2014
“Alan,
kau kat mana ni? Cepatlah! Keadaan dah makin kritikal ni,” Ezzah separa
berbisik di telefon bimbitnya sambil mengerling ke arah belakang. Sesekali dia
menjengah keluar tingkap.
“Eh,
Ezzah! Kamu dengar tak apa mak cakap ni?” Puan Wani memanggil dari belakang.
“Dengar,
mak,” Ezzah sorok-sorok meletakkan panggilan telefon sambil tersengih-sengih.
Matanya masih lagi mengerling keluar tingkap.
“Baguslah
kalau dengar. Mak bukan apa … Kamu tu suka sangat mengelak bila cakap hal
kahwin. Kawan-kawan kamu pun ramai yang dah kahwin,” selesai Puan Wani
berbicara terdengar bunyi hon motor dari luar.
Ezzah
menjengah. Kelihatan seorang jejaka segak berjaket kulit di atas motor Kawasaki
Z800 di hadapan pagar.
“Yes! Sampai pun,” Ezzah separa melompat.
Tangannya ligat mencapai helmet di bawah meja. “Mak, Alan dah sampai tu. Ezzah
keluar dulu.”
“Ezzah,
kalau susah sangat nak cari boyfriend,
kamu ajak Alan tu kahwin,” ujar Puan Wani sebaik sahaja Ezzah menghulurkan
tangan untuk bersalam dengannya.
“Merepeklah,
mak!” Ezzah berlari keluar pagar mendapatkan Azlan.
“Fuh!
Tak sangka hari ni dapat naik Z800. Kelam-kabut aku rembat helmet adik aku,”
Ezzah tersenyum manis membuka pintu kafe.
“Kau
lah non-stop call aku. Aku nak balik
rumah tukar kereta pun tak sempat,” Azlan berjalan memeilih tempat duduk yang
sesuai. Tempat untuk dua orang di tepi tingkap menjadi pilihan Azlan. Kerusi
untuk Ezzah dibuka.
“Terima
Kasih,” Ezzah duduk di tempatnya. “Yelah, lagi lama kau biar aku dekat rumah
tu, lagi lamalah mak aku bising pasal kahwin kat aku. Tak sanggup!”
“Ni
semua mesti sebab kad kahwin Mastura dan Khairy sampai kat rumah kan?”
pertanyaan Azlan bersulam gelak kecil. Ezzah menjeling Azlan.
“Kahwin
juga dorang. So, nak pergi tak?” Azlan tak mahu Ezzah merajuk lama.
“Gila
ke tak pergi … Best couple masa pre grad dinner kot. Kahwin mesti gempak
ni!”
“Ok.
Nanti kita pergi sekali. Tapi kita bincang hal yang lebih mustahak dulu,” Azlan
berubah serius.
“Apa
dia?” Ezzah mula berdebar. Memang semalam dia sedikit terkejut bila Azlan
menghantar pesanan ringkas mengajak untuk bertemu. Sudah tiga bulan juga,
mereka tidak bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Kebanyakkan acara
lepak diaturkan juga beberapa terpaksa dibatalkan kerana komitmen kerja.
“Selaku
interior designer bertauliah, aku nak
kau decorate apartment baru aku.
Amacam?” Azlan mengangkat-angkat kedua belah keningnya.
“Fuh,
set!” Ezzah menyahut teruja.
“Style semua kau … ” belum sempat
menghabiskan ayat telefon bimbit Azlan berdering. Azlan memandang tepat ke
dalam mata Ezzah sebelum mengangkat panggilan. “Hello, Nadira …”
***
3 TAHUN SEBELUM
“Oi,
Makan tak tunggu orang!” sapa Mastura kepada rakan-rakan sekelasnya yang sudah
mula makan dari jauh. “Pantang kita lambat sikit, ish!”
‘Dia
buat macam kafe dia pula,’ bisik hati Ezzah. Ezzah menggeleng-gelengkan kepala.
Ezzah bergerak menuju ke kaunter makanan membiarkan Mastura menyapa rakan-rakan
sekelasnya. Dia sudah lapar benar.
