Home Novel Komedi/Romantik Komedi AKU PLAYBOY 'OPS' KAU PLAYGIRL
Bab 8



          “HEII, KAU NAK APA LAGI!!!”

          “JANGAN GANGGU AKU, BOLEH TAK!!!”

          “KITA DAH TAK ADA APA-APA HUBUNGAN LAGI. KAU FAHAM!!!”

          “KAU JANGAN CALL AKU LAGI!!!”

          “Tott.. tott.. tott……”

          “Ishh, kau ingat aku ni boneka kau. Go to the hell!!!”

          “Tutkk.. tutkk.. tutkk..”

          “Huhh, kau Hany. Masuklah.” Laura hanya mengukirkan senyumannya sahaja.

          “Kau tak kerja hari ni?” Soal Hany dengan nadanya yang lembut.

          “Half day. Lagipun aku tak berapa sihat hari ni.” Jawab Laura dengan keadaannya yang sayu.

          “Aku baru je nak ajak kau pergi dinner, lepas aku and Faila hantar barang.”

          “Takpelah, korang pergilah. Aku rasa letih hari ni, rasa nak demam pun ada.” Laura hanya mengadu sahaja.

          “Laa ye ke. Nanti makan ubat, okay.”

         “Okay.”

         “Next week, aku nak balik rumah ayah aku. Seminggu.” Hany hanya memberitahu sahaja.

          “Faila?” Tanya Laura.

         “Dia balik rumah mak dia. Seminggu juga.”

         “Huhh.”

          “Suzy balik kejap je, lepas tu dia datang balik sebab ada kerja.”

         “Aku pun rasa nak balik. Nak spend time dengan diorang.”

          “Okaylah tu. Dah lama tak jenguk diorang, kan.”

          “Hmmm.” Laura hanya  tersenyum sahaja.

         “Kau okay ke, dengan lelaki tu?” Terdetik hati Hany untuk menanyakan soalan tersebut.

         “Huhh, aku okay je.” Lemah sahaja suara Laura.

          “Hmm, apa kes?” Soal Hany dengan selambanya.

          “Nothing.” Ringkas Laura.

          “Pasal lelaki yang dulu ke, atau yang sekarang?” Soal Hany lagi.

          “Aaa… aku.. aku okay je.” Gagap Laura seketika.

          “Kita kawan dah lama, beb. Kau dulu tak macam ni. Kalau kau rasa nak share something kat kita orang, kita orang sudi. Jangan pendam sorang-sorang. Sakit tau.” Hany hanya mengungkapkan kata-katanya sahaja.

          Laura hanya memalingkan mukanya sahaja ke arah luar tingkap di bilik mereka itu.

          “Takpelah. Aku keluar dulu.” Belum sempat Hany bangun dari kerusinya, Laura pantas memegang tangan kiri Hany.

          “Lelaki memang tak setia pada yang satu.” Terungkap kata-kata daripada mulut Laura.

          “Yang diorang tahu hanyalah nak permainkan perasaan aku. Aku langsung tak dihargai.” Laura hanya mengadu sahaja kepada Hany.

         “Bukan salah kau. Lelaki tu buta, tak tengok kebaikan kau. Diorang semua nak kan harta kau je, Laura.” Jelas Hany.

          “Tapi, salah ke aku nak bercinta.” Tanya Laura seketika.

          “Tak salah, Laura. Cuma diorang bukan calon yang sesuai untuk kau. Kau akan dapat yang jauh lebih baik daripada mereka.” Pujuk Hany seketika.

          “Tapi, sampai bila aku nak jadi macam ni.” Tanya Laura lagi.

          “Sampai kau berhenti menyakiti hati lelaki yang betul-betul sayangkan kau.” Jelas Hany sekali lagi.

          “Tak!!! Aku akan ajar diorang cukup-cukup. Sampai perempuan lain tak akan pandang mereka langsung.” Laura berasa geram lalu membalingkan bantal kecil ke arah almari baju mereka.

