alia Nasuha di ketuk. Syafikahmelangkah masuk dengan senyuman manis pada bosnya. Alia membalas senyuman itu.Syafikah menarik kerusi lalu duduk mengadap bosnya.
“Lia, macam mana percutian kau.” Soal Syafikah. Aliamemandang tepat muka Syafikah didepannya lalu menjawab.
“Percutian apa pulak kau ni. Aku pergi kerjalah.”Jawab Alia.
“Alah! Sambil menyelam minum air.” Kata Syafikahsambil ketawa.
“Oooo…tolong sikit. Apa? kau ingat aku pikat si Amsyatu…Eh! Kau nak tahu, mamat tu sewel tau.”
“Tak baik kau cakap macam tu. Sewel-sewel pun suamikau. Aku rasa dia dah jatuh cinta dengan kau.”
“Kau gila ke? Aku naik geli tau dengar dia bercakapdengan kekasih dia. Sayang lagi, lepas tu dengan aku pun dia panggil sayang,memang gila.” Kata Alia sambil memusingkan tangannya di tepi telinga sambiltergelak-gelak. Syafikah memerhati gelagat Alia tersenyum, dia dapat rasa adacemburu pada sahabatnya itu. Mungkin Alia sudah jatuh cinta pada Amsya tapitidak mengaku. Syafikah membiarkan dahulu perasaan sahabatnya itu.
“Dahlah…ini aku nak bagitahu. Lusa oppointment kaudengan Tengku Badri pukul sepuluh pagi.Ini dokumennya, semua ada dalam fail ni. Kau nak buat presentation ke?” SoalSyafikah.
“Yap. Nanti kau bagitahu kak Zura, Halida dan Zaiman,aku nak discuss dengan mereka dulu.”
“Bila?” Tanya Syafikah.
“Lepas lunch. Mana from OD yang kau bagitahu aku.”
Dengan nada mengada-gada Syafikah menjawab.“Ada dengankak Zura…Ada apa-apa lagi Cik Puan Alia Nasuha, kalau tak saya keluar dulu.”
“Dah kau boleh keluar, aku pun tak nak tengok muka kaulama-lama.” Kata Alia dengan gurauan.
“Tak apa aku pun tak marah. Yang aku tahu kau naktengok muka Amsya lama-lama kan?” Balas Syafikah sambil meninggalkan bilik Aliadengan pantas.”
“Eeeee…jaga kau Syaf.” Laung Alia dengan geram.
Tiba-tiba perasaannyaberubah apabila mengingati kata-kata Shasha semalam.Fikirnya sendirian betul kemereka berdua pernah mempunyai anak. Kenapa Amsya tidak bertanggungjawabterhadap Shasha.