Sudah
dua hari mereka menumpang makan di kafe Fakulti Kejuruteraan. Semuanya
gara-gara kafe mereka ditutup selepas diperiksa Jabatan Kebersihan akibat
kurang bersih. Ezzah berharap benar pengurusan kafe itu ditukar kerana ini
bukan kali pertama.
“Apa
menarik hari ni?” sapa Mastura dari belakang sambil mencucuk pinggang Ezzah.
“Kau
ni kan!” Ezzah yang terkejut spontan memukul lengan Mastura.
“Tak
adalah, aku tengok kau muka macam confuse
sangat nak pilih lauk. Tapi nasi kau tak ambil pun,” Mastura tersengih-sengih
sambil menarik tangan Ezzah menuju ke tempat mengambil nasi.
“A’ah,
aku serius keliru weh! Banyak gila lauk! Kafe kita mana ada macam ni,” Ezzah
membalas Mastura sambil menceduk nasi ke pinggannya.
“Kat
sini memang banyak lauk best pun
kan?” satu suara sampai ke telinga Ezzah. Tangannya berhenti menceduk nasi.
Inilah suara yang sudah lama tidak didengarinya. Ezzah mengangkat muka.
“Azlan
Zainal,” perlahan nama itu meniti di bibir Ezzah.
Azlan
berdiri tersenyum manis.
***
9 TAHUN SEBELUM
Burung
berkicauan di langit kolej matrikulasi itu. Sekumpulan pelajar lelaki sedang
bermain futsal di gelanggang. Beberapa pelajar perempuan sedang bermain
badminton. Ezzah dan Azlan duduk di bangku.
“Aku
nak quit, Alan,” sekalian Ezzah
menghembuskan keluhan kecil.
“Takkan
semudah tu? Ni baru sem pertama,” Azlan cuba memujuk Ezzah. Dia tahu Ezzah
rajin dan sentiasa berusaha, mungkin kali ini nasib tidak menyebelahinya.
“Sebab
ni baru sem satu lah, Alan. Kalau sem satu dah teruk macam ni, sem lain apa
pula,” kali ini nada Ezzah tinggi sedikit. Renungan menembusi pandangan Alan,
meminta pengertian.
“Matriks
ni sekejap je, Ezzah. Sem depan kau buatlah betul-betul,” Azlan masih cuba
memujuk. Terlalu berat untuk dia membiarkan teman baiknya
“Jangan
nak merepeklah. Aku dah buat keputusan,” Ezzah melepaskan pandangannya jauh.
Azlan
diam. Penat mahu berbahas dengan Ezzah.
“Aku
dah terima tawaran diploma dalam interior
design. Aku rasa tawaran ni sesuai untuk aku,” Ezzah berterus-terang.
“Bukan
awal-awal dulu kita dah janji ke nak sambung engineering?” Azlan cuba melemparkan Ezzah pada janji awal
perkenalan dulu.
“Aku
tak sama macam kau. Motivasi kau tinggi. Kau ada ramai nak dijadikan contoh.
Abang kau semua engineer, keluarga
kau mewah. Kau anak bongsu. Ada banyak ruang untuk kau.,” Ezzah bagai mencurah
minyak api. Dia tahu, Azlan tidak suka jika status keluarganya disebut-sebut.
Kesal menerpa di hati Ezzah.
“Aku
tak boleh gagal, ayah aku dah nak bersara. Adik aku 3 orang, semua sekolah
lagi. Kalau aku gagal, semua akan tengok aku. Aku harapan dorang,” Ezzah cuba
meredakan keadaan.
Azlan
diam. Dia bingkas bangun meninggalkan Ezzah di bangku.
“Maaf,
Alan,” Ezzah berbisik sendiri. Itu kali terakhir Ezzah bertemu Azlan.
***
3 TAHUN SEBELUM
“Sorang?”
sapa Azlan ketika sampai di warung.
Ezzah
mengangguk perlahan. Pertemuan tengahari tadi di kafe fakulti Azlan, membawa kepada
temujanji warung malam ini. Hampir empat tahun mereka tidak bertemu.
“Aku
ada ajak kawan. Tapi kejap lagi dia sampai. Ada kerja dekat bengkel. Kita order dulu?” Azlan mengangkat tangan
memanggil pelayan untuk mengambil pesanan mereka.