           Hany hanya mendiamkan dirinya sahaja tanpa sebarang bantahan. ‘Aku tak tahu nak tolong kau macam mana lagi, Laura. Hati kau sudah dipenuhi dengan benci dan dendam. Aku harap kau akan sedar dan lupakan masa silam kau,’ Hany bermonolog lalu beredar dari bilik tidur itu.

           Hany sedang menuruni anak tangan lalu terus menuju ke ruang tamu.

          “Laura ikut tak?” Sergah Faila dari belakang Hany.

          “Ishh, kau ni. Kejut aku.” Marah Hany.

          “Sorry. Acaner?” Tanya Faila lagi.

          “Tak. Dia tak sihat.” Ringkas Hany.

          “Tak sihat atau…”

          “Haa, dah dah. Nanti kita lewat pula sampai sana.” Celah Hany.

          “Yelah, jomlah.”

           Menanti dan terus menanti, tetapi masih lagi tidak muncul di hadapan pintu utama tersebut. Puas Haidier menunggu seseorang untuk hadir menghantar sesuatu barang yang dia tidak boleh tunggu lagi.

          “Dier!!! Kau pe hal ni? Mengelabah tak tentu arah.” Kim berasa bingung dengan keadaan rakannya itu.

          “Kau order kek pukul berapa?” Soal Haidier.

          “Pukul 9:00.”

          “Kenapa tak awal sepuluh minit! Bila-bila masa je Shah boleh sampai.” Resah Haidier seketika.

          “Rileklaa, bro. Ada orang handle nanti si Shah tu.”

          “Aduh, kau ni.” Haidier semakin resah.

          “Rileklaa. Tak payah nak tepat sangat masa tu. Cukup-cukuplah kat office je kau mengira. Kat sini, kita santai je, okay.” Kim tersenyum sinis.

          “Tak payahlah perli. Taulah aku ni accountant.” Haidier hanya mengecilkan matanya sahaja ke arah Kim.

          “Haha.. Dahlah, bro. Nanti datang laa tu, ni baru pukul 8:58.” Kim hanya melihat jam di dinding yang berada di sebelahnya itu.

          “Alamak! Dua minit lagi. Habislah prank kita.” Haidier semakin tidak tentu arah.

          “Sabar, sabar. Okay, aku call jap.”

          “Haa, call cepat!”

           Belum sempat Kim mendail nombor pemilik kek itu, dia sudah ternampak dua orang gadis sedang berjalan menuju ke arah tempat gim mereka.

          “Weii, Dier. Tuuu… diorang dah sampai.” Kim terus menunjukkan jari telunjuknya ke arah luar tingkap.

          “Shah ke?” Bulat mata Haidier seketika.

          “Bukanlah. Kek, kek dah sampai.” Jelas Kim.

          “Ouhh, aku ingat si Shah. Okay, jom.”

          Hany dan Faila merasakan sesuatu dari belakang yang sedang menghampiri mereka. Mereka terus menoleh ke belakang tetapi tiada sesiapa pun yang berada di situ. Mereka mula berasa cemas dan takut.

          “Hany.”

          “Huhh.”

          “Kau tak rasa ke, ada orang kat belakang kita tadi.” Bisik Faila ke arah Hany.

          “Aku rasa, beb.” Hany hanya membuat muka sahaja.

          “Betul ke, kat tempat ni, Ny.” Bisik Faila lagi dengan keadaannya yang resah itu.

          “Betullah. Ni alamat gim dia, kan. Tapi, kenapa gelap je kawasan ni.” Soal Hany dalam dirinya.

          “Aku rasa, macam tak sedap hati laa.”

          “Aku pun. Aku call dulu mamat ni.”

          Faila hanya menganggukkan sahaja kepalanya itu dan terus melihat keadaan di sekeliling kawasan tersebut. Belum sempat Hany ingin mendail nombor pelanggannya itu, Hany dan Faila terdengar satu suara yang amat mengerikan berhampiran dengan kawasan mereka itu.

          “Aauummmmmm………..”

          “Bunyi apa tu, Hany.” Faila mula berasa cemas.

          “LARI…!!!” Serentak Hany dan Faila menjerit.

 

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.