JENAKA 7 : TERUP ION
Menunggu kelas tambahan yang bakal bermula jam 2.00 petang, rasa mengantuk merupakan cabaran utama. Harmonian memang bersatu dan berpadu untuk mengalas cabaran SPM. Namun Harmonian juga pelajar biasa yang ada cerita nakalnya.
Sebahagian rakan Harmonian , mengisi masa terluang dengan bermain kad daun terup.
Asyik bermain , latihan dibekal terabai. ..... suka , geram , marah tapi menjadi kenangan terindah.
Langkahnya memang sepantas kilat, muncul tanpa diduga, hadirnya dengan seribu idea.
Marah dengan sikap membuang masa bermain daun terup, lalu semua daun terup dirampas semua. Tiga pelajar diarah ke bilik HEM, dalam fikiran Harmonian pasti surat amaran atau hukuman bakal menanti.
15 minit berlalu.... dengan penuh debaran Harmonian menunggu khabar 3 rakannya yang ditahan di bilik HEM. Suatu kejutan, kembalinya mereka dengan daun terup Harmonian kini berubah wajah menjadi Kad Anion Kation. "Jadikan semua permainan suatu pembelajaran menyeronokan pasti Harmonian tidak akan stress menghadapi peperiksaan.
Geram, marah, sakit hati merupakan rencah perjalanan seorang Harmonian. Segalanya kini menjadi kenangan terindah bila mengatur langkah ke kuliah kejuruteraan kimia, perubatan, biokimia, genetik botani dan semuanya itu dari hukuman kreatif daun terup yang menjadi Kad Anion Kation.
Di manakah cikgu yang sepantas kilat, muncul tanoa diduga.....?