“Lama
gila weh, tak jumpa kau! Empat tahun jugaklah,” Azlan membuka bicara.
“Aku
ingat kau marah aku lagi.”
“Ah,
benda lama! Tapi kau memang terus hilanglah, lepas berhenti matriks tu. FB tak
ada, Twitter tak ada, aku cuba call pun tak dapat,” Azlan meluahkan sedikit
kekesalannya kerana gagal untuk menghubungi Ezzah.
“Handphone aku kena curi masa tu. Tak
ingatlah macamana tapi aku terus tukar nombor,” Ezzah cuba mengimbas kembali
kejadian dulu. “Aku tak layan social
media sangat. Tak nak jadi internet
addict.”
“Ah,
poyo je!” Azlan mencebik bibir. “So, macamana interior design? Ada pakwe handsome?”
“Aku
nak belajarlah! Bukan pakwe handsome.
Aku ada lagi setahun nak habis degree.
Aku rasa aku tak salah buat pilihan,” Ezzah sedikit serius.
“Tak
salah buat pilihan apanya? Kalau kau masuk engineering
dengan aku, kau akan jumpa ramai jejaka kacak tapi yang paling kacak tentulah
aku,” Azlan ketawa mengekek-ngekek. Ezzah menggeleng-gelengkan kepala. Azlan
masih tak hilang sifat loyar buruk.
“Eleh,
ye ke kacak? Hari tu aku pergi tak ada nampak pun,” Ezzah tangkas membalas.
“Ok
lah, yang kacak dan pintar ramai yang dah fly
pergi oversea. Tinggal satu je kacak
kat Malaysia ni,”
“Kau
lah tu?” Ezzah melayan gurauan Azlan.
“Aku
tak kata,” Azlan menjungkitkan bahu sambil tersenyum simpul.
“Kau
bila nak habis belajar? Angan-angan nak pakai Kawasaki dah tercapai ke belum?”
Ezzah mengubah topik. Makin dibiarkan makin banyak pula lawak hambar bakal
dibuat Azlan nanti.
“Aku
dah tahun akhir ni. Sem depan final year
project. Dapat kerja nanti aku belilah Kawasaki tu. Tak macholah guna duit mak ayah. Bagi aku
masa tiga tahun.”
“Ok,
kita tengok nanti macamana,” Ezzah sedikit kagum terhadap Azlan yang tidak
hanya mengharapkan kemewahan dari keluarganya.
Tiba-tiba,
telefon Azlan berdering. Azlan memandang Ezzah. Ezzah mengangguk.
“Girlfriend aku dah sampai … Aku nak
kenalkan kat kau ni. Jap,” Azlan sempat berkata-kata sebelum bangun dan
mengangkat panggilan telefon itu. “Hello,
Nadira …”
***
3 TAHUN SEBELUM
Selesai
sesi studio dengan Dr. Khairudin, Ezzah pantas berlari mendapatkan skuter
miliknya di parkir fakulti. Suara Azlan
lain benar dalam telefon tadi. Mujur Azlan menelefon waktu semua orang
diberikan waktu rehat dan kelas sudah hampir tamat. Kalau tidak, pastilah lebih
lama masa yang perlu diambil untuk bertemu Azlan.
Dia
tidak tahu apa kondisi penuh Azlan, yang dia tahu nada Azlan tadi amat jarang
sekali didengar. Ezzah pantas mendapatkan lif menuju ke tingkat paling atas
bangunan Fakulti Kejuruteraan. Di tingkat paling atas menempatkan tangki-tangki
air dengan ruang luas dijadikan tempat pelajar-pelajar bersantai. Azlan berdiri
di satu sudut memandang jauh. Ezzah datang perlahan dari belakang.
“Kau
tak ada fikir nak buat benda bodoh kan?” sapa Ezzah dari belakang. Azlan
memandang Ezzah. Azlan tidak mampu senyum ketika itu.
“Kenapa
ni?” Ezzah lembut menutur bicara.
“Nadira
dah tinggalkan aku. Aku tak faham!”
Ezzah
diam. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. ‘Apa aku nak kata kat Alan ni? Aku
bukan tahu sangat pun hal-hal macam ni,’ bisik hatinya.
“Kau
boleh fikir tak Ezzah, dia cakap kat aku, dia tak rasa aku cintakan dia macam
dulu. Dia merepek apa?” nada suara Azlan meninggi. Ezzah masih lagi diam.
“Kat
sini bukan ramai perempuan pun. Aku jumpa dia hari-hari,” seribu kekesalan
terbit dari raut wajah Azlan. Ezzah hanya mengangguk-angguk.
“Tiga
tahun weh … tiga tahun. Last sekali, dia boleh cakap kat aku,
selamat berbahagia dan biarkan dia pergi dengan orang yang lebih sesuai, aku
patut buat yang sama,” nada Azlan makin perlahan. “Apa maknanya Ezzah?”
Ezzah
menggelengkan kepala. Dia memang tidak tahu apa jawapannya. Azlan kemudian
duduk dan bersandar pada dinding. Ezzah turut berbuat yang sama.
Bila
keadaan sudah, Ezzah memegang bahu Azlan “Aku takkan pergi. Aku ada untuk kau.”
***
HARI
INI
“Apa
style cadangan kau?”
“Kau
tak ada cadangan? Inikan rumah kau?”
Azlan
menggelengkan kepala. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. “Nadira call. Kejap eh, Ezzah.”
Azlan
berlalu mengangkat panggilan dan membiarkan Ezzah sendirian di balkoni.
“Amacam
apartment ni?” sapa Azlan dari
belakang selesai bercakap telefon.
Ezzah
sedikit terkejut. Matanya sangat tertumpu dengan keindahan yang disajikan di
luar balkoni apartment itu.
“Perfect!
Aku ingat aku pun kena belilah satulah. Bolehlah kita berjiran nanti,” Ezzah tertawa kecil.
“Ah,
tak payah beli! Tinggal saja dengan aku nanti,”
“Jangan
merepeklah, Alan,” Ezzah memukul lengan Azlan. Azlan menyambut tangan Ezzah.
Mata mereka bertentang.
“Tak.
Aku tak merepek. Kau tinggal sini. Kau kahwin dengan aku,” Azlan memandang ke
dalam mata Ezzah. Ezzah tertunduk malu.
“Tapi
… Kau dan … Nadira …” Ezzah masih bingung. Dia baru saja menyaksikan Azlan
mengangkat panggilan dari Nadira.
“Cemburu?”
Azlan mengangkat keningnya. Dia tersenyum nakal. Tangan Ezzah digenggam “Dia
dah nak kahwin. Kitalah pengapitnya nanti.”
Ezzah
melepaskan tangannya dari genggaman Azlan. Dia masih lagi tidak percaya dengan
semua ini. Ezzah segera mendapatkan barang-barangnya untuk berlari ke luar dari
rumah itu. Azlan pantas menggapai tangan Ezzah.
“Ezzah
… janganlah pergi. Kau janji untuk selalu ada dengan aku kan?”
Ezzah
memandang Azlan.
“Nadira
ada betulnya. Dia betul bila dia kata dia rasa aku tak cintakannya sepenuh hati
lagi,” Azlan melepaskan satu keluhan berat.
“Jadi,
aku yang salah?”
“Dia
betul tapi kau tak salah hadir dalam hidup aku pada waktu itu. Mungkin aku yang
tak jelas atau cuba menolak realiti. Bila aku nampak kau di kafe dulu, aku
dapat rasa kau lah yang aku tunggu dan rindu selama ini. Takkan kau tak rasa
macam ini, Ezzah?”
Mata
Ezzah mulai panas. Air mata bergenang tapi tidak dititiskan. Ezzah masih
keliru, debar di dadanya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Kita
saling melengkapi dari dulu. Kali ini biarlah kita sama-sama buat benda yang
betul, Ezzah.”
Azlan
tiba-tiba melutut di hadapannya. “Ezzah, sudikah kau mengahwiniku dan selamanya
ada untukku?”
Ezzah
merenung Azlan dalam-dalam.
“Ya,”
air mata Ezzah menitis. Kepalanya diangguk perlahan.
TAMAT